20 | Naik angin

1.8K 108 7
                                    

"Lain kali, kalau buat misi tu, buat lah betul-betul! Jangan la main-main! Kau orang ingat, ni latihan ke? Hah!"

Ejen-ejen muda iaitu Khai, Roza dan Mika hanya menunduk diam.

Angin Rizwan memang lain hari ni.

Tengok ejen muda pun dah macam nak telan je.

General yang terpapar diskrin hanya diam melihat Rizwan memarahi ejen ejen muda itu.

Dia sudah sedia maklum tentang perangai Rizwan yang semakin baran semenjak dua menjak ni.

"Jawablah! Kau orang fikir game ke apa benda sampai jadi macam tu? Mulut mana mulut? Jawab lah aku tanya ni kan!"
Jarinya ditunding kepada ketiga-tiga ejen itu.

Mata Roza sudah berair.

Dia tidak pernah dimarahi begitu akibat kesilapan kecil.

Setahunya misi ini sahaja mereka bertiga tersilap langkah waktu mereka jalankan misi misi lain perkara ini tak pernah berlaku.

General melihat Rizwan.

Mungkin sudah tiba masanya dia hentikan Rizwan sebelum apa apa yang tidak dingini berlaku.

"Rizwan, sudah biarkan mereka balik berehat dahulu. Mereka perlu rehat yang cukup untuk jalankan latihan esok."
Nadanya biasa sahaja tidak terlalu tegas dan tidak terlalu lembut.

"Baik, kamu semua boleh pergi tapi kalau sekali lagi korang buat macam ni..."
Ayatnya sengaja digantung. Dia merenung tajam ejen ejen dihadapannya.

"Sudah, bersurai. Rizwan. Nanti, ada perkara yang saya mahu bercakap dengan kamu."
General berkata.

Setelah ejen-ejen muda berlalu.

Rizwan membalas kata kata general.

"Ada apa general?"

Sekali imbas.

Dia seperti bayangan Ali dulu.

Ya, cukup cukup dingin.

"Apa yang menyebabkan saya tidak mengenali kamu?"
Kata-kata yang berkias dari general membuatkan Rizwan keliru.

"Apa maksud general?"

"Biar saya berterus terang."
General menarik nafas dan menyambung.

"Kamu berubah. Kamu cepat naik angin atas perkara perkara kecil. Sebab Ali bukan?"

Tanpa menjawab Rizwan terus berlalu keluar dari bilik itu.

General hanya mampu menggeleng.

Mungkin selepas ini nama nama ejen terhebat MATA seperti Ali dan Rizwan akan tiada lagi.







"Ah! Apa kena dengan aku ni?" Rizwan memarahi dirinya sendiri di dalam bilik khasnya di M.A.T.A.

Dia sendiri tidak memahami sikap dirinya sendiri.

Pisau di meja digapai menggunakan tangan kanan.

Dia tersenyum sendirian.

Dia tahu ada CCTV didalam bilik itu tapi baginya CCTV tersebut bagai tidak wujud. Dia menoreh lengannya dengan nama MATA lalu memangkahnya dengan kuat.

Dia tidak tahu mengapa dia melakukan perkara perkara itu.

Sejujurnya dia puas melihat darah merah pekat yang mengalir itu.

Sakit bagaikan tiada.

Darah mengalir tiada henti bagai air terjun.

Dia puas Ya dia puas melihat torehan nama MATA yang dipangkah.

Dia tersenyum.

Senyuman gembira.

Tiada kesakitan yang dirasainya hanya keseronokan.

Darah merah seakan maroon membuatnya terleka sehingga

"Rizwan! apa kau buat ni?"
Karya bertanya kerisauan apabila melihat darah yang melimpah keluar dari lengan Rizwan.

"Karya, cuba kau bagitahu aku. Kenapa aku rasa seronok sangat tengok darah cantik ni ea?"
Rizwan menunjukkan tangannya yang berdarah kepada Karya.

"Cantik kan?"
Rizwan bertanya. Dia hanya senyum seperti tiada kesakitan yang terasa.

"Rizwan kau okay tak ni? Mari ke bilik rawatan, rawat luka kau ni"
Karya semakin cemas bila Rizwan menjawab kata katanya seperti orang tidak waras.

Dia terus mengheret Rizwan ke bilik rawatan.

Mujurlah Geetha dan Leon ada disitu sedang berbincang tentang Ali.

Ali pula sudah keluar untuk ke bilik latihan bagi mengasah kemahiran.

Dia masih belum ingat apa apa, Bakar memberitahunya bahawa dia ejen namun dia tidak ingati apa apa.

Jadi dia ingin meluangkan lebih masa disana untuk mengasah kemahiran sebagai ejen.

Karya sudah sihat.

Dia baru sahaja sedar beberapa jam yang lalu.

Dia sudah diberitahu tentang Ali dan Rizwan.

Dia ingin mengetahui bagaimana Rizwan senang naik angin sekarang kerana itu dia mencari Rizwan dan ini yang dia dapat.

"A..."
Baru Geetha ingin berkata sesuatu tentang Ali, Leon memotong apabila melihat kehadiran Rizwan.

"Karya, Rizwan ! Apa yang terjadi? Kenapa ni?"
Tergesa gesa Leon bertanya bila melihat darah memenuhi suit Rizwan.

"Geetha tolong rawat Rizwan."
Karya mengarah.

Geetha mengangguk.

Karya memberi isyarat mata kepada Leon untuk keluar sebentar.

Leon hanya mengikut.

"Kenapa Rizwan tadi Karya?"
Sampai sahaja diluar bilik rawatan Leon terus bertanya.

"Aku cari Rizwan tadi dalam bilik dia. Buka pintu bilik dia je nampak tangan dia berdarah. Aku ada nampak dia pegang pisau. Bila aku tanya apa yang dia buat dia jawab macam orang yang gila darah."
Karya berkata sedikit takut.

"Dia nak jadi macam Ali jugak ke? Psiko? Dua personaliti?"

"Aku rasa lah Leon, kita patut laporkan perkara ni pada general sebab Rizwan tu macam, lepaskan tekanan dekat diri dia sendiri. Aku tak nak la lepas ni jadi lain pula."

Vote.

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now