Kehidupan Baru ..

1.4K 83 13
                                    

Cuti bagi bulan Mac sudah pun berakhir. Kini, dia berada di sekolahnya iaitu SMT Cyberaya.
        Ghazali yang menghantarnya ke sekolah. Ali kan tak ingat, macam mana dia nak pergi sekolah? Lepastu Ghazali terus membawa Ali ke bilik pengetua untuk memberitahu tentang Ali dan meminta guru kelas Ali untuk membawa Ali ke kelas.

"Ali"
Puan Julia selaku guru kelas Ali bersuara. Matanya tepat memandang mata Ali yang berwarna hitam pekat itu.

"Ye?"
Ali membalas seraya memandang Puan Julia.

Mereka sekarang berada di luar kelas.

"Memandangkan saya ialah guru kelas kamu, jadi saya nak perkenalkan diri saya dahulu sebelum kamu mengenali rakan-rakan kamu yang lain"
Puan Julia berhenti untuk menarik nafas sebelum menyambung.

"Baiklah, seperti yang kamu tahu saya ialah guru kelas kamu dan juga guru matematik kamu. Kamu boleh panggil saya Puan Julia. Sebarang masalah kamu boleh rujuk pada saya."

__

"Alicia! Giliran kamu!"
Puan Julia memanggil Alicia untuk memperkanalkan diri kepada Ali.

Alicia bangun dari posisi duduk. Wajahnya dikekalkan seperti biasa walaupun hakikatnya, dia sendiri terkejut dengan pernyataan Puan Julia yang memberitahu bahawa Ali tidak mengingati mereka.
     Atau lebih mudah diungkapkan sebagai hilang ingatan.

"Aku Alicia Kheng, selaku penolong ketua kelas di kelas 1A ni. Kau boleh panggil aku , Alicia atau Licia. Puan Julia?"

"Ye Alicia?"
Puan julia menjawab panggilan Alicia.

"Boleh tak biarkan Ali duduk ditepi saya?"
Alicia bertanya sopan.

"Erm Boleh. So, Ali kamu boleh duduk ditepi Alicia."
Puan Julia berfikir sebentar sebelum memberi kebenaran.

Ali mula mengatur langkah untuk ke tempat duduk barunya iaitu ditepi Alicia.

"Baiklah, mari mulakan pelajaran matematik sekarang. Keluarkan tab kamu dan buat latihan m/s 196 latihan nombor 2 hingga 8"
Puan Julia mula berkata apabila melihat Ali dan pelajar lain sudah bersedia untuk belajar.

__

Ali mengangkat punggungnya untuk bangun bagi menuju ke kantin. Namun tangannya dipegang Alicia.

"Ali"

Ali memandang pelik.

"Ada apa?"
Dahinya berkerut seketika.

"Kau rehat dengan aku boleh? Aku ada benda nak bercakap dengan kau"
Alicia berkata.

Viktor sudah berpindah dari SMT Cyberaya ke sekolah lain kerana dia perlu mengikuti ayahnya yang akan berpindah ke tempat lain atas urusan kerja. Jika tidak, pasti dia yang menemani Ali ke kantin hari ini.

Ali mengangguk janggal.
Sebelum dia dan Alicia bergerak ke kantin bersama.

___

"Aku .. nak tanya. Betul ke kau hilang ingatan?"
Alicia bertanya teragak-agak.

"Haa? Kalau kau tanya aku apa yang aku ingat, aku akan jawab aku tak ingat apa-apa. So, jawapan kepada soalan kau tu, yes aku hilang ingatan"
Janggal seketika apabila dia menggunakan perkataan 'kau,aku'.

Dia menggunakan perkataan itu apabila dia melihat Alicia bercakap selamba menggunakan perkataan 'kau,aku'.

"Kenapa kau tanya?"
Ali bertanya. Kening kirinya diangkat sedikit, mukanya mendekati muka Alicia. Takdelah dekat sangat memandangkan dia lelaki. Takut melampaui batas pula nanti.

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now