EA 3 | Arena Perlawanan

3.3K 213 11
                                    

"Ergh," Ali membuka matanya perlahan. Dia cuba untuk bangun. Namun dihalang Geetha.

"Ali, jangan bangun. Kamu masih belum sihat sepenuhnya." Geetha menolaknya lembut untuk kembali berbaring. Sempat dia memeriksa Ali seketika sebelum dia mahu menyuntik sesuatu ke dalam badan Ali.

"Apa kau buat ni?" Ali menepis tangan Geetha sehingga jarum suntikan terlepas dari tangannya dan darah mengalir keluar dari salur darah milik Ali.

Serentak itu pintu bilik rawatan itu terbuka. Seorang ejen berteras Inviso masuk ke dalam bilik rawatan tersebut. "Ouh, Ali. Kau dah sedar. Bagus. Aku ada benda mahu bincangkan dengan kau," Rizwan melemparkan gula-gula lolipop kepada Ali.

Ali dengan cekap menyambutnya dengan tangan kirinya. Walaupun dia dapat menyambutnya dengan kemas, lolipop itu terlucut dari tangannya tidak sampai tiga saat ia berada didalam genggaman Ali.

"Ergh," Ali merintih kesakitan. Dia menggigit bibir sambil tangan kanannya sekali lagi mencengkam dada kirinya. Kesakitan tempoh hari kembali menyerangnya.

Geetha dengan pantas sekali lagi menyuntik suntikan ubat tidur pada badan Ali. Ia akan mengambil masa selama lima hingga sepuluh minit untuk ubat tidur khas buatan MATA itu memberi kesan. Itu pun dah lebih cepat berbanding ubat tidur biasa.

Ali sekali lagi cuba menepis, tetapi Rizwan memegang tangannya. "Jangan risau. Ia hanyalah ubat tidur. Geetha tak ada painkiller yang sesuai untuk kau. Jadi, kami terpaksa guna ubat tidur buat masa ini."

Ali diam. Tiada tanda-tanda dia mahu melawan mahupun berbalas kata.

Tangan Rizwan beralih mengelus lembut rambut Ali apabila Geetha selesai menyuntik anestetik tersebut.

"Apa yang tak kena dengan aku?"

Tangan Rizwan terhenti dari mengelus rambut Ali. "Kau cuma sakit sikit," Dia menurunkan tangannya apabila wajah Ali yang berkerut menahan sakit memandangnya.

"I trust you." Ali berkata dengan nada perlahan. Tidak sedikit pun dia memandang Rizwan.

Rizwan hanya mengangguk kecil.

Tangan Ali yang mencengkam dadanya jatuh ke sisi apabila suntikan ubat tidur tadi mula bertindak balas dan memberi kesan kepadanyanya. Pandangannya sedikit demi sedikit mula kabur sebelum dia kembali dibuai lena panjang.

"Geetha, macam mana dengan ubat tu?" Rizwan bertanya. Matanya pegun memandang Ali.

"Ada sedikit update dari kajian yang saya dapati tetapi masih tidak cukup untuk menghasilkan ubatnya. Paling awal yang saya boleh jangka adalah dalam masa tujuh bulan atau mungkin boleh mengambil masa lebih dari itu."

Rizwan diam. Dia faham bahawa penghasilan sesuatu ubat bukannya mengambil masa yang singkat. Kajian yang dilakukan sebelum mencipta ubat tersebut sudah pun mengambil masa yang lama apatah lagi penghasilan dan pengujiannya yang akan memastikan bahawa ubat itu seratus peratus selamat untuk digunakan dan terbukti keberkesanannya.

"Jangan risau. Dia tak apa-apa," Geetha menepuk lembut bahu Rizwan sebelum dia keluar dari bilik rawatan khas itu.

"Tak nampak begitu bagi aku," Rizwan menjawab perlahan.

**

"Wei aku dengar budak IRIS tu kena gantung dari jalankan misi betul ke?"

"Aku pun ada dengar-dengar juga."

"Memang patut pun dia kena gantung. Dia dapat masuk MATA hanya disebabkan IRIS, tak layak untuk terus berada disini. Pelajar rahsia ketua teras Neuro konon. Baguslah dia kena gantung, tak lama lagi kena buang pula. Menyusahkan MATA saja."

Rahsia Ali dan Alicia tentang hubungannya ejen Zain sudah diketahui, umumnya kepada warga akademi itu semenjak ketiadaan ejen Zain. Tidak ramai yang menyangka mereka berdua begitu rapat dengan ketua teras Neuro itu. Iyalah, ejen yang masuk MATA kerana IRIS, siapa sangka, kan? Lainlah Alicia, dahlah anak general, hebat pula tu.

"Ehh, yo ko? Bilo lagi keno gatungnyo?" (Ehh, iya ke? Bila lagi kena gantung?)

Sedang rancak ejen-ejen muda MATA itu berbual, ada seseorang bersama pandangan tajamnya sedang memerhatikan mereka . Tiba-tiba terdapat sebiji bebola besi berwarna hijau yang ditembak ke arah ejen-ejen itu yang entah dari mana membuatkan mereka tercampak ke belakang dan jatuh ke lantai.

"Aduh, sakitnya."

"Apa kau ni? Tiba-tiba serang orang."

"Mari-mari, tembok ore. Tok puco."(Datang sini, tembak orang.)

"Orang tua-tua kata, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar." Alicia berkata sambil menyimpan balistik miliknya yang digunakannya tadi. Dia berjalan mendekati mereka. Ejen neuro itu memang sudah lama mendengar khabar angin tentangnya dan Ali yang sudah tersebar luas di sekitar akademi itu. Namun, dia tiada masa mahu mengambil kisah dan ikut campur untuk mempertahankan dirinya dan Ali. Hari ini baru dia sempat menyampuk sekali.

"Haa ni seorang lagi. Pelajar rahsia ketua teras Neuro katanya."

Ejen-ejen muda yang lain perlahan-lahan kembali bangun. Boleh tahan sakit juga serangan Alicia. Itu membuktikan bahawa dia adalah seseorang yang bukan boleh dibawa main.

"Huh, marah?" Rudy berkata mengejek. Sengaja menyakitkan hati Alicia yang sedang panas.

"MATA ni bukan hak milik kau pun, Rudy. Tak payah buat sombong. Ali diserap ke MATA bermakna yang dia layak untuk masuk ke MATA apatah lagi akademi. Aku bukan mahu pertahankan dia, tapi kau orang belum kenal siapa dia yang sebenar."

"Apa kata kita adakan perlawanan antara kau dan aku. Nak sangat pertahankan si ejen IRIS tu kan? Kalau boleh ajak si ejen IRIS tu sekali. Biar dia tahu langit ni tinggi ke rendah."

"Boleh. Aku tak kisah. Tapi, jangan kacau Ali. Dia tak perlu berlawan dengan ejen mentah macam kau, Rudy."

Rudy menjelingnya tajam. "Hmm. Jumpa dekat arena perlawanan."

The end of chapter 3

Perubahan [EA] [In Editing]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt