Bab 4 : Rindu

5.4K 174 4
                                    

Setelah beberapa bulan persekolahan, tibalah masanya untuk pelajar tingkatan 5 menduduki peperiksaan percubaan spm.

Jadi seperti biasa, Fea seorang yang tak suka belajar last minit kerana dia tahu apabila belajar last minit, tak semua benda yang dipelajari boleh masuk. So, Fea memang akan prepare beberapa bulan sebelum peperiksaan percubaan itu bermula.

Hari ini merupakan hari terakhir Fea pergi tuisyen akaun sebelum peperiksaan percubaan itu bermula dan diberi cuti sebulan untuk tidak pergi ke tuisyen kerana kekangan masa untuk mengulang kaji pelajaran.

Fea POV
'Em alahhh, harini last tuisyen, pastu nak kena tunggu sebulan baru masuk balik'.

Fea temenung di dalam kereta sampai Puan Hani yang memanggilnya pun tidak didengari.

'Heii !' -Puan Hani menepuk peha anak daranya yang jauh mengelamun.

'Cikgu Harith !! Eh ibu niii. Janganlah terkejutkan Fea ! Nasib baik botol air ni tak terpelanting tauu '. - terkejut Fea sampai melatah dibuatnya.

'Haaaa apa sebut-sebut nama Cikgu Harith ni haa ?? Mane ibu tak tepuk pehanya kalau dah jauh nau mengelamun, sampai ibu panggil pun tak dengar'.

'Mane ada, tersebutlah. Kan melatah tak perasan. Ibu ni ponn'.

'Elehhh yelatu. Dah dah turun cepat dah sampai ni. Ibu nak pergi office ibu kejap, ada client nak jumpa'.

'Sabar la , ibu ni. Takyahla sampai nak halau anak sendiri'.

Fea terus menyambut tangan ibunya untuk bersalaman dan keluar dari kereta. Setelah itu, Fea terus naik ke tangga pusat tuisyennya.

'Eh asal ade kasut Cikgu Harith dengan anak dia je ni? Aduhh takkanlah yang lain tak sampai-sampai lagi. Dak Isya pulak memang tak datang ade kenduri . Haihh. Riz ni pun, tadi kat whatsapp kate dah otw'.

Fea yang berdiri di hadapan pintu masuk terus mengambil phone dari begnya lalu mendail no Riz.

'Riz ! Lame lagi ke nak sampai. Saya dah sampai ni tapi takde orang lagi'.

'Lagi 5 minit saya sampai. Masuk jelah dulu. Bahaya sorang-sorang dekat luar'.

'Hm, yelahh. Cepat tau. Bai'

'Ye sayang. Bai'

Fea terus offkan phonenya dan masuk ke dalam bilik tuisyennya. Setelah masuk, Fea terus duduk di meja kedua.

'Hai Fea. Lambat datang harini. Saya ingat awak tak datang'.

'Eh datang. Manelah tahu dapat tips terakhir dari cikgu sebelum percubaan'.

'Oh ingat datang sebab rindu saya'.

Pucat terus muka Fea apabila Cikgu Harith berkata begitu.

'Assalamualaikum cikgu!' - Riz akhirnya sampai ke pusat tuisyen seperti yang dijanjikan masanya 5 minit.

'Waalaikumsalam'- jawab Cikgu Harith dan Fea serentak.

Sejak daripada peristiwa beberapa bulan di mana Cikgu Harith yang menyuruh Fea memberitahu di group whatsapp tuisyen kerana pembatalan kelas disebabkan anaknya, Irfan yang kurang sihat , mereka mulai rapat . Saling berchat-chat di whatsapp dan membalas status (selalunya Cikgu Harith yang selalu mengusik Fea melalui setiap status yang diupdate olehnya). Semenjak kehadiran Cikgu Akaun yang baru beberapa bulan lepas, Fea tidak lagi diajar oleh Cikgu Harith di sekolah. Jadi mereka hanya akan berjumpa jika dia ke tuisyen sahaja kerana di sekolah Cikgu Harith tidak lagi mengajar upper form. Jadi peluang untuk mereka bersemuka kurang kerana perpisahan antara blok pelajar.

