49 || MIMB

5.4K 141 1
                                    

Aku menjeling arah Tuan Noh ditempat pemandu. Dijeling kembali arahku. Tahu sangat temper aku dah nak naik.

"Ingatlah bebetul. Karang sampai pagi raya kita tak sampai rumah ni." Katanya. Tenang.

"Masalahnya tak ingatlah B. Pakai waze pun tak keluar nama tempat. Minta kat Wan lokasi, sampai sekarang tak bagi." Balasku.

Aku mencebik. Ni la penyakit bad with direction ni. Sentiasa menyusahkan aku! Aku terlupa yang kami sudah berpindah rumah ke rumah ditanah pusaka arwah abahku sebulan sebelum puasa haritu. Dah bebaik aku ingat jalan rumah lama, pindahlah pulak.

"Adoilah ayang. Kita stay makanlah dulu ek. Babies lapar dah ni. Pasal tu temper dah nak naik ni." Cadang Tuan Noh. Aku angguk setuju. Sememangnya aku tengah lapar sekarang ini.

Kami singgah di restoran Pokdi di Sulaman Central kerana tiba-tiba aku teringin nak makan nasi kerabu mereka. Tuan Noh kerut dahi. Hairan barangkali dengan seleraku. Tak pernah nak menyentuh nasi kerabu tiba teringin.

Sambil menunggu jawapan dari Wan dan juga order nasi tadi, pelbagai cerita lama timbul bila kami berbual. Lagi-lagi cerita zaman aku, Qila, Fei dan Fara di universiti. Zaman bujanglah katakan.

Tuan Noh khusyuk mendengar cerita lucu zaman belajarku dulu. Dahlah brutal, datang kelas pun selalu lambat sebab tertinggal bas.

"B nak tahu, ada satu hari Qila bangun pagi sangat. Siap mandi, iron baju buat sandwich bagai. Ayang ingatkan dia ada plan dengan kawan lain. Rupanya Qila salah jadual!" Ceritaku rancak.

"Jadual kelas?"

"Haah. Masa tu, asal Isnin kami memang ada kelas pagi jam 8, so kena siap awal sebab bas memang awal datang nak elak jam. Dia punya riuh sebab terlambat bangun kononnya.  Dia bagi bangun Ayang marah² sebab tak peduli" kataku

"Habis tu tak jadi pi kelas?" Soal Tuan Noh.

"Tak jadi kelas apanya, memang takde kelas pun sebab hari ahad B! Dia format phone malam tu dah tu lupa setting balik. Naya je dia kena maki pagi²" sambungku. Meletus ketawa kami berdua.

Seronok cerita sambil mengunyah makanan tak sedar Wan menelefon. Rupanya agak jauh kedepan lagi rumah baru kami. Kami berjanji bertemu berdekatan dengan Politeknik sana nanti.
.
.
Hari last berpuasa hari ni. Aku dan sepupuku yang lain bersiap untuk ke Giant membeli barang untuk membuat Mee Kari dan Nasi Briyani. Oleh kerana pertama kali beraya rumah baru, kami membuat open house pada raya pertama untuk jiran² yang berdekatan dan juga buat kawan² yang tidak balik beraya.

Bertolaklah kami berdua agak lewat sedikit sebab bukannya jauh sangat jarak dari rumah nak ke Giant. Tuan Noh pula sibuk bersama yang lain mengemaskan kerusi dan meja untuk tetamu.

"Ui Lay, aku beli barang untuk Nasi Briyani, kau cari barang untuk Mee Kari ah." Kata sepupuku, Bella. Aku angguk, kami  berpecah dalam Giant.

Aku berjalan mencari santan dan serbuk kari. Perlahan-lahan sahaja jalanku. Niatku mencari dua benda tu tiba-tiba troliku penuh dengan Mister Potato. Dengan pelbagai perisa pulak tu.

Habis membayar, kami meluangkan masa sedikit berjalan di bazaar yg bersebelahan dengan Giant. Rambang mataku melihat makanan yg terjual.

Selesai membeli juadah berbuka, aku dan Bella berangkat pulang. Sesampai sahaja diparking rumah, Tuan Noh laju mendapatkan aku dan memimpinku duduk di ruang tamu.

"B masak ke?" Soalku sebab terhidu bau makanan di bajunya.

"Tajam hidung. Tengah masak rendang dengan Umi dan Wan." Jawabnya. Aku ketawa dengar.

Sebelum ini tugas memasak rendang memang menjadi tugasan wajibku. Kini beralih kepada Wan sebab aku tgh sarat. Adikku yg lain pula busy mengisi bekas kuih raya.
Hari terakhir ramadhan, kami berbuka ala kadar sahaja. Sayu hatiku mendengar takbir yang berkumandang.

Dah raya dah babies. Selamat hari raya korang dua. Bisikku perlahan sambil mengusap perutku. Terasa tendangan mereka berdua di dalam. Aku mengaduh. Sambil senyum. Nak ucap selamat raya jugak ke? Tunggu mami makan rendang baru keluar ek. Hehehe

"Duduk je Lay. Takyah susah nak tolong." Makcik ku menegur bila aku baru nak mencapai sabun cuci piring.

"Haah. Kau panggil je yang budak-budak kat luar tu. Kau duduk je." Sokong adikku lagi.

Aku ketawa. Best jugak, bukan selalu jadi queen kat rumah. Nasiblah rumah baru ni besar dan luas. Bilik pun bnyak. Sengaja ibuku meminta bilik banyak agar senang bila saudara-mara datang.

Aku duduk diruang tamu depan bersama sepupuku yg sama mengandung. Kami berdua bertukar cerita sepanjang preggy.

Tiba-tiba salah seorang anak buah ku menangis dibelakang sofa. Kelam-kabut aku dan sepupuku berdiri menjenguk. Ingatkan tersepit, rupanya merajuk sebab abangnya tidak membenarkan dia ikut bermain.

"Haikal. Kenapa tak bawak adik main sekali? Kesian adik takde kawan nak main." Pujukku. Liza sepupuku, ibu kepada Haikal dan Hariz menggelengkan kepala bila mendengar cerita disebalik drama airmata Hariz.

"Lay. Budak dua ni takyah kisah. Selalu sangat macamni. Haikal tak bagi main dengan kucing pun macam ni juga si Hariz ni." Terang Liza. Aku menggeleng.

"Acileen. Kalau abang Haikal taknak main dengan Hariz, Hariz nak main dengan baby boleh tak?" Petah Hariz bertanya. Kebetulan Tuan Noh masuk kerumah dengan sepiring lemang dan rendang yang sudah siap.

"Haa kalau Hariz nak main dengan baby nanti, tolong acileen amikkan piring kat acinoh tu."

Laju si Hariz berlari arah Tuan Noh yang baru hendak melangkah. Haikal pun ikut berlari mahu merebut piring jugak. Aku tepuk dahi. Tuan Noh meninggikan piring dari Hariz dan Haikal. Hairan mengapa anakbuahnya dua orang ni mesra semacam.

"Hariz nak tolong acinoh bagi kat acileen. Nanti baby dah ada, Hariz boleh main dengan baby."

"Lahh gitu ke? Patutlah mesra semacam dengan acinoh."

Aku dan Liza ketawa mendengar. Almaklumlah anak buah bertuah ya yang berdua ni takutkan dengan acinoh mereka tinggi tu.

"Okey kalau mcamtu, hariz dan haikal bawa piring ni kat ibu dan acileen. Bagi perlahan tau." Pesan Tuan Noh. Kedua mereka angguk faham.

Awalnya sahaja berhati-hati membawa. Sampai pertengahan jalan, kami ucapkan takziah pada piring yang berisi lemang dan rendang kerana mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan.

Terbeliak mata Tuan Noh melihat kejadian didepannya. Hariz dan Haikal menangis serentak kerana rasa bersalah. Aku memanggil Hariz dan Haikal. Kesian pulak, mendayu tangisan mereka. Kupeluk erat mereka.

"Acileen. Sorry acileen. Kitaorang tak sengaja." The brothers meminta maaf padaku berkali-kali. Aku pulak yang syahdu mendengar. Kulepaskan pelukan, dan memandang mereka berdua yang masih teresak-esak. Si Liza ni pun bukannya nak tolong tenangkan anaknya. Sibuk dengan phone untuk merakam detik Hariz dan Haikal menangis meminta maaf denganku.

Tuan Noh ketawa melihat telatah mereka. Dia memanggil Hariz dan Haikal membantunya membersihkan lemang dan rendang yang tumpah tadi.

Senang hatiku melihatnya melayan sabar kerenah anak kecil. Aku mengusap kembali perutku bila terasa agak sakit menerima tendangan budak dua dalam ni.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now