11 | Coming School [0.2]

1.9K 135 1
                                    

Tok! Tok! Tok!

"Selamat pagi puan Julia."

"Oh, cikgu Bidin. Selamat pagi, ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Saya nak ambil Alicia dan Ali untuk perjumpaan kelab ICT."

Kelab ICT adalah laluan masuk untuk ke MATA akademik bagi SMT Cyberaya.

"Okay, boleh. Ali, Alicia pergilah."

Selepas cikgu Bidin a.k.a ejen Karya mengucap terima kasih, mereka bertiga terus ke bilik 22. Laluan rahsia untuk ke akademik.

"Kenapa aku pun kena ikut?"

Ali berkata sendirian. Karya terdengar kata-kata Ali lantas dia  menoleh ke arah Ali.

Dia menegur.
"Ali, jangan merungut. Rungutan tu takkan buat kita patah balik. General ada benda nak bincang dengan kamu."

"Kenapa?"

Pertanyaan Ali tidak sempat dijawab kerana pintu kenderaan untuk ke akademik terbuka tanda sudah sampai di destinasi.








"Roza kau dah sedia?"

Khai bertanya bila melihat Roza memegang senjatanya erat.

"Dah."

Acuh tak acuh sahaja Roza menjawab.

Pada hari perbincangan hari itu, dia membantah rancangan general namun dia terpaksa mengikuti rancangan itu juga kerana ianya adalah arahan general bukan ejen sembarangan.

"Roza, diorang dah sampai. Sedia"

Roza dan Khai tersentak mendengar suara yang kedengaran tegas daripada  seseorang yang berada dibelakang mereka.

Lantas dia berlalu pergi.

"Jom weh. General dah tegur tu"

Rupanya orang yang menegur mereka tadi adalah general.

Roza hanya mengangguk sebelum berjalan mengikuti Khai yang sudah jauh ke hadapan.







Ejen Karya , Ali dan Alicia berjalan memasuki bilik perjumpaan.

Apabila Ali memasuki bilik itu ada seseorang sedang bersedia untuk menembak.

Selaras senapang menembak dia dari belakang.

Ali dengan selamba mengelak dari terkena peluru itu.

"Nak bunuh aku ke?"

"Tak, nak bunuh jiwa kau"
Alicia mengambil bom yang disediakan khas untuk Ali dan

Bom!

Bom itu meletup dan menyebabkan Ali pengsan buat beberapa jam. Bom itu berfungsi sebagai ubat tidur.

"Settle."

"Rizwan, bawa dia ke bilik rawatan."

General mengarah manakala Rizwan hanya mengangguk. Ejen Geetha mengambil IRIS daripada Ali dan memeriksanya dengan teliti.

"General saya memerlukan sedikit waktu untuk membuang virus yang ada didalam IRIS ini."

"Tak apa ejen Geetha, ambil waktu yang kamu perlukan. Tentang Ali, Rizwan akan uruskan."








"Kenapa gunakannya terlalu awal?"

"Saya.."

Belum sempat Alicia hendak menjawab pertanyaan Rizwan, ejen Leon terus menyampuk.

"Tak apa Rizwan, mungkin dia tak nak ambil sebarang risiko."

"Ejen Leon, ada robot kecil di belakang kepalanya."

Alicia memeriksa disekitar kepala Ali sekali lagi. Dia risau jika ada lebih banyak robot kecil itu.

"Tak boleh ke kita cabut je benda ni"

Tangan Karya membelek-belek robot kecil yang terdapat di belakang kepala Ali.

"Tak boleh. Ia akan memutuskan sel-sel ingatan Ali dan menyebabkan dia hilang ingatan... buat selama lamanya dan jika benda tu ditanggalkan tanpa ditarik, Ali takkan ingat apa yang berlaku semalam"

Alicia menjelaskan dengan  terperinci. Baginya, tiada satu pun boleh tertinggal.

"Jadi... mungkin kita boleh menyahaktifkan benda tu melalui virus yang ada pada IRIS."

Kata-kata Bakar membuatkan Rizwan tersenyum.

"Kita boleh guna idea Bakar, tapi kita kena cepat sebelum Ali sedar."

Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum mengikuti Rizwan yang sudah mendahului untuk pergi berjumpa ejen Geetha.

Alicia, Roza dan juga Khai terlebih dahulu meminta izin untuk menjalankan latihan.








10:50am

Beberapa minit selepas Ali Dan Alicia keluar dari kelas, pengumuman pembatalan kelas telah dibuat atas sebab err... jerebu?

Ianya untuk menutupi atau melindungi rahsia MATA. Jadi, mana-mana guru, tidak akan syak ketiadaan Ali dan Alicia disekolah.







Selepas beberapa sesi, robot kecil yang berada di belakang Ali mulai boleh dibuang tanpa disedari Ali.

Virus pada IRIS juga sudah dibuang.

Sebenarnya, robot kecil itu adalah ciptaan Dr.Aerron.

Dia meletakkannya sewaktu perlawanan yang menyebabkan ketua teras neuro terkorban.

Robot kecil itu berfungsi untuk mengawal pemikiran seseorang.

Kawalan jauh telah ditetapkan dan diberi kepada Komeng.

Tentang semalam... MATA dah selidik tentang Ali sejak Bulat ternampak Ali meletakkan bom dekat arena, dan dia telah melaporkan hal tersebut kepada general.

Sejak itu lah general meminta Alicia mengikuti setiap gerak geri Ali.

Alicia?cedera? Tak, Alicia tak cedera waktu letupan di arena.

Dia hanya berlakon kerana dia tahu Ali akan ambil langkah seterusnya jika letupan itu berjalan dengan lancar. Ejen-ejen lain pun begitu, berlakon.

Percutian yang diberi juga lakonan untuk melengahkan waktu bagi menyiasat tentang Ali.

Pemeriksaan yang Ali lakukan di base MATA juga bagi melengahkan masa sebab itu lah general meminta Ali memeriksa base itu hingga dua kali.

Setelah beberapa jam, Ali mula sedar walaupun pada mulanya kepalanya terasa berat tapi dalam beberapa saat, dia sudah mula okay.

Bila dia dah okay, dia ada tanya apa yang berlaku tapi ejen Bakar hanya kata, yang dia pengsan waktu jalankan misi. Alicia mengiyakan kata kata Bakar.

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now