EA 2 | Cahaya Biru

3.6K 226 19
                                    

Rizwan berjalan keluar daripada bilik perjumpaan ketua teras selepas berjumpa dengan dua orang ketua teras MATA iaitu Dayang, ketua teras tekno dan Ganz, ketua teras kombat.

"Selamat pagi ejen-ejen muda MATA, disini ada satu pengumuman. Perhatian kepada ejen muda MATA, Ali Ghazali, sila hadir ke arena latihan MATA dengan kadar yang segera. Saya ulangi perhatian kepada ejen muda MATA Ali Ghazali, sila hadir ke arena latihan dengan kadar yang segera."

Pengumuman tersebut bergema melalui pembesar suara ke sekitar akademi menghentikan sebentar aktiviti kesemua ejen yang mendengarnya sebelum kembali menyambung aktiviti yang dilakukan mereka apabila menyedari bahawa mereka tiada kaitan dengan pengumuman yang diumumkan.

Tuan empunya nama yang dipanggil sebentar tadi berjalan dengan lagak selamba ke arena latihan MATA.

Rizwan sudah mencerlung tajam manusia yang baru memasuki arena latihan itu.

"Dah bersedia nak berlatih?" Dia bertanya.

"Kalau aku belum bersedia, aku tak akan datang ke sini," Ali menjawab. Tidak sedikit pun memandang ke arah mentornya.

Bam!
Bam!

Latihan bermula dengan latihan peringkat pertama iaitu latihan dengan hanya menggunakan gajet yang dipakai oleh ejen itu sendiri dan sedikit kepakaran dalam menyelesaikan masalah.

Ali mencuba sedaya upayanya untuk melepasi setiap halangan yang dicipta di dalam arena latihan tersebut. Buat seketika dia terleka. Fikirannya sedikit terganggu dengan kejadian kira-kira 1 tahun yang lepas.

Zass!

Zass!

Bunyi keris yang menusuk tajam kedalam badan robot yang dimiliki oleh agensi MATA itu. Robot tersebut telah dikawal sepenuhnya oleh musuh mereka, Uno iaitu bekas ketua teras Inviso yang sepatutnya dah lama terkorban. Namun, hakikat yang sebenarnya, dia masih hidup.

Setelah mengetahui pihak MATA cuba menghapuskannya, dia cuba untuk membalas balik perbuatan MATA itu.

Kini dia kembali setelah 6 tahun kejadian itu berlaku. Dengan teknologi ciptaannya yang hebat-hebat belaka. Penciptaan teknologi bagi senjata-senjata baharu itu bukan mengambil masa yang sekejap, tetapi mengambil masa bertahun-tahun pembuatannya. Berkali-kali teknologi senjata barunya diulang uji kerana tidak ia hanya sekadar siap.

Mereka akhirnya melancarkan serangan terhadap mata sehingga ejen-ejen di hq dan akademi MATA hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. MATA hampir menghampiri penamatnya. Ketika itulah muncul seorang ejen Neuro atau lebih dikenali sebagai ketua ejen bagi teras Neuro, ejen Zain yang membantu MATA mengalahkan Uno.

Perlawanan mereka berlangsung dengan sengit sehinggalah.

Salah satu daripada nyawa mereka melayang.

Buk!

Ali melutut diatas lantai bilik latihan MATA.

Setitik air matanya yang berharga mengalir jatuh ke pipinya. Dia menyeka air mata yang tumpah.

"Argh!" Dia bertempik lantang.

Bam!

Lantai arena latihan itu ditumbuknya sekuat hati.

Perbuatannya diperhatikan Rizwan dari bilik kawalan arena latihan. Segala yang berlaku di arena latihan jelas kelihatan. Rizwan menundukkan pandangannya. Enggan melihat tingkahlaku Ali yang berada di dalam arena latihan tersebut.

"Maafkan aku," Bibirnya mengeluarkan suara yang perlahan. Suara yang penuh kekesalan. Kesal kerana dia tidak dapat membantu ketika MATA diserang. Keputusannya untuk mengintip musuh dari dalam sehingga dia tanpa sedar telah mengkhianati MATA kerana strategi yang dirancangnya. Secara tidak langsung ia menjadi sebuah keputusan yang paling disesalinya.

Tangannya yang berada di sisi badan digenggam kuat sehingga penumbuknya memutih.

**

Ali mencengkam dadanya yang tiba-tiba berasa sakit. Air matanya mengaburkan penglihatan. Telinganya menangkap seseorang memanggil namanya sebelum pandangannya gelap dan badannya dirasakan jatuh bertemu lantai arena.

Ada suatu cahaya biru bersinar disebalik cengkaman tangannya.

**

"Apa yang berlaku?" Geetha bertanya sedang dia melihat Rizwan membaringkan Ali ke atas katil di bilik rawatan.

"Aku tak tahu. Dia tiba-tiba saja tak sedarkan diri. Kau boleh tolong periksa dia?" Rizwan mengusap lembut rambut Ali sebelum pandangannya beralih pada Geetha.

Geetha mengangguk. Pengalaman dan kepakaran yang ada selama dia merawat ejen-ejen di MATA digunakannya sebaik mungkin.

"Ini..."

Jari Geetha laju menekan skrin tablet miliknya.

"Saya belum pernah mengalami perkara sebegini."

"Apa maksud kau?"

"Saya rasa kamu patut tinggalkan dahulu Ali disini. Saya akan cuba untuk mengkaji tentang perkara ini. Saya pasti ini bukanlah apa-apa yang serius."

Rizwan merenung Ali yang terbaring diatas katil didalam bilik rawatan itu.

"Kau pasti?"

"Huh?" Geetha memandang Rizwan dengan pandangan hairan.

"Kau pasti tak ada apa-apa yang serius?"

Geetha tiba-tiba menjadi ragu-ragu dengan kata-katanya sendiri. "Saya... Saya akan cuba mengkaji tentangnya terlebih dahulu."

"Pastikan kau tak beritahu apa-apa tentang ini kepada sesiapa sebelum kau betul-betul tahu apa yang terjadi pada Ali," Rizwan memberi amaran keras. Mungkin kepada sesiapa, ia bukan perkara serius. Tetapi, hatinya rasa tidak selesa. Seakan ada sesuatu yang tidak kena.

Geetha meneguk air liur yang kesat. Dia memberikan anggukan kecil.

"Terima kasih. Tolong jagakan Ali untuk aku sepanjang dia berada disini dan dibawah pengawasan kau."

The end of chapter second.

Perubahan [EA] [In Editing]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora