Lepaskan segalanya...

1.6K 91 13
                                    


Matahari ciptaan Maha Esa bercahaya menyinari sebahagian bumi berbentuk sfera yang berputar ke arahnya.

         Cahayanya yang terang bercahaya mengejutkan Ali dari lena tidurnya.
   Terkelip-kelip mata dibuka.
                Langsir ditarik bagi menutupi cahaya matahari. Dia kembali berlabuh ke alam mimpi sebelum pintu nya diketuk.

Tok!

Tok!

Tok!

"Ali!Ali!"

Apabila panggilannya tidak dibalas, laju sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Ali.

"Ya Allah! Ali!Ali! Bangun! Dah pukul 8:30 dah ni!"
Ghazali menarik selimut yang melitupi badan anak lelakinya lantas mengejutkan Ali dari mimipi yang indah.

"8:30?"
Ali bangun seraya bertanya kebingunan.

"Jap 8:30?! Alamak Ali kena pergi latihan ni!!!!!"
Ali bangun dan berlari laju menuju ke almari dengan tergesa-gesa dia mengambil baju t-shirt dan seluar serta tualanya.

Ghazali terpinga-pinga.

Belum sempat tangan Ali ingin membuka pintu bilik air , awal-awal lagi Ghazali menariknya.

Dan bertanya.
"Latihan apa pula ni Ali?"

Sejujurnya, Ali sekarang ini sedang memulakan cuti sekolah penggal pertama.

"Err latihan.....latihan math! Ali dah janji dengan Viktor nak buat latihan Matematik dengan dia."
Ali tergagap-gagap menjawab persoalan yang diberi ayahnya.

        Ghazali mengejutkannya tadi kerana ingin memberitahunya supaya menjaga rumah sewaktu dia bekerja.
                  Walaupun dia baru sahaja pulang ke rumahnya semalam tapi dia tetap harus pergi ke pejabat atas urusan kerja.    Ghazali sebenarnya terlewat bangun disebabkan itulah dia tergesa-gesa ke bilik Ali untuk berpesan agar menjaga rumah.

     "Ouh, baguslah kalau begitu. Balik sebelum pukul 10 malam ya? Ayah nak pergi kerja dulu ni"
Ghazali tersenyum kepada anak lelakinya.

"Baiklah ayah"
Ali menjawab seraya kakinya melangkah ke dalam bilik mandi.

Ghazali pula sejurus Ali berlalu ke bilik mandi, dia juga terus sahaja berlalu untuk ke kerja.

__

Bam!

Bam!

Bilik latihan MATA itu berdentam-dentum dek hentaman dari Ali bagi melawan robot-robot MATA yang mengelilinginya membentuk bulatan besar.  Ali sedang berlatih seorang diri di bilik latihan itu.
       Dirinya terasa lemah selepas bangun dari pembaringan semalam. Entah kenapa dia pun tidak begitu pasti.
               Sudah berkali-kali dia berlatih tapi dirinya tetap terasa lemah.    Titisan peluh yang mengalir dihiraukan. Ali terus-terusan melawan robot-robot dan drone-drone MATA tanpa henti. Selepas berkali-kali memusnahkan robot dan drone tersebut sehingga mereka hancur , dia memulakan latihan tersebut sekali lagi.    Tubuhnya terasa lemah tidak seperti selalu.  Lagipula dia tak puas lagi melakukan latihan.
 
     Drap

      Drap

      Drap

Langkah kaki seseorang menghentikan latihannya.
            
    "Ali, kau tak letih? Berehat lah dahulu jika kau letih"
Rizwan menyapa.

         Dari tadi dia memerhati Ali yang melakukan latihan tanpa henti.
  
     "Aku belum letih"
Selepas menjawab kata-kata Rizwan, dia terus menyambung latihan yang tergendala.

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now