22 | Rizwan

1.8K 92 0
                                    

Dia membuka matanya setelah beberapa minggu terlantar di katil bilik rawatan MATA.

Dia hendak bangun dari katil itu tapi memandangkan lengannya belum sembuh sepenuhnya dia terpaksa menahan sakit. Dia ingat kenapa lengannya luka parah.

               Rizwan. Ya, dia Rizwan.

Rizwan berfikir seketika.

      Mungkin dia boleh ambil cuti untuk beberapa hari bagi menstabilkan emosinya? Lagipun dia masih belum sembuh untuk menjalankan misi. 

Dia menarik dan menghembus nafas lembut. 

Seronokkan kalau rehat dekat rumah waktu waktu sakit macam ni?Indahnya~ , Dia berfikir.

"Ah Rizwan kamu dah sedar."
Leon menegur sebaik memasuki bilik rawatan 300.

Rizwan memberi senyuman lemah. Sejujurnya, tenaga nya sekarang terasa semakin berkurang. Faktor? lama sangat baring atas katil tu kot~ hehehe.

Leon mengeluarkan smartphone nya untuk memaklumkan kepada general tentang  keadaan Rizwan. 

Tak sampai beberapa saat kemudian mesej dibalas.

General Rama
Erm baguslah , dia sudah sedar. Beritahu dia, ketua teras ingin berjumpa dengan dia sekarang.

    Leon hanya membaca tanpa membalas.

"Rizwan. Ketua teras nak berjumpa kamu sekarang. Kamu.. boleh pergi ke? Kalau tak boleh, saya akan maklumkan pada general."

"Tak apa aku boleh pergi."

Leon menolong Rizwan bangun dari situ. Rizwan meminta diri untuk menukar pakaian dahulu.

Selepas sahaja dia menukar pakaian biasa kepada suit ejen dia terus ke bilik ketua teras ditemani Leon. 

Rizwan tidak ingin kelihatan lemah jadi dia cuba kuatkan diri dihadapan Leon walaupun lengannya agak sakit dia cuba bertahan.

Sampai sahaja di bilik ketua teras, Leon meninggalkannya seorang diri. Masih ada misi yang perlu dia jalankan. Lagipun dia pasti Rizwan dapat kuatkan diri dihadapan ketua teras nanti.

         Rizwan berdiri bertentangan dengan kedudukan skrin ketua teras. Hanya dua skrin yang bernyala manakala dua skrin lagi kekal gelap.

"Hi Rizwan, bagaimana kamu rasa sekarang? sihat?"
Ketua teras Tekno iaitu ejen Dayang memulakan bicara di antara mereka.

"Okay sahaja."
Rizwan menjawab perlahan.

"Kamu masih belum tahu tentang Ali?"
Ejen Ganz selaku ketua teras Kombat bertanya.

"Ganz!"
Ejen Dayang menjerit perlahan namun masih didengari Ganz dan Rizwan.

"Kenapa? Biarlah dia tahu. Dia seharusnya tahu."
Ganz berkata tenang tidak seperti selalu. Kali ini dia cuba berkata kata dengan tenang.

"Baiklah, kalau itu yang kamu mahu."
Ejen Dayang mengeluh kecil.
Dia tidak mahu terus memberitahu Rizwan tentang ini. Dia bimbang ia akan memberi tekanan pada Rizwan.

"Selama kamu tidak sedarkan diri begitu banyak perkara yang tidak dijangka berlaku. Ah ya sebelum tu kamu patut tahu sesuatu perkara yang kami rahsiakan dari kamu sebelum kamu cedera parah"
Ejen Ganz memandang ejen Dayang. Dia mahu Dayang yang memberitahu Rizwan tentang ini.

"Ali mengalami amnesia akibat tekanan yang dialaminya sebelum ni"
Ejen Dayang berkata tenang. Dia ingin melihat reaksi Rizwan.

Rizwan tidak seperti sebelum ini, dia lebih tenang menerima kenyataan itu.

"Jadi sekarang keadaan Ali bagaimana?"
Rizwan bertanya tenang. Dia tidak begitu risau kerana dia ada berfikir tentang ini. Jika Ali amnesia, Ali tidak akan ingat perkara negatif yang berlaku dahulu.

"Baru-baru ini kami telah meminta Ali menjalankan misi seperti biasa. Dan ada satu misi yang melibatkan lapan orang ejen termasuk Ali dikehendaki merampas cecair kimia berbahaya daripada geng Komeng. Kecuaian berlaku, cecair itu tertumpah ke atas Ali. Sekarang badannya mengecil menjadi bayi akibat cecair itu."
Ejen Ganz memberitahu teragak-agak.

Rizwan menunduk. Sememangnya dia terkejut tapi wajahnya dikekalkan tenang.

"Kami masih dalam usaha mengembalikan Ali kepada keadaan asal. Pada kajian kami apabila Ali kembali pada keadaan asal, dia akan mengingati satu persatu kejadian lalu tidak kira negatif atau positif."
Ejen Dayang menerangkan.

"Kami akan beri kamu beberapa minggu cuti untuk kamu berehat."

"Siapa yang jaga Ali?"
Rizwan bertanya inginkan jawapan.

"Kamu jangan risau Ali berada dibawah jagaan pihak MATA. Ouh ya kamu boleh mulakan cuti pada hari ini. Baiklah itu saja , Bersurai"
Ejen dayang menjawab.

Rizwan mengangguk. Skrin yang berada dihadapannya kembali gelap. Dia berjalan keluar dari bilik itu. Sakitnya tadi ditahan. Dia akan meminta rawatan ringkas dari Geetha nanti.

Waktu dia melalui kawasan ruang akademi dia terlihat ejen ejen muda yang keriangan. Dia membuat keputusan untuk berhenti seketika bagi bertanya.

Rizwan mendekati Rudy yang rancak berbual dengan Jet.

"Rudy?"
Rizwan menegur perlahan.

"E... ejen Rizwan? Ejen Rizwan dah sembuh?"
Rudy bertanya. Matanya masih ralit memandang tangan Rizwan yang cedera tempoh hari.

"Aku okay. Korang semua tak ada latihan ke hari ni?"

"Tak ada ejen Rizwan. Mentor mentor kata kitorang dibenarkan bercuti selama tiga hari bermula esok"
Rudy menjawab penuh hormat.

"Erm Rudy boleh tak kau ajak ejen muda yang lain pergi rumah aku lusa? Aku ingat nak buat barbeque memandangkan aku cuti."
Rizwan berkata.

"Boleh aje, ejen Rizwan. Nanti saya ajak diorang pergi tapi saya tak confirm kita orang boleh pergi ke tak."

"Ya lah. Ihave to go now. Aku ada hal ni"
Rizwan berkata seraya berlalu pergi.

Rudy masih setia melihat Rizwan. Bimbang juga kalau kalau Rizwan jatuh ke apa.




Rizwan tiba dibilik rawatan 300 setelah beberapa minit berjalan dari ruang akademi. Niatnya ingin berjumpa Geetha.

Dia memasuki bilik itu dan ternampak Geetha yang sibuk mengemas katil.

Geetha ternampak Rizwan yang memasuki perkarangan bilik itu segera bertanya.

"Rizwan, lengan kamu bagaimana?"

"Kau boleh tolong aku? Rawat luka ni?"

"Boleh, sini saya letakkan ubat"

"Terima kasih Geetha"

Geetha mengukir senyuman.

Vote. Comment.

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now