7 || MIMB

6.7K 202 2
                                    

Hari ni awal pagi lagi muka Fira banyak ceria. Aku hanya diam tak menegur. Bukan attitudeku menegur orang yg nampak bahagia ni.

"Asal muka kau nampak happy ni?" Qila duluan jadi akak kacang.

"Mestilah happy. Hari ni kan Nana dah start masuk. Adalah geng aku nanti. Means that adalah kepala baru nak ikut." Jawabnya agak gedik.

Qila terus whatapp aku sebaik sahaja kami mendengar jawapannya.

✉️ Qill: Aik selama ni  kepalanya ada mana?
✉️ Ntah dia ni. Tetiba pula ada kepala bagai. Dia takde kepala ke selama ni? Sarcism exploded.
✉️Qill: Abaikan.

Kami dua ketawa kecil. Dalam jam 7.50 pagi, aku terlihat kelibat gadis di luar pintu. Nana kot, dalam fikiranku.

"Weiii Nana dah sampai wei!" Kuat jeritan Fira memberitahu satu office. Aku hanya angguk sahaja membenarkan telahanku tadi.

Sekejap shaja si Nana tu jadi famous kerana mulut becok Fira. Aku dan Qila berpandangan sesama sendiri. Seperti baru menerima kejutan budaya kot si Fira ni.

Apa tidaknya, selama seminggu ni dia langsung tidak berbual dengan staff didalam office, selalu mengekor aku dan Qila kemana sahaja dan aku boleh katakan hanya 2 3 orang sahaja yg pernah mendengar suaranya.

Nana yg berada dipintu terpinga-pinga bila disambut oleh Fira. Kami bersalaman sebaik sahaja dia hampir di meja aku dan Qila duduk.

Berbual sekejap dan menjalani aktiviti wajib pagi dimulai dengan briefing. Laporan 24jam disampailan oleh DO bertugas dan pegawai shiff yg ada.

"Nana Eryana. Nnti jumpa saya untuk set up thumb print kamu." Kata Tuan Helmi sebaik sahaja tamat briefing. Nana angguk sahaja sambil senyum.

Aku pun hanya senyum kepada Tuan Helmi selaku supervisor aku dalam masa 2 bulan ini sebelum aku bertukar unit.

Tuan Noh pula mundar-mandir dimeja aku dan Tuan Husin.

"Yaa Boss.?" Tuan Husin bertanya apabila aku menguis lengannya dan menunjuk arah Tuan Noh.

"Takde apa. Nanti pesan dekat Nana, masuk bilik saya lepas habis set up thumb print." Katanya sambil senyum arah aku dan Tuan Husin.

"Dah macam anak-beranak dah saya tengok ni." Selorohnya mengusik aku dan Tuan Husin.

"Bapa saya ni Tuan. Bapa 6 bulan je." Aku menyambung gurauannya. Tapi memang betul aku ada masanya memanggil Tuan Husin dengan panggilan Bapa. Kami ketawa kecil.

"Jangan lupa bagitahu dengan Nana nanti." Ujarnya sebelum berlalu ke biliknya.

"Bagitahu apa tu Lay?" Tiba-tiba Fira datang bertanya.

"Boss nak jumpa." Aku yg sememangnya memang sedang meluat dengannya hanya membalas selamba. Tuan Husin pandang pelik arahku.

Aku hanya buat tak tahu dengan jelingan Fira yg berlalu ke tempat duduknya di unit ENG.

Qila menghampiriku dan menyiku lenganku membawa aku sarapan.

"Tuan dah breakfast? Kalau belum jomlah join sekali." Ajakku.

"Dah breakfast dah. Pergilah breakfast dulu." Katanya. Aku hanya angguk dan berjalan keluar selepas mengambil dompetku.

Quinny!

Aku menoleh. Tuan Fizz dan kebetulan ketika itu Tuan Noh baru masuk ke office. Dia memandang aku dan Tuan Fizz dengan kerutan dahi.