Hampir 15 minit mereka menunggu murid lain.

'Haihh , mane yang lain ? Takkan dah cuti kot. Takpela kita belajar jelah ye '. - kata Cikgu Harith sampai menolak kerusinya ke belakang untuk bangun dan memulakan pembelajaran.

Setelah 30 minit belajar, Cikgu Harith menyuruh mereka membuat modul yang diberi berdasarkan apa yang diajar olehnya.

'Ok, buat soalan 4(a) sahaja dahulu iaitu buku tunai. Kalau tak faham boleh tanya saya. Sofea ? Ok ?'

'Ok cikgu'

'Ok buat dulu ye' - Cikgu Harith kembali duduk ke tempatnya.

Sedang Fea tekun membuat kerjanya, tiba-tiba dia merasakan ada seseorang sedang memerhatikan dia membuat kerja. Untuk melihat siapa, Fea terus memandang kearah Cikgu Harith.

Cikgu Harith yang tersedar Fea memandangnya terus mengalihkan pandangan kearah laptop di hadapannya.

Fea yang perasan tingkah laku pelik Cikgu Harith itu terus memandang kertasnya semula.

'Fea ? Ok ke ? Nak saya tolong ?' - Riz yang perasan Fea temenung melihat kertasnya terus menegurnya.

'Eh ok ok, cuma salah tulis. Hehe'.

'Haa ok nnt kalau nak saya tolong bagitahu'.

'Ok' -Fea kembali fokus menyambung kerjanya.

Setelah 2 jam berlalu. Maka tamatlah sesi pembelajaran. Jam tepat menunjukkan pukul 10 malam.

Sedang mereka mengemas kertas-kertas untuk dimasukkan ke dalam beg. Tiba-tiba phone milik Riz berbunyi.

'Ye kak, ok ok kejap, Riz turun sekarang' - Riz kelam kabut memasukkan kertas dan pencilbox kedalam begnya.

'Cikgu saya balik dulu yea, terima kasih' - Riz menyalam tangan Cikgu Harith dan terus berlari turun kerana takut ditinggal oleh kakaknya

Fea yang dari tadi tidak habis mengemas kertasnya yang berselerak di atas meja hanya memandang Riz yang berlalu pergi.

Fea POV
'Eh Riz ni, laju je nak balik. Ni kertas dia dah bercampur dah dengan aku punya' - kata Fea sambil mengemas kertas-kertas itu.

'Fea nak saya tolong ke ?' - Cikgu Harith menyapanya.

'Eh takpela saya kemas sendiri. Terima kasih'.

'Banyak kertas ni, takpe saya tolong' - Cikgu Harith terus ke meja Fea dan membantunya.

Fea yang terkejut Cikgu Harith di hadapannya terus memandang tanpa berkelib.

'Fea ?' - tegur Cikgu Harith setelah perasan Fea memandangnya.

'Eh sorry-sorry'- kata Fea dengan pipinya yang merah akibat malu Cikgu Harith perasan dia termenung melihat mukanya.

'Ok dah, thanks cikgu tolong saya'.

'Sama-sama. Anything for you' - kata Cikgu Harith sambil melontarkan senyumannya yang manis kearah Fea.

Fea yang tiba-tiba tak keruan terus berjalan laju ke pintu keluar dan mujurlah ibunya sampai awal. Dia terus masuk ke dalam kereta sambil tersenyum seorang diri mengenang apa yang berlaku sebentar tadi.

Fea POV
'Haihhh , apasal tetiba aku rasa berdebar je eh bila Cikgu Harith pandang aku macamtu tadi. Hmm papejelah'.

-Keep on reading this story. Anything can comment below-

Cikgu Tuisyenku SuamikuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora