21 | Baby?

2.1K 104 2
                                    

"Misi kamu adalah untuk mengambil satu cecair yang berwarna merah ianya berada makmal rahsia di utara Cyberaya. Beberapa minit lagi Komeng dan konco-konconya akan sampai untuk memindahkan cecair itu. Pastikan kamu semua dapat cecair itu, faham?"

"Faham General!"

"Pastikan cecair itu tidak kena pada kamu semua. Terutamanya kamu Ali, elakkan kecuaian."

"Ba-baik general."

Selepas waktu persekolahan, MATA telah memanggil beberapa ejen untuk menjalankan misi. 

Misi ini memerlukan lebih ramai ejen berbanding biasa. 

Kenapa? Sebab, cecair yang akan diambil adalah cecair kimia yang berbahaya.

 Oh tentang Ali? General mahu dia menjalankan misi walaupun ingatannya belum pulih kerana dia masih lagi seorang ejen.

 Alicia, Karya, Mika, Bakar, Roza, Zass dan Khai juga dipanggil untuk menjalankan misi ini.





"Ali! ambik cecair tu!"
Alicia mengarah, waktu ini mereka sedang bertarung dengan konco-konco Komeng.

Ali mengangguk dan segera pergi ke tempat penyimpanan bahan kimia. 

Cecair tersebut diletakkan di dalam tabung uji, ia tiada penutup dan berbahaya jika tidak membawanya dengan berhati-hati.

"Ali! Kamu dah dapat cecair tu?"
Karya bertanya melalui alat perhubungan yang sentiasa dipakai ejen-ejen MATA sewaktu misi.

"Dapat ejen Kar-Karya"
Ali membalas. Dia tergagap kerana dia tak berapa ingat nama ejen-ejen MATA yang lain.

"Semua jumpa tempat tadi."
Roza berkata.

"Tapi Komeng?"
Khai bertanya keliru.

"Objektif dah dicapai. Biarkan mereka"
Mika memberitahu bagi pihak Roza.

Zass hanya mendengar sebab dia tak cakap.

Ali yang berada ditepi Zass segera memulakan langkah untuk ke tempat tadi. Dalam masa yang sama Zass juga berlari untuk pergi ke tempat itu. 

Malang tak berbau bagi Ali. 

Dia tersepak kaki Zass dan jatuh.

 Cecair yang dipegangnya sebentar tadi tercurah ke atas badan Ali membuatkan Ali pening dan terus pengsan. 

Zass menjadi cemas, terus dia berlari laju untuk meminta bantuan dari ejen lain.





"General, saya tidak dapat mengesan perubahan yang akan berlaku pada Ali. Maaf."
Geetha berkata perlahan.

"Kamu semua sepatutnya lebih berhati hati!"
General mengurut kepala yang terasa pening.

"Sudah bersurai! Karya, Leon, Bakar, kamu bertiga tolong jaga Ali, boleh?"

"Baik General."
Mereka menjawab serentak. Masing-masing tidak membantah.

"Geetha, kamu tolong periksa keadaan Rizwan."

"Baik general"
Geetha membalas dan berlalu pergi.

Bakar, Leon dan Karya sudah lama ke bilik rawatan 020.



Beberapa minit kemudian Ali mulai membuka mata.

Namun kepalanya terasa berat. 

Memori yang tersembunyi di ingatan mulai berputar dari satu ke satu yang lain. 

Karya mulai risau dengan keadaan Ali.

Bakar dan Leon baru keluar tadi. 

Kata Leon, mereka perlu melatih ejen-ejen muda. 

Karya pula hanya meminta Bakar menggantikan tempatnya hari ini.

"Ali? kamu okay?"
Karya bertanya sedikit cemas.

"Argh."
Ali mengerang kesakitan.

Badannya terasa bagaikan dibakar. Badannya mulai panas.
Karya terus menghubungi Geetha bagi memintanya memeriksa Ali.

"Ali bertahan"
Karya berkata apabila melihat Ali menekup kepalanya menggunakan tangan.

Kepalanya bagai hendak meletup kerana memori memori yang terimbas. Memori negatif dan positif mulai bercampur aduk.
Karya cuba menenangkan Ali sementara menunggu Geetha, Bakar dan Leon. Dia yang meminta Geetha menghubungi mereka.

"Karya!Kenapa ni?"
Geetha bertanya sebaik sampai bersama Bakar dan Leon.

"Periksa Ali!"
Karya mengarah.

Geetha hanya mengangguk.
Bakar dan Leon berada ditepi katil itu. Bertentangan arah dengan Geetha.
Tubuh Ali menjadi semakin panas. Perlahan-lahan tubuhnya mengecil menjadi seorang bayi.
Geetha terkaku sebentar. Nampaknya dia tidak sempat merawat Ali.

"Macam mana sekarang ni?"
Leon bertanya sambil memandang wajah ketiga ejen dihadapannya.

"cecair tu.."

"Kenapa Geetha?"
Bakar bertanya. Pelik melihat reaksi Geetha.

"Ini tindakbalas dari cecair tu. Biar saya periksa dahulu nanti saya akan laporkan kemudian kepada kamu semua"
Geetha menenangkan diri daripada panik yang melanda dirinya.

"Kamu semua beritahu general tentang ini. Saya akan menyusul nanti"

"Baik, Mari"
Karya mengajak.

Bakar sedikit panik melihat keadaan anak saudaranya yang sudah menjadi bayi.

Bilik Perjumpaan

"Nampaknya kita perlu mencari cara untuk memulihkan keadaan kepada sedia kala"
General Rama yang berwajah sedikit gelap itu mengeluh.

Selepas satu masalah muncul pula satu masalah yang lain. Pihak M.A.T.A mula berasa bimbang jikalau kubu mereka diserang. Apakah mereka mampu menyerang balas tanpa kedua ejen terhebat M.A.T.A iaitu Ali dan Rizwan?

Pintu bilik terbuka. Geetha memasuki bilik itu.

"General, saya sudah mendapat maklumat tentang cecair kimia itu"

"Apa maklumatnya?"
General menjungkitkan kening kirinya.

"Cecair kimia itu boleh mengembalikan seseorang kepada umur kira kira 1 atau 2 tahun dan Ali juga berkemungkinan akan mengingati semua memori dia apabila dia kembali pada keadaan asal"

"Geetha, kamu tahu tak bahan kimia untuk membuat cecair ni?"

"Tahu general. Kenapa general tanya?"
Geetha memandang pelik general.

"Saya rasa kita boleh mengembalikan Ali pada keadaan asal cuma mungkin memerlukan waktu"
General berkata.

"Bagaimana general ?"
Karya bertanya.

"Begini

××××××××××××××××××××××××××××

Vote and comments guys!

Sorry this part are so bored.
I don't have idea at all.

Enjoy!

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now