Racun

1.4K 85 16
                                    

"Macam mana sekarang ni?"
Suara Rizwan kedengaran.

"Macam tu la"
Alicia menjawab acuh tak acuh.

Ali yang berada di atas sofa dipandang sayu.

Nafas dihela berat.

              "Aku ingat nak korang berlatih hari ni tapi tak sangka pulak Ali demam teruk macam ni"

       Sememangnya Rizwan sudah memberitahu keadaan Ali kepada doktor peribadinya. Doktornya sudah datang ke rumah Rizwan sebentar tadi untuk memeriksa Ali. Katanya Ali hanya demam biasa. Dia banyak pening mungkin kerana terlalu banyak berfikir.
          Setelah memeriksa Ali doktor itu memberikan ubat lantas berlalu pergi. Katanya ada urusan lain.

             "Bagi dia ruang ejen Rizwan. Dengan keadaan dia macam ni saya tak rasa dia boleh berlatih lagi"
Alicia berkata teragak-agak.

      Ruang tamu sunyi seketika.

"Sedar pun kau. Ingat kan dah mati"
Kata-kata Alicia yang memerli Ali menyentak Rizwan dari lamunan.

Ali menjeling Alicia. Ada pulak dia kata begitu. Tak baik betul.

     "Bubur yang Alicia buat tadi kau habiskan ke?"
Rizwan bertanya menghilangkan ketegangan.

  "Dah. Cuma ..."
Ali menjawab. Ayatnya sengaja tidak disambung.

"Kau muntah ?"
Alicia meneka sementara tangannya ralit membuka beg plastik yang berisi buah-buahan, yougurt dan susu.

Ali mengangguk.

"Ejen Rizwan, boleh tolong ambik pinggan, garfu dengan gelas tak?"

Kepala Rizwan dianggukkan lantas dia berlalu pergi.
     Setelah Rizwan hilang dari pandangan Alicia bertanya kepada Ali.

   "Kau dah okay ke? Tadi ejen Rizwan ada kata yang dia nak kita berlatih hari ni tapi kau pulak demam"

              "Ejen Rizwan risaukan kau. Pukul 1 tadi masa dia balik dari misi. Dia mandi and terus je dia pergi bilik kau jaga kau."
Alicia berceloteh panjang.

"Aku okay. Tak payah lah risaukan aku"
Ali berkata tanpa nada.

Perbualan mereka terhenti apabila Rizwan mula kelihatan di ruang tamu.

      "Nah"
Tangannya lincah memberikan pinggan, garfu dan gelas kepada Alicia.

     Strawberi yang masak ranum diletakkan ke dalam pinggan hitam diikuti mangga yang telah dihiris, buah yang telah dihiris dan buah anggur tanpa biji.
            Gelas kaca diambil. Susu berperisa strawberi dituangkan.

"Makanlah."
Alicia mengarah.

       Rizwan buat tak endah melihat Alicia menjaga Ali. Tangannya setia dengan game PUBG.

     "Tapi nanti .."
Ali cuba menolak tapi awal-awal lagi dia direnung Alicia. Tajam.

"Takpe makan je. Aku rasa usus kau boleh hadam makanan ni. Makan lah"
Alicia memaksa.

Ali menghela nafas berat sebelum tangannya mencapai garfu berwarna perak itu.
         Strawberi dicucuk dan dimasukkan ke dalam mulut. Dia mengunyah lama sebelum menelan.    Selepas itu Ali menggapai segelas air susu strawberi lalu diminum.

       Nada dering telefon Rizwan berbunyi. Menandakan dia ada misi yang perlu dilakukan.
   Rizwan mengeluh seketika. Bukan kerana dia terpaksa meninggalkan Alicia dan Ali tapi kerana MATA telefon masa dia main PUBG ! Kacau betul lah.

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now