Black Poison...

1.3K 71 7
                                    

"Dia sudah sedar general"
Geetha berkata setelah melihat Rizwan membuka perlahan matanya.
    
Doktor MATA tak boleh merawat dia kerana doktor itu hanya boleh merawat penyakit biasa.

"Analisis"
General berkata.

"Rizwan terkena racun ini semasa berlawan dengan drone pada misi tadi"
Leon menyatakan.

Sebenarnya, Bakar, Leon dan Geetha yang merawat Rizwan.
Sewaktu Rizwan pengsan tadi mereka bertiga cukup panik. Sebelum Geetha membuat keputusan untuk melaporkan perkara ini kepada general. Dia juga meminta Bakar dan Leon membantunya untuk merawat Rizwan.

"Identiti racun masih tidak dapat dikenal pasti"
Sambung Bakar.

"Bakar"
Suara yang memanggil nama Bakar membuatkan Bakar yang menghadap hologram general terus berpaling ke belakang.

"Rizwan"
Bakar menyahut lalu tersenyum sayu.

"Riz, kau akan ditahan di wad MATA untuk seketika"
Leon berbicara tegas.

"Geetha, laporkan keadaan Rizwan nanti jika kamu sudah menemui jenis racun tersebut"
General memberi arahan.

"Baik general"
Geetha akur. Serentak itu hologram yang berada dihadapan mereka terpadam.

"Poison? Poison apa ?"
Rizwan bertanya kebingunan.

Geetha menghela nafas berat.

"Bahu kamu terkena racun Rizwan. Dua buah drone yang merenjatkan kamu tu, salah satunya dah diletakkan racun. Racun tu terkena pada bahu kamu. Jenis racun pula tidak dikenal pasti"
Geetha berkata.

"Riz, kau lain kali kalau sakit ke apa ke bagitau lah kitorang. Ni tak sibuk nak tanggung sorang-sorang. Ni lah akibatnya"
Leon membebel panjang.

"Entah dia ni semua benda tak nak bagitahu. Macam lah dia tu kebal sangat. Tengok tadi kata okay okay last last kesini jugak. Bilik rawatan jugak. Bagitahu lah lain kali Riz."
Bakar berkata tak puas hati dengan perangai Rizwan yang asyik acah-acah cool.

"Kan aku dah okay ni? Tak yah lah risau sangat. Dah lah aku nak balik"
Rizwan berkata selamba. Ketika dia ingin bangun, bahunya terasa panas. Lantas bahu yang dibalut itu dipegang erat.

"Errgh"
Rizwan mengerang perlahan.

"Eh kau nak pergi mana? Kan tadi aku kata kau kena tahan kat sini sekejap sampai kitorang boleh cari ubat kau"
Leon berkata.

"Kan dah sakit. Tak dengar kata orang lagi"
Bakar memerli melihat Rizwan memegang bahunya.

"Riz, baik kamu baring elok-elok"
Geetha berkata.

Nak tunggu dua ekor ni tolong dia baring memang tak lah. Asyik perli je kerja. Air hitam yang mengalir tadi ialah racun yang dimaksud tapi ia dah dibersihkan Bakar dan Leon sewaktu Rizwan pengsan tadi. Sample bagi racun tu sudah diambil.

    "Dah lah aku nak balik. Lagi bagus dari duduk kat sini putih je"
Rizwan membantah. Sememangnya ruang bilik rawatan itu berwarna putih.

         Rizwan bangun dari katil dan ingin keluar dari situ namun dihalang Bakar dan Leon.

   "No tak boleh!"
Kata Bakar tegas.

"Degilnya kau ni"
Leon menggeleng dengan sikap Rizwan yang masih degil walaupun tengah sakit.

Tangan dilepaskan dari bahu. Dia tersenyum sinis.
"Aku ada kerja lain. Bukan nak duduk terperap kat sini je"
Seraya itu, jarinya pantas menekan vital point. Bagi menjatuhkan Leon dan Bakar. Geetha terkaku. Hatinya bermonolog:

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now