Marah ..

1.2K 85 7
                                    

"Kuat lagi Ali!"

Ali menarik nafas panjang sebelum menghembuskan nafas.

Nak tahu Ali tengah buat apa sekarang?
Sekarang ni dia tengah lawan dengan busterdroid. Droid paling besar tu. 5 kali ganda kuat Ali, busterdroid tu!
Lawan combat pula tu. Gila gila.

Bakar sebagai mentor, hanya memerhati sambil mulutnya sibuk mengunyah burger.

Kalau pasal sut Ali, dia dah tukar sut dah. Kenapa? Yelah dia kan Tekno bukan Kombat. Takkan nak pakai sut Tekno pula.

Sut ni special sikit dari sut lain. Sebab tak ada alatan macam yoyo ke apa. Lawan guna combat je. Sut warna biru, ada sarung tangan besi warna biru tua. Sarung tangan ni kuat tapi ringan.

Bam! Bam!

Ali menumbuk busterdroid kuat.

Alicia langsung tidak menumpukan perhatian. Dia sibuk melayari Instagram. Al maklumlah instafamous kan?

Bakar pula memerhatikan Ali, namun terkadang dia juga leka kerana asyik sangat dengan burger acah korea tu. Kau hado?

"Arghh!"

Ali menjerit kuat sambil menumbuk busterdroid tersebut. Geram!

Tanpa sedar, dia menarik perhatian Alicia dan Bakar. Mereka berdua ukir senyum.

"Ala kau ni lembik lah Ali! Try kuat sikit!"
Perli Alicia. Sebenarnya, dia nak menaikkan semangat Ali. Nampak down sangat!

"Betul! Betul! Kau kata nak jadi ejen hebat kan? Cepat-cepat! Kalah kan busterdroid tu. Kalau kau cepat uncle bagi burger ni"
Bakar turut memberi semangat.

Ali ukir senyum. Dia tutup mata buat seketika.

Tak sampai seminit, dia buka mata. Nak buat apa tutup lama-lama?

Bam! Bam!

Ali langsung tak guna tangan. Dia hanya menyerang busterdroid tu guna kaki sahaja. Walaupun busterdroid tu tinggi sikit dari dia, tapi tetap sahaja kakinya sampai apabila menyepak kepala busterdroid tersebut. Dia budak Taekwondo. So, tak jadi masalah setakat sepak tinggi tu.

Banyak kali juga dia kick. Guna backtrust kick lah, slap kick lah, macam-macam!

Skrin yang berfungsi sebagai mata busterdroid terkelip-kelip hitam putih setelah disepak Ali kuat.

"Cayalah Ali!"
Puji Bakar.

Ali tarik nafas.

'Sikit lagi'
Bisik hati Ali.

Mujur sut ni tebal, tak terasa lah kalau sepak busterdroid yang keras bak batu ni!

Ali tidak menunggu busterdroid tersebut untuk kembali kepada biasa, dia menyerang bertalu-talu secara combat. Kaki, tangan, semua jalan.

Dengan adanya IRIS, lagi senang dia nak detect kelemahan busterdroid ni.

Pam!

Dengan sekali sepakan pada center busterdroid itu, terus ia terhempas ke dinding bilik latihan. Pastu? Dah tak gerak, mati dah kut! Eh silap, rosak lah!

Ali pula terduduk dilantai. Letih wei lawan busterdroid yang 5 kali ganda kuat dari kita.
Gila agaknya siapa yang tak letih tu!

"Alicia, rest 15 minute. Uncle keluar dulu"

Alicia angguk.

Kesian pula tengok Ali ni. Tak ada masa nak rehat. Ada memang ada tapi .. 15 minit je. Kau rasa?

Nasib bukan aku.

Alicia menghela nafas lega.

"Fokus. And .. Do it!"
Arah Geetha.

Ali berayun pada besi menggunakan yoyonya.

Dia cuba menggunakan aero boot nya untuk melompat dari ayunan besi untuk ke platform kedua.

Namun, nasib tidak menyebelahi Ali. Dia jatuh ke lantai bilik latihan.

"Erggh"
Ali memegang sisi kepalanya. Terasa berat.

Pandangannya berpinar-pinar.

"Kau okay Ali?"
Soalan Alicia dibiarkan sepi.

"Ali?"
Panggil Geetha. Dia membantu Ali bangun.

Pandangan Ali mulai kabur. Perlahan demi perlahan, pandangannya kelam.

__

"Dia okay ke doc?"

"Dia okay, cuma dia letih sangat ni"
Terang Dr. Karl.

Bakar menghela nafas lega.

"Saya keluar dulu apa-apa panggil saya"
Kata Dr. Karl lantas berlalu pergi.

"Aku dah agak benda macam ni akan jadi. 15 minit rehat ingat cukup ke?"
Keluh Rizwan.

Alicia diam.

"Geetha dah lapor dekat generalkan pasal ni? Mesti general akan beritahu ketua teras"
Bakar cuba menenangkan Rizwan.

"Ketua teras? Dia orang tak akan ubah jadual Ali."
Kata Rizwan sinis.

Bakar terdiam.

Klik!

Geetha berjalan memasuki bilik rawatan.

"Macam mana Geetha?"
Soal Bakar.

Geetha menggeleng.
"Ketua teras kata, biasa lah mula-mula latihan macam ni mesti tak biasa. Lama-lama biasa lah tu"

"Aku dah kata."
Bidas Rizwan.

"Kalau Ali sedar sebelum pukul 12, suruh dia sambung berlatih Geetha"
Tegas Rizwan.

"Tapi ..dia kan masih le-"

"It's not our problem. Right?"
Pintas Rizwan.

Rizwan berlalu keluar.

"Ejen Bakar dengan ejen Geetha pergilah rehat. Nanti bila Ali dah sedar saya bagitahu"
Sampuk Alicia.

__

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now