21 || MIMB

4.7K 149 0
                                    

*seminggu selepas itu*

Aku masuk ke dalam office dengan perasaan yg bercampur-baur. Qila hanya menggosok belakangku mengharapkan aku tenang.

Aku sampai di tanah Labuan kembali selepas seminggu cuti. Habislah sudah cuti aku. Huaaaa

Briefing pagi itu dikemudikan oleh Tuan Fizz. Hanya dia seorang sahaja yg ada di office pagi itu. Aku tahu matanya sering melirik arahku sebab semenjak aku sampai tadi, tiada sepatahpun aku berbicara.

"Lay. Surat² ani semua kau tolong aku hantarkan sama tenants ah." Pinta Pakcik Abu sebaik sahaja briefing pagi selesai.

"Okey pakcik. Letak je atas meja. Nanti saya hantarkan dengan Naza." Jawabku.

"Bah okey. Sudah tu aku copy sama emailkan sama HQ. Sign dari Bigboss pun sudah tu." Katanya lagi. Terbatuk aku sekejap bila dia menyebut Bigboss. Aku hanya bagi isyarat okey kepadanya.

"Masih tak sihat ke?" Tegur Tuan Fizz dari belakangku. Terkejut aku dibuatnya makin keras batukku.

Belakangku digosok keras oleh Kak Zira sambil membebel kepada Tuan Fizz agar menegur aku perlahan sedikit.

"Sihat dah cuma ni lah sisa² masih ada." Alasanku.

Dia angguk sahaja dan meninggalkan aku dan Kak Zira.

"Kau ni Lay. Asal makin keding ni?"

"Keding mende kak? Makan KFC tiap malam ni punya hasil." Jawabku sambil ketawa.

"Patutlah 'keding' sangat kau ni. Stress ke?"

"Sikitlah." Aku ketawa kecil. Qila hanya geleng kepala.
.
.
.
Muka Fara dan Fei memandangku dgn pandangan yg susah aku nak tafsirkan.

"So sekarang apa cerita korang?" Fara menepuk bahu aku.

"Cerita mcm tu je lah. Nak cerita camne lagi?"

"Lahh gantung la story kau ni. Pak ustaz tu bagi kau nikah free ke?"

"Ingat nikah free senang ke? Perlu wali perlu saksi perlu kebenaran juga." Aku menjawab. Fei ketawa besar.

"Adik kau tak nak jadi wali ke?" Fei bertanya.

"Wali mende pulak kau ni, kau nak aku bermadu ke? Huk aloh kawan aku ni." Kataku sambil tepuk dahi.

"Haahlah, aku terlupa dia tu Tuan Noh bukan Tuan Fizz. Alahhh, aku ship kau dengan Tuan Fizz." Fara menjeling padaku.

"Aku ship dia dgn Tuan Noh biarpun Tuan Noh tu laki org." Fei memotong.

Giliran Qila tepuk dahi. Aku hanya diminta bertabah dengan kerenah Fei dan Fara.

"Korang ni nasiblah aku sayang dunia akhirat ek, kalau tak dah lama aku kenenkan kau dengan DO gatal kat office tu."

"Giler kau. Kita kan TheBunga. Bak kata pepatah tercabut kelopak belah kanan, kelopak kiri terasa jugak." Lawak Fei! Aku memang tak boleh la kalau si Fei sudah start.

"Pepatah nenekmu bergendang di feri Fei. Adoiilah." Fara ketawa mengekek. Tak berhenti ketawa mendengar pepatah si Fei

"Sekarang ni, Bigboss tengah fikirlah kot sbb kalau tak nikah kan disuruhnya bayar denda. Dia kena fikir kot pride dia sebagai AM." Kataku perlahan. Takut sedikit apa yg akan bakal terjadi.

"Tapi aku peliklah Lay. Acaner pak ustaz tu boleh tahu korang dalam bilik tu. Kau jugak cakap yg hanya dalam 30minit kau pengsan dah kena serbu." Soal Fei.

Aku diam. Yes. Benda tu aku masih cuba brain sampai ke hari ini. Acaner pak ustaz yg dtg tu boleh serbu kami dan pihak hotel bagi tahu mereka hanya naik ke atas terus tanpa bertanya tujuan mereka.

Bila aku cerita benda misteri kepada mereka bertiga. Ternganga bukan main luas mereka.

"Wei aku rasa ada ikan masin disebalik sambal lah wei." Okey fine, ni satu lagi pepatah dari Fei. Aku jeling naik atas.

"Kau fikir kau sorang je rasa ada ikan masin disebalik sambal ke? Aku pun rasa ada buah nangka disebalik dahan jugak ni." Ni sorang lagi aku rasa macam luku kepala.

"Aduilahh! Aku rasa kita berempat ni graduan degree jugak, takkanlah masa kelas BM sekolah rendah kau main getah kat padang?" Qila tepuk dahi Fei dan Fara.

Aku ketawa kuat melihat gelagat mereka berdua kena marah oleh Qila.

"Tu pun nak marah." Cebik Fara dan diketawakan oleh Fei. Aku? Hanya mampu geleng kepala tapi dalam hati masih lagi ada gusar.

"Cuba korang fikir. Dahlah pagi masa tu, 1B pun tak buka lagi tau. Yang buka hanyalah Orange dan 7E je. Macamana pula ustaz tu buat serbu siang? Selalu bukan serbu malam ke?" Soalku lagi.

Terdiam 3 orang depanku. Turut berfikir.

"Tak logik sangat kisah kau ni. Macam aku cakaplah, ada ikan masin disebalik sambal."

Aku ketap gigi. Malas nak layan pepatah sesat dorang ni. Makin difikir makin pula aku stress. Nak pakai wildcard aku ke sekarang ni? Ke biarkan je dulu? Hishh tak hanis fikir aku dibuatnya.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now