25 || MIMB

4.9K 147 1
                                    

Noh Fitri membetulkan duduknya. Beberapa kali dia berdehem untuk menghilangkan perasaan gelisah dihatinya. Dihadapannya ada dua anak muda duduk memerhatikannya atas bawah berkali-kali.

"Apa yg abg nak bincang?" Soal si anak muda yg memakai snapback.

Noh Fitri senyum. Dia sendiri membahasakan dirinya abg kepada mereka berdua.

"Nama abang Noh Fitri. Erm, abang kerja dengan adik korng berdua."

Dilihat kerutan didahi kedua pemuda tadi.

"Adik kami? Siapa nama?"

"Layla Aileen Binti Adli." Noh Fitri menyebut nama penuh yg dimaksudkannya.

Pada mulanya muka kedua pemuda tadi pelik lama-kelamaan mereka berdua ketawa terbahak-bahak.

"Abang. Tu bukan adik kami bang. Itu kakak saya." Jelas Wan sambil ketawa. Noh Fitri garu dahinya. Dia memandang pula pemuda disebelah Wan.

"Saya sepupu. Sepupu sekali, mak kami adik-beradik." Khairul Adha bersuara bila memahami makna pandangan Noh Fitri.

"Addition fact, saya dan Lay sama umur." Kata Khairul Adha. Noh Fitri ketawa kecil.

"Abang satu office dgn Lay? Boss Lay ke?" Soal Wan sambil menghirup Teh Ais.

"Bigboss." Jawab Noh Fitri.

"Ohh Tuan. Maaflah Tuan. Kami tak tahu Bigboss Lay nak turun jumpa kami kat KK ni."

"Ehh panggil abang je. Saya tak kisah. Korang bukannya pekerja saya pun"

"Boleh ke mcm tu?" Wan garu kepala.

"Boleh." Jawabnya sambil senyum.

"Tpi saya tgok dari tadi. Wan dengan Adha, Adha lagi hampir sama muka dengan Aileen." Ujarnya.

"Ehehe, semua pun ckp macam tu bang. Org selalu salah anggap saya dan Lay tu kembar." Jawab Khairul Adha.

"Tak sibuk ke? Maaflah."

"Taklah. Lagipun harini memang offday cafe kami tu. Cousin kami yg sorang tu ada events harini." Jawab Khairul Adha. 

"Cafe sendiri?" Noh Fitri bertanya.

"Yupp, cousin kami tu boring katanya, dia bawa buat business so kami pun on je. Cafe biasa je bang, jual burger semua." Jawab Wan.

"Apa dia yg abang nak bincang sebenarnya?" Soal Wan lagi.

Noh Fitri menarik nafas panjang sebelum memulakan bicaranya. Pelbagai reaksi dan ekspresi muka Wan dan Khairul Adha sepanjang mendengar setiap kata yg keluar dari mulut Noh Fitri.

Khairul Adha tidak dapat menahan sakit hatinya. Dia berdiri sehingga kerusinya terpelanting ke belakang.

"Ehh sabar kau Ad. Aku pun sakit hati juga ni tapi kita dgr dulu." Wan cuba menenangkan sepupunya yg memang terkenal dgn short-tempered.

"Bang. Aku tak kisah kalau abang nak pecat Lay ke nak buli dia kat office tapi bang, abang sedar tak abg nak buat apa ni?" Khairul Adha bertanya. Dadanya turun naik menahan marah. Noh Fitri gerun sedikit melihat wajah versi lelaki Layla Aileen yg didepannya ini. Agaknya kalau Layla Aileen mengamuk macam ni kot.

"Abang. Lay tu wanita single tau. Tak tahulah kalau dia ada boyfriend tapi abang tu, suami org tau. Masih ada isteri." Celah Wan.

"Ye abg tahu.." Belum sempat dia bercakap, Khairul Adha memotong lg.

"Bang, dri POV abg memg la nak selesaikan hal tu secepat yg mungkin tapi abang ada try tak dri POV Lay? Dia juga wanita macam bini abg tau. Dan dan pulak nak dimadukan, org lain yg tak tahu dan memg takkan tahu cerita disebalik tu tapi abg tahu apa org lain cakap kat Lay?"

"Dorang akan label Lay wanita perampas, meruntuhkan masjid org, gatal dan etc... Abang tak terfikirkan."

Noh Fitri terdiam. Ada betul cakap Khairul Adha.

"Kami bukan nak menghalang abang tapi dalam situasi sekarang, saya rasa tak sesuai tuk abang nak kahwin dgn kakak saya." Ujar Wan perlahan.

"Kalau hanya disebabkan kes tu dan taknak maruah tercalar ke rosak, abang cuba bicara bebaik dgn ustaz tu. In Shaa Allah boleh selesai bang. Jgn disebabkan kes tu, abang lukakan hati isteri abang kali kedua." Kata Khairul Adha.

"Tapi abang bukan nak kahwin dgn Aileen pasal kes tu." Noh Fitri menjawab. Wan dan Khairul Adha berpandangan sesama sendiri.

"Habis tu?" Serentak mereka bertanya.
.
.
.
Aku mengaduh banyak kali. Fei ketawa.

"Kau dah kenapa?" Qila bertanya.

"Tah apa kes lah aku banyak kali tergigit lidah ni. Panas pulak hati aku." Aku menjawab.

"Ada org cakap pasal kau kot." Celah Fara.

Ketika itu kami berada dalam kedai kain, sibuk memilik kain untuk majlis Fei hujung tahun nanti. Qila pula memilih untuk membeli untuk majlisnya di KL sebaik sahaja kami tamat kontrak nanti.

"Lain cerita dulu, ni korang berdua ni kenapa nak buat majlis masa dekat² ni? Kesianlah kat aku nanti weii." Kataku.

"Weii aku pun kesian jugak." Ujar Fara. Fei dan Qila berpandangan bila mendengar Fara.

"Ui kalau Lay aku boleh kesian lagi tau. Tapi kalau kau ni, aku ada curiga sikit. Masa tu cuti sekolah ek, cikgu mana pi kerja masa cuti sekolah?" Tanya Qila.

Fara garu kepala. Aku ketawa dengar Qila.

"Eh eh eh dia ni. Nak ngelat la tu. Kau nak pi mana masa majlis kami dua? Tak jauh beza pun. Seminggu je." Fei membebel.

"Tah kau ni. Bukannya jauh tu. Naik Feri pun boleh sampailah kat Labuan ni." Ujarku.

"Lainlah kau dapat posting kat Long Pasia." Sambungku lagi.

Meletup ketawa Qila dan Fei. Fara mencebik.

"Fara. Kalau kau dapat posting kat Long Pasia, aku yg buat majlis dekat Menumbok supaya kau senang nak datang. Taklah jauh sangat kot nak pusing." Kata Fei. Aku ketawa lagi.

"Korang sengaja kan doakan aku dapat posting kat Long Pasia. Terpaksalah aku solat hajat supaya aku dapat dekat sikit." Kata Fara sambil mengangkat tangannya semacam membaca doa.

"Bongoklah korang ni." Sambungnya lagi. Kami sambung ketawa.

"Lay." Panggil Fei. Qila memandangku.

"Apa?"

"Apa cerita kau dengan Bigboss?" Soalan Fei buat aku terhenti memilih warna kain. Kami berempat berpandangan sesama sendiri bila melihat aku tiada respon.
.
.
.
Wan dan Khairul Adha berpandangan sesama sendiri sebaik sahaja mendengar penjelasan dari Noh Fitri. Mereka terus call ibu² mereka yg sudah berlepas ke kota suci untuk berbincang.

"Abang. Mumy dan ibu setuju dan maybe akan call malam ni selepas isyak disana. Kalau abang tak keberatan, nanti malam kita jumpa lagi."

"Okey Adha. Malam ni kita jumpa." Jawab Noh Fitri. Khairul Adha angguk.

"Herm ada lagi. Keluarga kami ni kecik je, yg ni memg tak boleh tinggal. Mesti jugak inform." Khairul Adha menambah.

"Siapa?"

Khairul Adha dan Wan berpandangan.

"Her soul sisters." Serentak mereka menjawab. Noh Fitri angguk tapi dahinya berkerut.

"Soul sisters dia tu banyak ke?" Seloroh Noh Fitri.

"Haaa camtu la lagaknya." Sokong Khairul Adha.

Mereka ketawa. Noh Fitri menggeleng sahaja.

"Apapun situasi yg berlaku nanti, saya hrap abag tabah dan redha sebab Lay bukan macam org normal bang. Biar kami sahaja yg pujuk nanti agar terima plan ni."

Noh Fitri angguk sahaja.

"Abg pun berharap macam tu jugak. Saya dah tak tahu nak buat macamana lagi lepas abg tahu semua tu. Nak luah dgn kawan, kwn punya hal. Nak crta kat bini, hermm payah sikit."

"Hahaha bang. Dont worry bang. Kami support abg. Kalau ada helmet ke apa nanti, jgn lupa pakai. Little demon disyaki akan muncul nanti." Wan ketawa.

"In Shaa Allah. Kita harap yg terbaik." Khairul Adha menambah. Masing² mereka hanya angguk dan senyum kecil. Harapnya berjalan lancar.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now