Tangisan berpanjangan...

1.5K 86 11
                                    

"Ejen Rizwan ejen Rizwan bangun dah pagi ni"

Rizwan membuka matanya petlahan dan melihat Alicia yang berada di tepinya.

"Dah pukul berapa ni?"

"Pukul 9:00 ejen Rizwan"
Alicia membalas selamba.

"Pukul 9 ??!! Kenapa kau tak kejut aku awal-awal tadi"
Tergesa-gesa Rizwan bangun dari kerusi yang dia duduk tadi.

    Dia duduk atas kerusi sebelah katil Ali tadi sebab dia jaga Ali. Macam mana dia tidur? Rizwan lentokkan kepala dia di tebing katil. Dia pun tak perasaan bila dia terlelap.

"Saya tak kejutkan ejen Rizwan sebab saya tahu ejen Rizwan baru balik dari misi pukul 1 pagi tadi kan?"
Alicia membalas.

Rizwan meraup mukanya kasar.
"Aku dah lewat nak sarapan"

"Takpe lah ejen Rizwan. Saya dah minta bibik lewatkan sarapan hari ni. Ejen Rizwan pergilah mandi dulu. Biar Ali tidur. Nanti kejap lagi saya suruh dia mandi kalau dia bangun"

"Ermm"
Rizwan menggumam lantas laju berjalan kebiliknya yang berada ditingkat atas iaitu tingkat tiga.

__

"Ergghh"
Tangan ditekan kuat di tepi kepala. Pening masih terasa.

Kreek

Pintu bilik dibuka

"Bangun pun kau"
Suara Alicia menyapa pendengaran.

"Macam mana kau rasa?"
Alicia bertanya.

"Kepala aku pening"
Ali cuba bangun dari pembaringan nya sementara tangan kanannya menekan kuat tepi kepalanya.

Alicia yang melihat Ali ingin duduk menyandar di penyandar katil membantunya.

"Tq"
Ali berkata seraya tersenyum.
   Tapi senyumannya tak kekal lama bila sakit di kepalanya menyerang semula.
Wajahnya berkerut.

"Kejap kau duduk sini jangan pergi mana-mana aku nak cari ejen Rizwan nak minta panadol dengan dia. Lagipun ini rumah dia."
Alicia berkata laju.

Kakinya melangkah laju ke lift untuk turun ke tingkat 1 kerana ejen Rizwan berada di ruang makan di bawah.

___

"Ejen Rizwan!"

Rizwan yang sedang bersarapan tersedak. Segera dia mengapai air masak lalu diteguk beberapa kali.

Nafas dihela perlahan. Hampir saja dia tercekik tadi.

"Apahal Alicia?"
Rizwan berkata cuba mengekalkan wajah cool nya.

"Ali , dia sakit kepala!"
Kata Alicia cemas.

"Laa sakit kepala je ingatkan apa tadi"
Rizwan membalas selamba.

"Ish ejen Rizwan ni. Kuat dia sakit kepala tadi. Berkerut muka dia. Dah lah panadol yang ejen Rizwan beli semalam mana? Saya nak bagi Ali"
Alicia berkata lagi.

"Nanti aku bagi Ali panadol. Kau ambik air mineral bagi kat Ali jap agi aku naik. Nih kau dah sarapan belum?"
Rizwan bertanya menutupi kerisauan yang bertapak di hati.

"Dah makan dah. Ejen Rizwan cepat sikit ea?"

Rizwan hanya mengangguk.
Dia ingat nak suruh bibiknya sahaja hantarkan panadol kepada Ali. Dia kesian dekat Alicia yang dari semalam jaga Ali. Tapi tu lah. Bibiknya ke pasaraya beli barang dapur yang dah nak habis.

Makanan dihadapannya dihabiskan laju sebelum dia bergerak ke bekas ubat yang berada didapur. Panadol diambil nya lalu pantas sahaja dia mengikuti langkah Alicia untuk ke bilik Ali.

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now