41 || MIMB

5.5K 151 0
                                    

Aku melambai arah Orked Mylani dan Kyo yang beransur balik ke hotel mereka.  Tuan Noh just melihatku dari sofa. Chan? Sudah beransur balik ke rumah sewanya selepas memastikan keadaan keliling selamat.

"Tuan masih ada pening? Kalau tak, kita ke hospital buat checkup." Tanyaku. Risau juga melihat keadaannya yang masih lemah.

Tuan Noh hanya menggeleng. Dia menepuk sofa memintaku duduk disebelahnya. Aku senyum. Perlahan aku mengatur langkah.

"Boleh B tanya dengan detail lagi kes lama tak?" Ujarnya sebaik sahaja aku mengambil tempat. Aku melihatnya tanpa kelip.

"Herm. Kalau ayang rasa susah nak cerita lagi detail, takpelah.   B tak paksa pun." Katanya lagi.

Ada sedikit serba salah dihatiku bila mendengar dia berkata demikian. Lagipun semua ni berlaku sebenarnya bermula dari kisah lamaku.

"Boleh je Tuan. Tanyalah." Kataku selepas berdiam diri.

"Kan ayang dengan Lani cerita yang psyco dah kena tangkap pasal buat benda tu. asal dia boleh keluar balik?" Tanya Tuan Noh dengan lembut. Seakan menjaga perasaanku.

Aku hembus nafas panjang. Itulah yang satu-satunya fakta yang aku lupa selama ini. Aku menjelaskan kepadanya bahawa pada ketika itu kami tidak lagi mengikuti perjalanan perbicaraannya sebab tidak mahu mengingat detik hitam itu. Rupanya dia dibebaskan ketika dikatakan mempunyai masalah mental dan dimasukkan kedalam hospital untuk rawatan. selepas beberapa tahun, pihak hospital mengesahkan dia pulih dan dibekalkan ubat.

Tuan Noh berkerut mendengar ceritaku.

"Hish, kalau iyapun kata pulih kenapa tak buat visit untuk pastikan dia memang betul sihat dan boleh kembali bergaul dengan masyarakat." Ujarnya. Aku hanya mampu angkat bahu.

"Itu pun kami tahu bila Chan inform mengenai hal ni. Kyo terkejut masa Chan bagitahu benda ni, tapi Kyo just say jaga dan protect sahaja masatu sebab psyco tu tak jumpa saya lagi." Sambungku.

"Oh. by the way, Esok apa plan? tadi muka macam beria sangat busy?

"Ehehehe, takde plan actually. tapi kalau kita nak pancing dia keluar kita mesti plan bebaik. Takdelah payah sangat nak tangkap macam dulu. Kesian Kyo lari tengah malam kejar sampai masuk kubang kerbau." Kataku sambil ketawa. Itulah kenangan paling lucu buatku semasa kami cuba menangkapnya dulu.

"Apa plannya tu?" Soal Tuan Noh lagi. Aku hanya senyum acah macam kambing senyum. Tuan Noh mengerutkan dahinya.

.

.

Pagi esoknya, aku mengikuti Tuan Noh ke Office. Dengan baju kurung dan fail ditangan. seluruh office bingung dengan kehadiranku buat kesekian kalinya.

"Hai Lay, macam selalu akak nampak kau ni datang kat sini. Nak datang lepak ke? Tanya Kakak Bawang.

Oopss tu gelaran aku bagi padanya. suka sangat nak bawangkan orang. Terutama bila duduk dengan si Fira dan Helen. Aku just senyum dengannya. sesekali menjeling arah jam di dinding belakang. Menunggu geng airportku muncul kerja.

"Uishh Lay!!" Jerit Nana dan Naza serentak bila melihatku duduk selamba di tempat biasa.

Aku melambai mesra kearah mereka. Rinduuu!

"Wei Lay. Mana Lay?"

Dari jauh aku dengar suara Qila. Aku hanya ketawa.

"Sinilah bongok. takyah nak jerit bagai." Sahutku. Qila cepat-cepta muncul disebalik partition yang tinggi dengan senyuman lebar.

"Kau masuk balik intern ke? Sambung yang or mula balik?'' Tanya Nana.

"Aku dah habis cuti." Selamba aku menjawab. pelik mereka melihatku.

"Habis cuti?" Tiba-tiba Tuan Fizz bertanya disebalik Partition. Aku merenungnya tajam tapi timbul rasa kasihan dalam hati.

"Haah. Cuti sakit plus cuti kahwin." Selamba aku bercakap.

Ternganga semua yang mengelilingiku. Tuan Helmi, Nana, Naza, Kak Zira dan Qila mulai gelabah. Ye lah dah dorang je tahu kisah kahwin aku ni. AKu senyum arah mereka semua.

