22 || MIMB

4.7K 146 4
                                    

Hari ini LBUAP dikejutkan dengan fire drill yg aku sangka hanya latihan. Semua kami tidak mengendahkan fire drill yg berbunyi.

Semasa fire drill berbunyi, aku yg masih tegak menunggu LOE yg aku copy keluar dari mesin. Tak semena-mena, lenganku ditarik keluar dari pintu belakang dan terus keluar dari bangunan. Ramai yg turut keluar dari pintu belakang dibahagian airside.

Aku melihat kearah siapa yg menarik lenganku tadi. Bulat mataku bila terpandang seraut wajah Bigboss sedang memberi arahan dan mendengar briefing dari pihak keselamatan. Aku cuba menjauhkan diriku namun terasa blouse aku ditarik. Ok fine, dia masih belum lepas lagi rupanya. Desis hatiku.

"Boss."

Suara Tuan Fizz mendekati aku dan Bigboss. Aku menoleh. Dia memandang aku dan Bigboss sambil menjeling pegangan Bigboss yg masih kejap pada blouseku.

"Apa masalah tu Fizz?" Soal Bigboss. Masih belum lepas juga. Aku cuba juga perlahan-lahan menarik blouseku namun hampa. Give up. Aku berdiri sahaja diantara mereka berdua.

"Encik Halim and crews check dekat curbside ada small fire occured dekat one of tenants punya kedai. So sekarang pihak bomba tengah check." Jelas Tuan Fizz. Sesekali aku dijelingnya.

Noh Fitri hanya angguk. Walkie talkienya berbunyi. Tidak lama kemudian...

"Pinjam safety vest." Pinta Bigboss ke arah staff² facility yg berada disana.

"Aileen. Mari ikut. Awak tolong amik gambar." Bigboss memanggil namaku sambil memberi safety vest kepunyaan staff Maswing.

Aku pun dgn berat hati sikit mengikut arahan. Tuan Fizz mendahului kami berdua. Terasa jugak dalam hati sebab semenjak aku kembali dari cuti, dia bersikap acuh tak acuh sahaja.

"Awak apa khabar?" Bigboss bertanya soalan. Aku menjelingnya. Nasiblah yg lain dihadapan.

"Baik je."

"Bila kita nak buat majlis?" Soalnya lagi. Sepantas kilat aku mencubit lengannya tanpa sedar. Dia mengaduh perlahan.

"Hish apalah Tuan ni. Kan dah cakap taknak majlis." Perlahan tapi keras nada suaraku.

"Ohh taknak majlis. So kita buat simple je ke? Saya dah pernah rasa naik pelamin, awak taknak rasa ke? Best." Selorohnya.

Kecik besar kecik besar je aku tgok bigboss ni. Aku berkata dalam hati.

"Huntunglerr dah rasa naik pelamin kan. Sapa kata saya taknak naik. Naklah tapi bukan dgn Tuan."

"The problem is Im the only one who can naik pelamin dgn you sekarang ni." Dia bagi senyuman godaan. Aku terpaku sekejap.

Hahhh ni lah masalah aku ni. Tak boleh tengok lelaki senyum macam senyuman comel acah² Zul Ariffin. And also he got dimples!!! Kata aku dalam hati. Hermmm

"Hello Aileen. Jgn tenung lama nnti awak tak sabar nak naik pelamin dgn saya." Ayat Bigboss mematahkan anganku. Ciskek betul punya Boss.

"Boss, saya rela bayar denda dari jd org meruntuhkan masjid org lain okey. Dah sana gi kerja." Halus aku menghalau Bigboss check site yg terbakar.

Dia ketawa kecil sebelum join Tuan Fizz dan yg lain untuk memastikan selamat untuk dimasuki olehku.

💌 Qila: Woii Lay, kau katner? Adoii. Kau tak dgr fire drill ke?

💌 Nana: Aku rasa dia tertinggal kat dalam.

💌 Naza: Aku lupa kutip dia kat mesin copy tadii woii.

Aku geleng kepala membaca.

💌 Naza: Eh dia read je? Selamat jga ke kau keluar td Lay?

💌 Haah selamat sangat! Kau lah lupa kutip aku. Terpaksa org lain kutip aku 😭

💌 Nana: Hahaha, sapa kutip kau?

💌 AM.

💌 Naza, Qila, Nana: 🤣🤣🤣🤣🤣

Kuang ajo punya kawan! Sampai lupa kutip aku konon.

"Lay!"

Aku menoleh. Terlihat Fira dan Helen jalan bergandingan.

Ohh aku lupa nak mention pasal si Helen ni. Budak SL1M baru masuk haritu. Datang² masuk office je terus declare benci kat aku. 🙄

"Kau buat apa kat sini?" Fira bertanya. Helen hanya melihat aku atas bawah atas bawah.

"Bigboss bawa aku kat sini tadi. Dia minta amikkan gambar nanti."

"Oh ye ke? Aku pula Tuan Fizz yg whatsapp suruh dtg. Tolong dia."

Dah tu? Asal sibuk tanya aku buat apa kat sini? Aduilah minah ni.

"So why you still outside?" Ayat si Helen keluar untukku.

"Haah, asal kau kat luar ni? Kau ni kan dah Boss suruh tolong tu maknanya masuklah sekali. Lembab!" Ujar Fira menyambung ayat Helen sambil menarik tangan Helen masuk ke dalam area yg terbakar. Without safety vest and helmet.

Bahuku ditepuk. Supervisor dari Team Cleaner dtg memberi aku helmet yg diminta oleh Tuan Noh tadi.

Hek eleh tak sempat aku nak cakap dia caras je turn aku nak jawab. Pergilah kau masuk kat dalam tu takde vest dgn helmet. Aku nak tengok muka anjing tahan berak kau tu keluar kena halau.

"Asal masuk takde vest takde helmet ni??! Tunggu kat luar sana." Terdengar suara dari dalam.

Haah kan dah kena halau. Padan muka. Gedik lagi nak masuk site.

Fira dan Helen keluar dgn muka cemberut yg aku expect nak lihat. Kami berselisih bila aku dipanggil Tuan Husin.

"Ahh aku lupa nak bagitau kat korang. Aku bukan taknak masuk tolong tapi aku tengah tunggu helmet aku ni. Lagipun takkanlah korang tak tahu peraturan kan. Safety Vest & Helmet saaaaaangat lah penting. Makanya lain kali jgn caras org nak bercakap. Kan mendapat sebijik." Kataku dengan gaya² Scha Alyahya dalam cerita drama dia "Urusan Hati Cik Drama Queen" dan terus masuk kedalam site sebaik sahaja aku detect jelingan maut Helen dan Fira.

"Tepi sikit. Aku nak masuk ni nak tolong buat kerja. Korang ni dah lah lembab badan, otak tu janganlah ikut lembab juga." Sambungku lagi dengan lagak menghalau. Puas hatiku dapat membalas balik. Geram pulak aku tadi dengar ayat mereka dua ni panggil aku lembab.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now