12 | Pelik

2K 127 2
                                    

Ali duduk di atas sofa sambil bermain ps4.

Ejen Bakar selaku Uncle kepada Ali memberitahu ayah Ali bahawa Ali perlu berehat dirumah untuk sementara waktu kerana Ali mengalami demam waktu Ali melepak dirumahnya.

Semuanya penipuan. Penipuan, penipuan dan penipuan. Itu lah kehidupan ejen MATA penuh rahsia. 

Kata ejen Bakar, Ali perlu kembali ke akademik kerana, ejen Rizwan akan menyambung latihannya.








"Ha sampai pun kau, Ali."

Ejen Bakar menegur apabila melihat Ali memasuki ruang akademik.

Ali kelihatan dingin seperti biasa, dia bertanya kepada Bakar tentang keberadaan Rizwan.

Bakar hanya menjawab.
"Dia kata tempat biasa kau berlatih."

"Terima kasih, uncle."

Walaupun Ali kelihatan dingin jika bercakap dengan orang lain, namun bila dia berbual dengan ejen Bakar nada dinginnya.. tiada.

Baguslah walaupun hanya dengan Bakar.

Ali sudah berlalu ke bilik latihan sambil menguntum senyuman sebelum senyumannya bertukar kedinginan.







Rizwan sedang menunggu kedatangan Ali.

Dia mengambil latihan paling susah bukan paling senang macam sebelum ni, cuma dia masih belum yakin Ali boleh buat latihan yang diberi.

"Maaf lambat, dah boleh mula?"

Rizwan tersentak dari lamunannya seraya menoleh ke belakang.

"Tak apa and yup, dah boleh mula."

Mereka memulakan sesi latihan itu dengan beberapa nasihat dari Rizwan tentang pengawalan emosi dan pengawalan IRIS.

Selepas itu barulah latihan dimulakan.

Kelihatan Ali dah semakin cekap dan lebih hebat dari tempoh hari. Mungkin dia dah boleh lupakan perasaan sedihnya terhadap apa yang berlaku.

Pasti dia rasa bersalah kalau aku bagitahu dia pernah belot akibat pengawalan minda.
Bisik hati Rizwan.

Matanya tidak lepas dari memerhatikan Ali. Takut-takut Ali terjatuh. 

Ali menumpukan perhatian kepada latihan itu.

Dia yakin, dia pasti dapat membuat latihan ini.



Sedikit lagi Ali hendak menghabiskan latihan tersebut.

Dia menyerang robot-robot dan drone-drone MATA.

Akhir sekali dia perlu menyerang robot MATA mempunyai saiz yang sedikit besar dari robot lain dan dia... selesai latihan!

Rizwan mengukir senyuman ..manis.

"Ali, kita sambung esok."

Ali hanya mengangguk seraya keluar dari bilik itu.

"Hai Alicia!"
Nada Ali sedikit gembira.

Ya lah siapa tak gembira bila dia dapat habiskan latihan itu dengan jayanya walaupun tak sampai tahap perfect baru good itu pun dah mengembirakan hatinya. Dah lah latihan tadi latihan susah!

Alicia tersenyum.
"Ni apahal tersengih-sengih ni, macam orang tak waras aku tengok"

"Ish kau ni, aku nak senyum pun salah."

"Kau tahu tak?"

"Macam mana nak tahu kalau kau tak bagitahu."
Alicia membalas. Dia tergelak tanda sindiran.

"Nak bagitahu lah ni. Aku... dapat selesaikan latihan tadi. Dah lah yang latihan paling susah tu. Hebatkan aku?"

"Eleh tu je. Weh, jom lah kita pergi ruang akademik."

Alicia berasa sedikit gembira apabila melihat keadaan Ali ye lah sebelum ni dingin aje.

Bagi Alicia, dingin itu dah macam sifat Ali yang semula jadi dah.

Mereka berjalan sambil berborak kosong. Alicia mengambil peluang ini untuk membuatkan Ali ceria seperti dahulu.

"Ali... kau ok?"

"Kenapa? Pasal aku pengsan masa buat latihan itu, aku okay je lah."

"Buat latihan?"

"Ha'ah buat latihan la. Uncle yang bagitau aku pengsan. Kenapa?"

"Kau betul betul tak ingat?"

"Ingat apa?"

"Erm tak apa lah."

Fuh! Nasib baik dia tak ingat. Kalau dia ingat, mesti lagi teruk jadinya. Desis hati Alicia.

Mereka mengambil tempat duduk dihadapan bulat, Jet dan Rudy.

Bulat bermain rubix, jet dan Rudy pula tengah leka bermain Mobile Legend di telefon pintar mereka.

Ali sudah  berubah wajah dingin.

Dia tu manalah nak gembira kalau dengan orang lain, sebab kejadian itu yang merubah dia, tapi dia selesa dengan Alicia sebab Alicia pun sama macam dia. Pelajar rahsia...

"Pembe..."
Belum sempat Rudy bercakap, Alicia sudah menarik dia jauh dari Ali.

"Kau ni memang tak sayang mulut ke? Ali tu jadi pembelot atas kawalan seseorang. Dia dah tak ingat yang dia pernah belot MATA sebab alat kawalan minda tu dah dibuang"
Alicia menengking sedikit.

Ali tak akan dengar kerana dia berada jauh sedikit dari tempat Ali berada tapi dia masih di dalam akademik. 

"Jap jap kau tipu ke betul ni?"
Rudy bertanya keliru.

"Betul la. Masa pergi Jepun, mAsa dia letak bom, masa dia bagitahu yang dia belot tu semua, atas kawalan minda. Dia tak ingat semua tu."
Rudy terlopong sebentar tapi, cepat-cepat dia berlagak cool kembali.

Alicia pula, terus tinggalkan Rudy yang masih kaku disitu.

"Kenapa tu?"
Ali bertanya. Pelik akan kelakuan Rudy. Belum pernah dia melihat Rudy kaku begitu.

Rudy yang ditinggalkan Alicia terus berlalu ke tempat dia duduk tadi dan sambung main Mobile Legend.

Alicia menjawab. "Entah, dia tetiba kaku macam patung."

Ali cuma memandang Alicia dan Rudy silih berganti dengan pandangan pelik.

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now