18 | Rawatan

1.9K 103 0
                                    

Seminggu berlalu,

Ali sudah sedar dari bayangan darknya sendiri namun dia masih perlukan rawatan dari MATA buat masa ini.

Rizwan walaupun dia masih belum sembuh sepenuhnya dan ketua teras juga memberikannya beberapa bulan cuti rehat tetapi dia berkeras ingin memulakan tugasnya sebagai ejen.

Mentor teras Inviso, Karya kehilangan begitu banyak darah waktu perlawanan di arena.

Sekarang dia masih lagi menerima rawatan daripada unit rawatan MATA, dia perlu sembuh sepenuhnya jika ingin mulakan tugas.

Bakar, status. Sembuh sepenuhnya dan sedang menjalankan misi.

Misi bersama ejen muda.
        
Dan akhir sekali...

Zera, kecederaan dia parah.

Tulang belakangnya retak akibat hentakan kuat.

Dia berada di bilik rawatan kecemasan MATA.

Selepas dia sedar, MATA membuat pembedahan ke atas dirinya untuk memperbaiki tulang belakangnya.

Dia perlu berehat di MATA buat sementara waktu.

Alasan yang pihak MATA beri pada keluarganya adalah Zera berada di luar negara, dia menyertai Kem Seni Bela Diri yang dianjurkan oleh Persatuan Taekwondo dan Persatuan Kungfu untuk beberapa bulan padahal Kem itu tidak ada sama sekali.

Ejen-ejen muda mula menjauhkan diri dari Ali apabila khabar angin tentang Ali membelasah mentor akademi dan Zera hingga hampir mati tersebar kecuali Alicia hanya dia sahaja masih mempercayakan Ali.

Dia satu-satunya ejen muda yang tahu tentang ini kecuali Ali dan Zera.








"Ali , macam mana kamu rasa?"
Ejen Geetha bertanya. Perilakunya tak ubah seperti doktor yang sedang merawat pesakitnya.

"Urmm... ejen Geetha? Kenapa pihak MATA masih merawat saya walaupun saya membahayakan ramai ejen?"
Ali bertanya.

Matanya memandang tepat ke mata Geetha.

Ali sedang duduk di atas katil rawatannya.

"Err. Ali, mari ke arena sekejap. Mungkin, kamu dapat mengingati apa apa yang berlaku sewaktu dark mengawal kamu."
Soalan yang diajukan Ali dibiarkan sahaja. Dia menukar topik perbualan mereka.

Sebenarnya waktu perlawanan tempoh hari dia bukan dia yang sebenarnya masa silam yang mengawal dia dalam erti kata lain dia dikawal oleh memori hitam yang dikenali ejen lain sebagai dark.

"ejen Geetha. Jawab."
Ali menyoal sekali lagi. Pandangannya masih terarah pada Geetha tapi pandangan itu seolah lebih tajam.

Geetha terdiam.








Isnin

Aku masih didalam pemerhatian MATA.

Aku harap benda ni tak lama sebab aku tak berapa selesa.

General kata aku perlu stay di bilik rawatan MATA selepas sekolah.

Bukan aku nak stay disitu, tapi terpaksa lah. Kang aku tak nak ikut arahan si papa Alicia tu, naya aku kena hukum.

Tik!

Bunyi air yang menitis mengejutkan aku dari lamunan aku.

Sarapan yang aku hidangkan tadi aku usik sedikit sebelum aku pergi ke sekolah menaiki Superbike yang ayah aku bagi.

Walaupun umur 13 macam aku tak dibenarkan mengambil lesen tapi kerana ayah aku salah satu pengasas Cyberaya jadi senanglah nak ambil lesen motor.

Aku membawa superbike aku melebihi kelajuan yang dihad kan.

Sikit lagi aku hendak melanggar pagar sekolah, mujur aku sempat berhenti.

Lalu aku turun dari motor aku dan meletakkan motorku didalam sekolah.

Hari masih awal, seperti inginkan aku memasuki alam mimpi sekali lagi.

Sesampai sahaja aku dikelas aku terus duduk dan membuka tablet untuk mengulangkaji pelajaran.

Selepas beberapa minit menelaah pelajaran aku mengalihkan pandangan ku ke hadapan.

Aku ternampak bayangan...

"Ejen Zain.. ejen Zain!"
Fikiran aku mula dikawal memori silam.

Fikiran aku bercelaru.




Bakar yang kebetulan melewati kelas Ali ternampak Ali sedang menekup kepalanya menggunakan tangan.

Ali menjerit dan pandangannya terarah kedepan.

Bakar segera memasuki kelas Ali setelah memerhati kawasan sekeliling untuk memastikan tiada orang disitu.

Kawasan disitu lengang kerana masih awal pagi ramai pelajar yang belum berada disekolah waktu ini.

Mujurlah kelas Ali waktu itu tiada orang selain dirinya dan Bakar.

Bakar cuba menenangkan Ali namun tidak berkesan nampaknya dia perlu menghubungi General untuk meminta membawa unit rawatan ke situ.

"Hello. General boleh General Bantu saya?"
Bakar berkata. Nadanya sedikit cemas.

"Kenapa ni Bakar?"
General bertanya hairan.

"Ali. Masa silam dah hantui dia lagi, general, minta hantarkan unit rawatan dengan segera. Lokasi SMT Cyberaya kelas Alicia. Line clear tak ada orang."
Bakar membalas, dengan serta merta dia menutup panggilan.

Pandangan matanya dari tadi terarah kepada Ali yang melihat kedepan dan meraung.

"Ejen Zain!Ejen Zain! Jangan tinggalkan saya!"
Ali menjerit sekuatnya. Mujur kawasan itu lengang.

Bakar yang berada berhampiran segera memeluk Ali.

"Shuu... Shu... tenang Ali... kawal fikiran kamu."
Bakar cuba memujuk Ali dan menidurkan Ali dalam masa yang sama dia cuba melengahkan masa untuk menunggu ketibaan unit rawatan.

Jarum suntikan bius yang berupa peluru meluru kearah Ali dan memasuki lengannya.

Dia terkulai lemah.

Bakar melepaskan pelukan dan memusingkan badan bagi melihat ke belakang.

Unit rawatan MATA dah sampai.

Ejen Leon yang menembak suntikan tadi mengarahkan Bakar dan unit rawatan membawa Ali ke MATA dengan segera.







"Apa yang jadi sebenarnya Bakar?"
General bertanya sambil berpeluk tubuh.

"Saya pun tak tahu, general. Saya cuma lalu sahaja di depan kelas dia tapi tak sangka pula saya ternampak Ali yang masa tu tengah meraung panggil nama ejen Zain."
Bakar menerangkan.

Dia baru sahaja menghantar maklumat pada guru kelas Ali yang Ali tidak hadir hari ini kerana demam.

Mungkin.

Perubahan [EA] [In Editing]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin