2 || MIMB

11.2K 285 0
                                    

Gmail account aku refresh setiap 5 minit. Ye lah sekarang 30hb Januari kot. Qila kata report duty 1hb nanti.

"Hish takkan Puan Wan ni tak dapat lagi email aku tadi." Aku mengutuk sambil menarik kebawah skrin hp.

📧 WanHazwaniWanAzlan

"Oh Yess! Dah kena reply!" Aku sorak sendiri. Almaklum rumah tengah kosong. Mummy dan adik-adikku ke sekolah.

Pantas jari aku membuka email dan membaca. Eh?!

"What?! KLIA? I thought Im applied for LBU Jauh terkena KLIA" Aku jerit seorang diri. Berfikir siapa yang ada di KL sana tempat aku meminta tolong.

💌 Wei Qil..kenapa Pn.Wan ni bagi kat KLIA?

💌 Haaa kau pun kat KLIA kan! Aku pun sama. But aku nak kat LBU lah. Aku dengar kat sana tak sibuk macam kat Airport International.

💌 Aku nak email balik mintak tukar pi LBU lah! K bai Qil

💌 Ciss. Aku pun nak tukar!

Aku biarkan sepi whatapp Qila. Hahaahha! Cepat-cepat aku email kembali minta tukar ke Labuan Airport.

Ting!

Qila added you to group.

* Intern LBUAP*

💌 Hai guys. Welcome to the group for LBUAP interns. Saya Qila salah sorang intern baru. Well dalam erti kata lain, budak baru. Hahahahaa. Selamat berkenalan korang!

Dan mereka yang didalam pun mulalah reply itu reply ini, aku hanya baca sambil melipat kain baju aku yang baru sahaja aku bongkar dari almari! 😂

Petang itu..

"Mom! I got a job at Airport. But in Labuan." Selamba katak aku beritahu.

Mumy dah bulatkan matanya.

"Well its okey for you. When?"

"Lusa ni dah report duty dah."

"What!"

Aku sengih je lah. Bukan salah aku.

"Bila kau pi interview?" Soal adikku yang muncul tiba-tiba.

Aku geleng kepala tanda tiada interview.

"Takde IV?"

"Nope. Just intern la. For 6 months only."

Mereka berdua hanya angguk sahaja.

"Bila jalan? Dah beli tiket?" Tanya Mumy.

"Beli kat kaunter jer. Lagipun kalau naik feri express dari Jesselton Point tu just 3 jam je."

"Tahan ke? Tak mabuk?"

"Belum cuba belum tahu." Aku ketawa.

"Besok nak turun kat 1 Borneo. Nak cari seluar slack dan blouse." Aku bersuara kembali. Aku dah besar panjang macam ni pun masih minta izin okey kalau nak kemana-mana.

"Dengan siapa?" Wan, adik lelakiku bertanya. Maklumlah dia je selalu jadi driverku.

"Dengan Nana la. Dia ja yang ada dirumah sekarang." Aku menjeling adikku seorang lagi yang sibuk melantak maggi.

"Naik Grab je kot." Sambungku lagi. Wan angguk sahaja. Senang hati barangkali sebab takyah hantar aku kesana kemari.

Usai cerita itu ini, aku masuk ke bilikku. Mengemas apa yang patut. Sejak keluarga kami kembali ke kampung halaman Mumy di Sabah selepas kehilangan Abah, banyak barang aku tinggalkan. So sesi mengemas pun taklah rumit. Just 2 bagasi dan beg galas berisi laptop.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now