EA 1 | Berubah

6.2K 259 19
                                    

Dia berjalan melintasi markas selepas dimarahi general Rama atas perangainya yang sukar untuk berkerjasama dengan ejen-ejen muda yang lain menjadikan misinya selalu sahaja gagal ditengah jalan. Bukan hanya gagal, ejen-ejen muda yang menjalankan misi dengannya turut cedera.

Ali duduk di kerusi yang disediakan diruang akademi MATA sebelum seorang ejen memanggil namanya.

"Ali!"

Ali berpaling dengan pandangan kosong.

"General dengan ejen Rizwan nak jumpa kau."

Alicia memandang Ali tanpa emosi. Walaupun wajahnya seakan tak kisah tentang orang lain. Tetapi, hatinya tetap dihambat rasa pilu. Manakan tidak, rakannya dari kecil itu sudah berubah menjadi seseorang yang dia seakan sudah tidak mengenalinya.

Dahulu Ali lebih mesra, ceria dan senang bergaul dengan sesiapa sahaja membuatkan sesiapa sahaja yang mendekatinya akan berasa selesa.

Namun, selepas serangan dari pihak musuh iaitu bekas ketua teras Inviso, Djin atau lebih dikenali sebagai Uno, Ali lebih sering kelihatan tanpa sebarang riak wajah. Kadang-kadang dia mempamerkan wajah bekunya yang membuatkan sesiapa sahaja takut untuk menyapanya. Jarang benar mahu melihatnya mempamerkan senyuman.

Remaja lelaki itu memberikan anggukan kecil. Baru sebentar tadi dia dimarahi oleh general Rama tetapi sekarang general Rama memanggilnya kembali.

Kakinya melangkah berat untuk berlalu pergi dari situ sementara Alicia masih lagi pegun disitu hatinya bagaikan sudah hancur apabila melihat sahabatnya yang dahulunya bersifat masuk air itu sudah berubah menjadi seseorang yang pendiam dan dingin. Kejadian itu telah mengubah Ali kepada seseorang yang tidak pernah dikenalinya. Malahan yang tak pernah dikenali sesiapa pun.

**

Wajah yang terpancar di skrin di dalam markas itu mengeluh panjang apabila seorang budak bersut merah yang dingin riak wajahnya memasuki markas tersebut.

Dia memandang lelaki yang terpampang diskrin digital didalam markas itu.

"Ada apa general panggil saya?" Dia bertanya apabila lelaki itu kelihatan seakan tidak mahu bersuara.

General Rama berdiam diri. Dia mengalih pandangannya ke sisi markas itu. Terdapat seorang lelaki sedang berdiri disitu, Rizwan, ejen Inviso yang paling berkebolehan didalam MATA. Riak wajahnya dingin tetapi tidak dapat mengalahkan dingin wajah budak bersut merah itu. Lollipop yang berada di dalam mulut dikeluarkan.

Rizwan mengerling lolipop ditangannya. Bibirnya dibuka sedikit apabila dia ingin mengatur kata.
"Ali, general mahu kau berlatih dengan aku mulai hari ini. Jadual latihan akan dihantar kepada kau nanti."

Ali memandang Rizwan sebelum pandangannya berkalih kepada General Rama. "Ada apa-apa lagi, general?"

General Rama tidak menjawab. Matanya masih melekat pada Rizwan yang seperti teragak-agak mahu berbicara lagi membuatkan Ali sekali lagi berpaling memandang Rizwan.

"Dan.." Rizwan bersuara perlahan. Satu keluhan halus keluar dari bibirnya.

"Dan?" Ali bertanya. Menjeling Rizwan apabila Rizwan tiba-tiba sahaja merenung ke arahnya. Ali kenal akan pandangan tersebut. Pandangan yang menandakan bahawa ejen Inviso itu sedang merisaukan sesuatu. Dia sudah cukup lama mengenali Rizwan, mustahil dia salah.

Mereka cukup mengenali antara satu sama lain sehingga boleh membaca riak wajah antara satu sama lain seakan sebuah buku.

"Kau tak boleh jalankan misi selagi prestasi kau belum meningkat," Ali yang sekarang lebih senang dikalahkan. Bukannya dia lemah. Mungkin kerana mindanya yang asyik terganggu dengan perkara dimasa lalu sehingga dia hilang fokus yang selama ini menjadi salah satu daripada sifat terbaik yang ada didalam dirinya.

"Apa gunanya aku sebagai ejen MATA kalau hanya sebagai simpanan? Baik tak payah jadi ejen."

Suasana tiba-tiba menjadi tegang seakan ada benang yang ditarik tegang dan payah putus di antara mereka.

"Kamu masih lagi kekal sebagai seorang ejen hanyalah kerana IRIS dan arahan ketua ketua teras untuk melatih kamu menjadi super ejen seperti yang diharapkan dari projek IRIS. Sudah! Saya tidak mahu mendengar apa apa alasan daripada kamu! Latihan kamu bermula esok, jangan timbulkan sebarang masalah. Faham?" General Rama mencelah.

Ali dan Rizwan hanya diam membisu. Tiada yang menjawab kata-kata General Rama. Hanya pandangan mata antara mereka yang berbicara

"Sudah bersurai!"

Sebaik mereka berdua melangkah keluar dari markas tersebut general Rama menghela nafas berat.

Payah baginya untuk menerima perubahan sikap Ali yang sangat ketara. Bukan hanya dia, malah ketua-ketua teras juga begitu. Walaupun Ali hanya ejen biasa, namun mereka sering kali bertemu dan bekerjasama melakukan misi. Tanpa sedar hubungan mereka semakin rapat sehingga perubahan yang berlaku pada diri Ali jelas memberi impak yang besar kepada mereka.

Rizwan selaku mentor kepada Ali, mencuba sedaya upayanya untuk menasihatinya dan cuba sehabis baik untuk mengembalikan senyuman diwajah Ali.

Diluar dari dunia ejennya pula, iaitu sebagai pelajar, hubungan dengan rakan-rakan sekolahnya seperti viktor turut sama terkesan. Perangai yang biadab sering kali ditunjukkan disekolah dan keputusan peperiksaannya juga jatuh merudum.

Guru-guru disekolahnya mula memandangnya sebagai seorang pelajar yang bermasalah.

Mujurlah guru-guru itu tidak mengambil tindakan selanjutnya seperti memberitahu ayahnya iaitu Ghazali, pengasas Cyberaya atau memberitahu pengetua yang membolehkan dia dibuang sekolah kerana mempunyai rekod yang teruk seperti membuli pelajar-pelajar yang lebih muda darinya untuk melepaskan tekanan yang dihadapinya.

Pernah beberapa kali dia cuba membunuh dirinya mujur sempat dihalang Alicia dan Rizwan. Jika tidak, rasanya dia sudah tiada dimuka bumi ini.

Hanya segelintir pihak atasan MATA mengetahui tentangnya.

Perangainya memang sudah jauh berubah dari Ali yang dulu.

Ayah Ali pula seperti biasa, sentiasa sibuk dan tiada masa lapang untuk diluangkan dengan anak tunggal itu. Jadi, mungkin juga disebabkan inilah Ghazali tidak mengetahui apa-apa mengenainya.

Perubahan terhadap dirinya memberi impak besar kepada orang sekelilingnya. Namun, masing-masing buntu dengan apa yang mahu dilakukan mereka untuk membantu remaja itu.

The end of first chapter.

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now