Letih ..

1.2K 78 3
                                    

Mata kuyu melihat guru yang mengajar subjek Math dihadapannya.

.
.

"Ali!"
Jerkah puan Flors.

Bulat mata Ali melihat puan Flors berada dihadapannya sambil memegang rotan.

"Ma- maaf cikgu"
Pintanya.

Puan Flors melihatnya tajam.

"Kenapa dengan kamu ni?! Dari pagi lagi saya tengok tak henti-henti menguap lepas tu tidur"

"Ni dah masuk kali ke tiga awak tidur dalam kelas saya harini. Baru pukul 9 tak akan dah mengantuk?"
Bebel puan Flors.

Ali menunduk.

"Ma-"
Ali ingin meminta maaf buat kedua kali namun dipintas puan Flors.

"Tak ada maaf maaf. Pergi berdiri dekat luar! Habis masa saya baru boleh masuk"
Tegasnya.

Tanpa sebarang bantahan, Ali bangun dan berjalan menuju ke luar kelas.

Puan Flors menggeleng perlahan.

Apa kena lah dengan budak ni. Selalunya, dia yang bersemangat lebih.

Hari ni sikit-sikit menguap. Sikit-sikit menguap.

Tidur lewat lah tu.

Puan Flors kembali ke mejanya sebagai guru.

Dipandang sekilas ke arah Ali.

Menguap lagi!

"Kita sambung pembelajaran kita hari ni."

"Formula bagi luas bulatan, πj².
And bagi lilitan bulatan, 2πj."
Sambil tangannya sibuk menekan skrin yang muncul di papan putih.

Puan Flors berpaling ke arah pelajar-pelajar nya.

"Ehem!"
Dia berdehem.

"Tengok je ke? Tak nak salin ke?"
Katanya bersama pandangan maut yang dihadiahkan kepada pelajarnya.

Pelajar-pelajar nya kalut mengeluarkan tab kecuali Alicia yang dari tadi sibuk menyalin formula.

Puan Flors ketawa kecil.

'Gurau aje'
Bisik hatinya.

.
.
.
.
.

Masa yang berlalu terasa laju.

"Ali, hey. Kamu tidur ke?"
Tegur puan Flors.

"Cik-cikgu. Sorry sorry"
Pantas Ali meminta maaf.

Puan Flors ukir senyum.

"Turunlah makan. Ke nak sambung tidur lagi?"
Perli puan Flors.

Ali sengih.

"Saya pergi dulu lah"
Puan Flors meminta diri.

Ali angguk.

Dia masuk ke kelas.

Duduk sahaja ditempatnya, terus matanya kembali tertutup.

Alicia memandang lantas tersenyum.

Tu la, tidur lewat lagi!

"I wanna rest"
Rengek Ali apabila Rizwan mengheretnya ke bilik latihan.

"Nope"
Tegas Rizwan.

Baru je balik sekolah dah kena pergi MATA. Tak sempat pun balik rumah.

Mesti ayah dia risau kan?

"Nak rehat. Please ejen Rizwan. Orang letih ni"
Pinta Ali lagi.

"Sorry lah Ali. Latihan tetap latihan"

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now