17 | Tekanan

2K 117 5
                                    

"General!"

General yang sedang melaporkan keadaan akademi kepada ketua teras sedikit terkejut kerana Alicia memanggilnya.

Nada suara Alicia yang terdengar seperti tergesa-gesa mengejutkan dia.

Bukan dia sahaja ketua teras yang berada di skrin juga terkejut.

Susah hendak mendengar suara Alicia begitu.

Jika ada sesuatu yang mencemaskannya sahaja dia akan menjerit begitu.

"Alicia, kenapa?"
Ketua teras Tekno iaitu ejen Dayang bertanya.

"Ali... di... dia hilang kawalan saya kebsini untuk meminta pertolongan general untuk hentikan dia. Tolong cepat! Saya tiada masa nak cerita sekarang!"
Alicia berkata. Nadanya cemas.

Ketua-ketua teras dan General memandangnya dengan wajah serius.

Ejen Ganz iaitu ketua teras Kombat menukar pandangan ke arah General.

"Rama, minta bantuan dari mentor-mentor akademi dengan segera. Saya tidak mahu sebarang kematian berlaku. Pergi sekarang!"
Ejen berkata, tegas.

Alicia berlalu bersama general untuk ke bilik Speaker.








Pintu bilik itu terbuka kelihatan dua ejen Neuro yang cemas.

"Ejen Geetha, tolong buat pengumuman pengumpulan mentor mentor di arena latihan. Sekarang juga!"
Alicia meminta sebaik sahaja sampai dibilik itu.

"Kenapa ni, kamu berdua nampak... cemas."
Geetha memandang pelik kedua ejen itu.

"Ali hilang kawalan."
General berkata.

Geetha yang mendengar sedikit terkejut. Lantas dia membuat pengumuman.

"Perhatian kepada mentor mentor akademi sila ke arena latihan sekarang juga. Saya ulangi, sekarang juga. Ini adalah panggilan kecemasan sila bergegas dengan segera!"
Setelah selesai membuat pengumuman dia juga bergegas ke arena latihan.

General dan Alicia sudah berlalu.







"Kenapa tu?"
Karya menyoal.

Dia sekarang sedang bergegas ke arena latihan bersama Leon dan Bakar.

"Pasti ada sesuatu yang terjadi. Kalau tidak, Geetha takkan membuat pengumuman dalam keadaan cemas"

Setelah mereka tiba di arena, mereka terkejut melihat Ali yang memegang pisau dan sedang menuju ke arah Zera yang terbaring di tepi dinding akademi.

Mereka bertiga terus berlari ke arah Ali.

Mereka dapat melihat mata Ali yang bertukar merah dan IRIS dan yoyo blast di tepi dinding.

Karya ternampak Rizwan yang berada di sudut akademi lantas berlari ke arah Rizwan diikuti Leon dan Bakar.

Mereka cuba menyedarkan Rizwan tapi apakan daya Rizwan sudah terlalu lemah.

Karya merenung tajam ke arah Ali.

Dia melempar kadnya kepada Ali melalui belakang.

Leon pula menyerang Ali dengan menembaknya menggunakan pistolnya dari sisi.

Ali dapat mengelak serangan mereka dengan mudah.

Dia melompat ke atas menggunakan aero bootsnya dan melompat sekali lagi ke belakang.

Bakar menyerang dari arah depan.

Dia cuba membuang pisau Ali dari tangannya.

Namun Ali perasan akan tindakan Bakar.

Perubahan [EA] [In Editing]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum