43 || MIMB

5.6K 159 1
                                    

Puas membelek fashionku pagi ni, kunci kereta pantas kucapai. Harrier milik suamiku jadi mangsa bila dia tidak membenarkan lagi aku menyewa kereta seperti selalu. Aku hanya hooray seja dalam hati sebab tidak lagi perlu menyewa.

Qila sudah berjanji akan menemani aku selama 3 hari ini. Jadi lepas habis kerja nanti singgah sekejap dirumahnya untuk mengambil pakaian.

Sneakers Emerald jadi pilihanku pagi ni sebab harini kerjaku melawat tenants di sekeliling Airport. Aku mengeluh sahaja, dahlah jauh jarak antara tenants kat sini, exercise sangat melawat tenants. Jalan sesak diredah rela, oleh kerana rumahku kini jauh dri rumah Qila dulu, terpaksalah aku gerak awal. Kalau ada Chan ni, baik minta Chan je bawak kereta, Desisku dalam hati sendiri.

Dalam 20minit atas jalanraya, aku memakir keretanya hati², kereta org wei bukan kereta aku wlaupun suamiku.

"Eh Assalamualaikum Puan. Ingatkan Tuan Bigboss tadi." Sapa salah seorang anggota kepadaku. Aku ketawa kecil.

"Waalaikumsalam. Dah nak balik dah? Dia pi kursus pakcik, sebab tu saya yg bawak kereta dia ni."

"Ohh, kenapa tak park kat atas je? Selalu kat atas."

"Itu park untuk Airport Manager, saya bukan AM." Jawabku lg rendah diri. Malu juga bila melihat dia senyum² sendiri.

"Ahaha, takpe lah Puan. Bukannya kami tak kenal pun." Jawabnya lagi. Amboi pakcik ni. Aku hanya ketawa sambil menggeleng. Aku melambai arahnya bila dia meminta diri. Aku pun direct naik keatas untuk thumbprint.

Pagi itu briefing diketuai oleh Tuan Helmi dan agak singkat berbanding Mr Bigboss yg handle. Habis briefing, aku dan Qila ready dipintu untuk ke cafe. Rutin harian.

"Ui, aku pi tandas jap. Nanti tunggu je kat cafe, aku nak yg mcm biasa je." Pesanku pada Qila.

Dia hanya angguk dan dahulu melangkah ke cafe. Aku pula melangkah kearah tandas. Tiba-tiba macam tidak selesa. Nana melaung namaku bertanya aku kemana. Aku hanya menunjuk arah tandas. Dia melambai.

"Hai Quinny."

Aku menoleh bila terdengar nickname ku suatu masa dulu. Herm biarpun taklah lama sangat. Tuan Fizz menegurku dari belakang.

"Iya Tuan?" Soalku berbasa basi sahaja nadanya. Sudahlah tak selesa semacam sekarang ni. Macam period je, desis hatiku.

"Breakfast?"

"Haah jap lagi dgn dorg Kak Zira and others."

"Oh. Baru nak bawa breakfast kat luar tadi."

"Oh yeke. Tapi kalau tak dgn dorang pn saya tak join jugak." Kataku. Mahu cepat habiskan cerita tepi tandas ni dgn segera.

Baru sahaja dia mahu bertanya kembali, tiba-tiba aku terdengar suara wanita menjerit dari dalam. Terkejut bukan main bila aku cuba melihat kedalam, seorang lelaki tiba-tiba menyerbu keluar. Aku terundur sekejap bila wajahnya agak familiar bagiku.

"Kejar dia kejar! Pervert dlm tandas wanita tu, dia curi handbag saya jugak tadi." Jerit wanita tadi.

"Hahhh?!! Pervert?! And Pencuri!?Woww bikin aku excersice pula pepagi ni." Kataku. Aku lihat sahaja lelaki tadi lintang pukang. Aku warm up perlahan.

"Tuan. Inform Tuan Helmi dan Tuan Husin. Minta anggota bertugas back up cepat." Arahku. Tanpa tunggu dia bagi jawapan, aku terus pecut mengejar lelaki tadi.

"Woiii Lay!! Kau nak pergi mana tu? Laju semacam larian budak ni." Jerit Kak Zira. Sayup sahaja aku dengar. Fokusku lebih dengan lelaki depanku. Nasib kau buruklah harini, aku pakai seluar dan make it worst? Aku pakai sneaker.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now