"Ya Tuan?" Aku menjawab setelah berlalu beberapa  saat kot. Qila menunggu dimuka pintu, Tuan Noh mula berdiri antara kami berdua.

"Errr..takdelah. Dah terlupa." Katanya. Maka aku dan Qilapun meneruskan perjalanan ke cafe diluar office. Tinggallah Tuan Noh dan Tuan Fizz berbual namun mata Tuan Noh masih memandang aku yg masih berusaha menutup pintu perlahan-lahan tadi.
.
.
Sepanjang hari itu, aku berasa stress mendengar setiap patah perkataan yg keluar dari mulut Fira.

Qila pun berulang kali berkata dia stress mendengar suara milik Fira. Seharian ini, kami mendengar suaranya bergelak tawa di bahagian belakang ENG bersama Pakcik Razman, Uncle Ijoi dan krew ENG yg lain.

"Woww si Fira harini ceria sangat." Terdengar Pakcik Razman bersuara.

"Mestilah ceria pakcik, harini kawan saya dah muncul. Dah dapat bergila sikit." Balasnya.

Aku kerut dahi. Eh? Jadi selama seminggu tu,kami ni bukan kawan dia ke? Sakit pulak hatiku bila dengar dia bercakap macam itu.

"Layla!" Terdengar namaku diseru. Aku mendongak. Aduhhhh...pakcik gatal ni pula, bisik hatiku.

"Kenapa pakcik?"

"Kenapa kau tak join dengan dorang Fira dan Nana dibelakang sana?" Soalnya sambil senyum gatal.

"Malaslah nak join. Lagipun Tuan Helmi nak approve benda ni cepat." Jawabku. Bagi jual sikit nama KUK untuk lebih nampak real. Walaupun hakikatnya, aku meluat dengan nak join sekaki.

"Bukan kau malas join tu, mesti kau tergugat kan Fira dan Nana lagi cantik. Tu la awal dulu kau tak nak join OPR, kalau tak mesti kau selalu sama-sama dengan aku bagai pengantin baru."

Aku hanya besarkan mata. Dalam hati bagai berguni-guni makianku buat pakcik tu. Dari awal kami report duty sampai keharini tak habis-habis nak pickup line.

"Sapa yg pengantin baru?" Aku terdengar suara Tuan Noh disebalik partition yg maha tinggi itu.

Alhamdullilah. Aku bersyukur dalam hati, sekurang-kurangnya kurang dosa aku memaki pakcik tu.

"Eh takdelah Boss. Saya cakap je kalau si Layla ni selalu ikut saya buat inspection, macam pengantin baru lah kami kesana kemari berkepit berdua."

Allahu. Macam nak lempang pakcik ni. Tuan Noh muncul didepanku. Qila pun turut join sekaki.

"Erkk? Tapi aku nampakkan pakcik, kalau si Lay dengan Boss berganding baru nampak macam pengantin baru kot. Kalau dengan pakcik, macam cucu je." Seloroh Qila. Tuan Noh senyum sinis.

"Ehh manada sampai cucu. Nampak sangat tua kalau macam tu." Sangkalnya.

"Bukan memang dah tua ke DO?" Ujar Tuan Noh mengenakan pakcik tu kembali.

"Ahh Boss ni. Taknak support saya pulak dah."

"Acaner nak support kau kalau kerja asyik nak ngelat je? Dah gi sambung kerja sana." Balas Tuan Noh pedas. Pakcik tu hanya tersengih melihat Tuan Noh membidas katanya.

Aku dan Qila hanya ketawa kecil. Tapi terdiam sekejap bila dipandang oleh Tuan Noh. Pakcik tu meminta diri bila dipanggil melalui walkie talkie. Tuan Noh pun berlalu pergi, rupanya nak ke meja Puan Ras.

Aku hanya angkat tangan tanda terima kasih actually kat Tuan Noh tapi macam dia buat derk pulak. Hermm...

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now