28 || MIMB

5K 166 1
                                    

Aku dan Qila ambil EL. Apa yg terjadi semuanya menjadi rahsia kami bersama. Semalaman Fei dan Fara memujukku agar tidak menangis. Mynn Zaryn bersama temannya Adam Ashraf membantu keluarga arwah Melur.

Aku? Masih belum boleh menerima kenyataan kini aku bergelar bini org. Yg aku tahu Nana dan Naza sibuk bercerita pasal Tuan Noh pun EL harini yg sama.

"Lay. Sabar ek, ada hikmah semua ni." Pujuk Qila. Aku senyum arahnya dan hanya angguk.

"Lay. Aku taknak tengok kau macamni. Aku takut kau kembali diri kau yg dulu." Kata Fei lagi.

"Diri aku yg arwah abah takde ek?" Soalku sambil senyum. Fara kulihat menyiku Fei. Aku senyum.

"Takyah cakap, dah jadi pun." Rungut Fara.

"Lay, kau sedih sendiri kau sakit. Luar sihat dalam sakit."

"Actually aku nak sedih pasal apa? Arwah Kak Mel is actually stranger to me tapi kenapa aku ikut sedih?"

Qila menggeleng. Memang sah dia kembali dirinya kembali.

"Lay, stop." Ujar Qila.

"Tak. Aku bukan apa. Try fikir, knapa aku ikut sedih? Dia bukan sesiapa. Aku just kena suruh nikah dgn bakal duda dia je kan?"

"Lay. Stop Lay. Its your husband now." Fei bersuara. Riak risau jelas dimukanya.

"Fei. Memg dh jadi laki aku sebab aku kena suruh nikah. Hanya kerana aku penderma darah kat dia je? Dia nak balas budi aku ke? Bagi laki dia kat aku?" Aku mencebik.

Qila, Fei dan Fara terdiam. Qila memandang Fei dan Fara bersilih ganti.

"Aku rasa benda ni akan selesai bila Bigboss face to face dgn dia nanti."

"Qila. Bigboss cuti seminggu kan? Kalau aku nak apply cuti, Tn Fizz boleh signkan?" Soalku.

"Hermm Kak Zira pun boleh signkan juga." Jawab Qila. Dia melihat Layla Aileen agak tenang. Dahinya berkerut pelik.

"Kau nak cuti ke?"

"Haah. Nak cuti selama dia cuti. Aku taknak kesana. Lagipun benda ni org lain tak tahu kecuali #akunikahdispital." Aku buat lawak tapi seorang pun tak ketawa dgr lawakku.

"Okey fine. Lawak aku hambar." Sambungku.

"Kau nak cuti berapa lama?" Tanya Fei. Aku hanya angkat kening.
.
.
.
Briefing di office berjalan seperti biasa. Aku hanya memandang lantai. Beberapa helai borang ditanganku kupandang.

Borang cuti. Borang claim dan borang berhenti. Cukup! Desis hatiku.

Penutup briefing kami hari ini disudahi dgn Al Fatihah buat arwah Melur. Tn Fizz kulihat tunduk sahaja. Mungkin turut bersedih dgn berita itu. Semua maklum mereka bertiga merupakan rakan sejak zaman universiti lagi.

Aku menghantar borang² ku tadi kepada Tn Fizz untuk ditandatangan namun sempat dihalang oleh Tn Hilmi.

"Biar saya sign." Katanya. Aku pun angguk sahaja.

"Terima kasih Tuan." Ucapku sebaik sahaja dia selesai tandatangan semua borng² ku.

"Its okey. Dia dah tahu kan." Dia melihatku sambil senyum.

Aku terdiam. Tidak memahami maksud Tn Hilmi.

"Saya tahu." Katanya lagi. Kini aku terkejut. Dia senyum kepadaku. Dia turut menyerahkan sehelai kertas kepadaku. Aku menyambutnya. Seperti sebuah alamat.

"Always welcomed pesannya. Dia bagitahu dari whatsapp tadi. Dia call awak tapi rasanya awak dah block." Katanya lagi. Aku tunduk.

"Sebab saya masih rasa tak selesa Tn. Apapun terima kasih." Ucapku perlahan.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now