14 | Zera

1.9K 114 0
                                    

Dia melihat ejen-ejen terhebat MATA menjalankan misi.

Atas arahan general.

General sendiri mahu dia melihat ejen-ejen lain melakukan misi, sebelum general memasukkannya ke akademik MATA.

Ejen yang menjalankan misi tersebut adalah ejen Rizwan, Ali dan Alicia.

Kemahiran berlawan dan melakukan misi Ali, sudah banyak meningkat.
Atas latihan yang diajar oleh Rizwan dan juga latihan yang dilakukannya bersama Alicia. Dia melihat rakaman misi itu hingga habis.

"Hmm. Biasa."
Dia tersenyum sinis.

Pintu base MATA terbuka, tiga orang ejen yang terdiri daripada ejen Rizwan, Ali dan Alicia memasuki bilik itu.

Mereka ingin melaporkan perkara mengenai misi itu.

Misi yang dijalankan mereka adalah misi untuk menyelidik perkara berkaitan dengan electric handglove yang boleh membahayakan nyawa sesiapa pun jika terkena.

Voltan bagi renjatan yang ada pada electric handglove pula mencapai 100 000 000 voltan.

Mereka juga perlu menghalang penjahat-penjahat yang inginkan handglove itu dari sampai ke technology lab tempat alat itu disimpan.

Ali mengendahkan kehadiran budak perempuan yang berada dihadapannya. Pandangannya hanya tertumpu pada skrin dimana wajah general terpampar.

"General, kami dapat menghalang beberapa kumpulan penjahat dari pergi ke technology lab dan dari penyelidikan kami, alat yang dijumpai para Saintis itu adalah sebuah alat bagi menyeksa seseorang."
Ali berhenti seketika untuk mengambil nafas. Setelah itu di menyambung kembali.

"Alat itu dicipta oleh seorang Saintis yang terlibat dengan kumpulan penjahat luar Cyberaya. Dia menyeludup alat itu melalui pelabuhan Cyberaya pada waktu malam."

"Jadi hanya itu?"
General bertanya inginkan penjelasan.

"Ya, General,"
Alicia menjawab.

"Oh, ya saya ingin memperkenalkan ejen baru yang akan sertai misi bersama kamu semua. Zera, perkenalkan diri kamu"

"Aku, Zera. Kombat."
Ringkas sahaja penerangan tentang dirinya.

"Jadi... boleh kami pergi sekarang general?"

Rizwan bertanya.

Secara jujurnya, Ali, Alicia dan Rizwan, langsung tidak memandang gerangan ejen baharu itu. Seperti Zera, tidak ada disitu.

"Sebelum kamu pergi. Ali, Alicia boleh kamu bawa Zera berjalan dan mengenali tempat-tempat didalam agensi ini?"

General melihat dua orang ejen itu, biasa sahaja.

Alicia berkata.
"Baik general"

Ali memandang Alicia.

Kalau dilihat dari jauh ia kelihatan pandangan mata biasa tapi apabila dilihat dari jarak dekat dan difahami ia adalah pandangan mata yang bermaksud, dia tak nak ikut. Namun, Alicia menepuk bahu Ali perlahan dan berbisik.

"Nak tak nak, kau kena ikut. Nanti general marah kalau tak ikut."

Ali angguk.

Mereka keluar dari bilik itu.

Rizwan sudah lama berlalu.


Mereka telah pergi ke beberapa tempat.

Satu-satunya tempat yang mereka tidak pergi lagi adalah, ke bilik ketua teras.

Setelah sampai dibilik itu. Mereka tidak memasuki bilik tersebut, mereka hanya melihat dari luar sementara Alicia menerangkan perihal bilik itu.

"bilik ni.. bilik ketua teras pada awalnya kita mempunyai 4 orang ketua teras iaitu neu-"

"Tak payah lah terangkan semua tu. Aku tahu lah ada 4 ketua teras yang berasal dari 4 teras tu."

Zera tersenyum sinis kepada Alicia.

Alicia hanya pandang sekilas sebelum dia beralih pandangan dari Zera ke Ali.

Ali pula diam, tidak berkata apa apa. Wajahnya kekal dingin.

Namun Alicia faham, Ali marah ketika itu.

Masakan tidak, dah la dia terpaksa ikut Alicia bawa Zera ke tempat tempat dalam agensi ini lepastu senang-senang je si Zera ni potong percakapan Alicia.

Dia ingat Alicia ikhlas ke nak bagitahu semua itu?

No!

Alicia tahu, Ali marah sebab dia nampak Ali genggam tangan dia.

Lepastu, muka Ali pun naik merah mungkin tahan marah?

Alicia menyambung kata. Kata kata sinis yang diungkapkan, dibiarkan sahaja tidak berbalas bagaikan kata kata itu tidak wujud.

"Selepas beberapa insiden yang tak dapat dielakkan... kita..."

Alicia berhenti seketika. Dia seperti tak dapat mengungkapkan kata katanya. Matanya berair.

Baru dia hendak menyambung lagi, Ali memotong.

"Kami kehilangan dua orang ketua teras dari teras Inviso dan Neuro. Itu saja yang kau perlu tahu."

Zera hanya diam melihat tangan Alicia bergetar sedikit.

"Zera, boleh tak kau kembali ke base MATA dulu? Kami ada hal."

"Boleh."

Zera berjalan terus ke base MATA, tanpa melencong ke tempat lain.

Selepas Zera pergi.

Ali mendekati Alicia, lalu menepuk bahunya sedikit.

Dia berkata.
"Alicia, kau nak lawat ejen Zain?"

Alicia hanya mengangguk apabila ditanya Ali.

Dia sedaya upaya cuba menutupi kesedihannya dari dilihat Ali.

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now