"Sakit apa? Kahwin apa lagi kau ni Lay?" Tanya Kakak Bawang tu. Belum sempat aku nak membalas terdengar suara Uncle HR panggil briefing. Bubar serta merta himpun pagi aku dengan mereka. masing-masing menuju ke ruang depan untuk Briefing Pagi.

"Report semalam macam mana? Saya dgr ada masalah?" Tanya Tuan Noh. DO yang bertugas bersama-sama dengan pegawai menekankan mereka ada membuat checking setiap setengah jam selepas CCTV detect ada movement di area Apron.

"Herm. Pastikan check selalu since bahagian Apron ni penting dan sensitif. Tak pasal² ada hijacking pula pesawat nanti." Terang Tuan Noh lagi.

"Kalau dah takde apa, saya ada nak cakap sikit. Seperti yg korang nampak harini Layla Aileen datang ke office. So saya nak ucapkan selamat datang kembali kepada PUAN Layla Aileen." Sengaja Tuan Noh menekankan perkataan Puan didepan namaku. Aku ketawa kecil sahaja.

"Aik dulu Cik sekarang Puan? Bila majlisnya tu Lay?" Pakcik Abu bertanya. Riuh seketika. Kami berdua hanya berpandangan.

"Ahh dan satulagi, Lay kembali bukan sebagai Intern lagi tapi sebagai Executive of Commercial dan akan mengambil alih tugasan Encik Abu, manakala seperti kita tahu Encik Abu akan bersara hujung bulan ni. So saya dah minta agar penggantinya datang lapor diri lebih awal. Tak sangka pula Lay yang datang." Sambung Tn Noh. Mereka ketawa beramai-ramai.

Nana dan Naza menyiku sisiku. Qila ketawa bila dgr aku mengadu.

"Kenapa?" Soalku.

"Asal kau tak bagitahu kau dapat? Kan kita sesama apply haritu." Nana bertanya pelik.

"Ehehe sorrylah. Asalnya memang aku berhenti. Lepastu tiber pula kena call interview. So aku terus je lah. Manalah aku tahu kena baling kat sini balik." Bisikku kembali.

Lagipun haritu kami memohon jawatan yg berbeza. Aku sesahaja mohon jawatan sebagai Executive Commercial tu sebab Kak Zira pernah cakap padaku Pakcik Abu tak lama lagi nak bersara. Nana hanya menggeleng.

"Eleh aku tahu kau pun dapatlah Nana. Qila pun dapat juga! Sama juga kat sini." Kataku mengejek. Tiba-tiba suasana senyap membuatkan aku melihat keliling. Semua melihatku dan Tuan Noh silih berganti.

Aku membetulkan kedudukan berdiriku. Aku melihat seorang demi seorang. Apa? Kenapa? Tu lah akibatnya bila Bigboss bercakap didepan kau pun nak bercakap sekali.

"Mungkin sebab dia bercakap masa saya buat announcement tadi sebab tu dia agak blur. Saya cakap tadi kat semua staff kita dua dah kahwin." Selamba kucing aku kat rumah dia cakap macam tu.

Aku yg pada mulanya hanya Ohh kan sahaja tiba-tiba menjerit terkejut.

"What???!" Jeritku membuatkan semua staff ketawa melihat reaksiku.

"Jangan nak terkejut sangat since awal pagi ni awak buat surprise kat saya depan office kata awak nak lapor diri ek." Tuan Noh menggeleng sambil senyum. Aku ketawa kecil. Sememangnya dia tak tahu pun.

Semuanya mengucapkan tahniah buatku dan Tuan Noh termasuklah si troublemaker Fira, si bawang Helen dan juga penglipur lara Tuan Fizz. Briefing pagi Isnin yang sangat panjang dalam sejarah LBUAP kata Kak Zira.

Aku melihat arah Tuan Fizz dan Fira yg berdiri agak jauh dari kami semua. Minum pagi hari ini dibelanja oleh Tuan Noh dan aku untuk meraikan kami berdua.

"Sabar Lay. Aku tahu mata kau ni kalau boleh keluar laser dah lama hangus yg berdua tu." Seloroh Qila. Nana dan Naza ketawa kecil.

"Tu lah. Nasiblah Allah tak bagi keluar laser kat mata. Silap² dah lama aku laser bikin panggang dua orang tu. Terutama yg troublemaker tu. Kau siaplah kalau the devil nak keluar ni." Ujarku geram.

Dari jauh aku bertatapan mata dengan Tuan Noh yg sibuk bercerita dengan Exec yg lain. Bukan hal kerja pun, sahaja borak kisah cinta express kami berdua kot. Hahaha.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum