21 | 2 personaliti & Stress!

1.8K 105 2
                                    

"Kes Ali pun belum selesai lagi, sekarang Rizwan pula?"
General memegang kepalanya pening.

"General, pada pendapat saya Rizwan berbuat begitu berkemungkinan atas sebab tekanan melampau pada dia dan mendorongnya untuk mencederakan dirinya sendiri."
Karya mengemukakan pendapatnya.

"Betul tu general. Sama macam Ali, dia juga psiko akibat tekanan tapi Ali ada 2 personaliti diri. Dia adalah salah satu darinya dan satu lagi adalah dark iaitu masa silam. Rizwan hanya 1 iaitu diri dia sahaja."
Leon pula menyambung.

Karya dan Leon baru sahaja melawat Rizwan dibilik khasnya selepas itu mereka melaporkan keadaan kepada general.

Mereka tahu Rizwan mengalami tekanan melampau akibat terlalu risaukan pelajar kesayangannya iaitu Ali.

Ada juga di atas sebab sebab lain iaitu lukanya kerana perlawanan dengan Ali hari tu yang belum sembuh.

Dia didorong rasa kecewa, marah, sedih, risau dan tekanan yang menyebabkannya mengambil tindakan agresif.

Ali pula mempunyai dua personaliti kesan daripada kematian ejen Zain.

Apabila dia dikawal api kemarahan dirinya akan dikawal oleh dark. Personalitinya yang kedua.







"Alicia! Nama kau... Alicia kan?"
Ali menjerit sedikit untuk memanggil Alicia yang berjalan di hadapannya.

Alicia berpaling.
"Ya, aku Alicia. Ada apa?"

"Tak ada apa, just nak kenal."
Ali tersenyum manis.

"Ali, kau.. dah ingat ke?"

"Pasal apa?"

"Ermm ejen Zain?"

"Ejen Zain?"

Fikiran Ali mula memutar kembali kejadian yang menjadikannya dingin.

Semakin dia menahan memori itu dari terus memasuki fikirannya semakin sakit kepalanya.

"Argh."
Ali memegang kepalanya. Dia mengerang perlahan.

"Kau okay? Mari ke bilik rehat."
Alicia mengajak.

Dia tahu sepatutnya dia tidak boleh memberitahu perkara perkara yang boleh mengingatkan Ali pada kejadian negatif.

Namun entah kenapa hati nak sangat beritahu Ali.

"Tak... tak apa. Aku okay."
Imbasan kejadian kejadian lalu masih berputar difikiran sama ada positif atau negatif.

Berpinar-pinar dia melihat lantai akademi itu sebelum kepalanya terasa berat dan matanya semakin kabur. Badannya melayang.

"Ali!"
Alicia panik seketika sebelum dia memapah Ali ke bilik rawatan.

Mujurlah bilik rawatan itu berada berdekatan dengan mereka dan Ali taklah berat sangat.

Alicia memasuki bilik rawatan dan meletakkan Ali dikatil berdekatan dia pula duduk seketika. Letih.

Walaupun Ali tu taklah seberat mana tapi masih terasa penatnya.

Akademi MATA mempunyai 3 buah bilik rawatan.

Bilik rawatan 001 untuk ejen yang mengalami kecederaan ringan atau pengsan.

Bilik rawatan 020 untuk ejen yang mengalami apa apa kecederaan yang tidak terlalu serius dan tidak terlalu biasa.

Bilik rawatan 300 pula bagi ejen yang mengalami apa apa kecederaan parah seperti Rizwan.

Bilik rawatan yang dimasuki Alicia tadi adalah bilik rawatan 001.

Jarang ejen Geetha berada dibilik itu selalunya dia berada di bilik rawatan 300 bagi bersedia dengan apa apa kecemasan yang akan berlaku.

Beberapa minit selepas itu, pintu bilik rawatan terbuka kelihatan seorang ejen iaitu Geetha memasuki bilik rawatan 001 itu.

Dia tertinggal tabletnya di atas salah satu katil itu. Dia ternampak Ali yang terbaring diatas katil dan Alicia yang tertidur sambil bersandar ditepi katil Ali.

Alicia hanya duduk di lantai kerana ketiadaan kerusi disitu.

Geetha ingin bertanya tetapi dia rasa bersalah pula hendak mengganggu Alicia yang lena tidur.

Mungkin kerana letih? fikirnya.

Dia melangkah dengan senyap untuk ke katil yang berada di belakang untuk mengambil tabletnya. Tapi Alicia terjaga jua.

Alicia menguap sedikit, dia menutup mulut menggunakan tangannya.

Dia ternampak Geetha yang berjalan senyap menuju ke katil belakang.

"Ejen Geetha?"
Alicia bangun dan memanggil Geetha.

"Ah kamu sudah bangun ya? maaf ganggu kamu tidur tadim"
Geetha berkata sambil memusingkan badannya ke arah Alicia.

"erm Alicia.. kenapa dengan Ali?"
Geetha bertanya.

"Sebenarnya macam ni cerita dia."
Alicia mula bercerita tentang di berjumpa Ali sehinggalah waktu Ali pengsan.

"Alicia bukankah saya sudah beritahu jangan ingatkan dia pada perkara negatif. "
Geetha menegur secara lembut. Dia tidak mahu memarahinya.

"Tapi ejen Geetha tak adil lah dia tak ingat perkara ini."
Alicia memberi alasan.

"Kalau kamu tidak beritahu dia pun pasti lambat laun dia akan tahu juga kan?"

"Jadi ejen Geetha nak saya sajalah yang tahu dan rasa terseksa dengan perkara ini?"
Alicia menengking.

Dia pun tidak tahu kenapa tiba tiba dia cakap begitu.

Terus dia berlalu keluar dari bilik itu dan berlari menuju ke suatu tempat yang sunyi tanpa gangguan.

Dia ingin tenangkan fikiran.

Semenjak kematian ejen Zain fikirannya cepat sensitif apabila seseorang bercakap tentang ejen Zain.

Geetha hanya bereaksi biasa dia sudah tahu Alicia pasti akan marah.

Vote. Comments.

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now