8 || MIMB

6.6K 184 0
                                    

Nana dan Fira kesana kemari bagai belangkas. Cuma sesekali Nana cuba berbual tapi selalu dicaras oleh Fira.

Kadang aku rasa Nana tu terseksa agaknya berkawan dengan Fira sahaja. Pakcik Razman yg digelar TO oleh seluruh office pun sekejap panggil Nana sekejap lagi Fira.

Kadang aku kesian tengok Nana kehulur kehilir bila namanya diseru oleh Fira. Dahlah meja PA untuk Tuan Noh nun jauh disana. Sepanjang minggu pertama tu, kami jarang bertegur sapa dengan Nana sebabkan Fira.

Tengahari itu,

"Kamu. Jom lunch di SCR. Aku macam terasa nak makan nasi ayamlah." Ujar Nana kearah Qila.

"Okey juga tu tapi harini aku tak dapat join koranglah. Aku ada kelas memandu." Jawab Qila.

"Kalau macamtu, kami bertiga je la lunch nanti?" Soalnya kembali.

"Kau joinlah dorang Nana karang Lay. Aku takde petang ni." Qila berkata kepadaku. Aku lihat riak mukanya. Mohon simpati punya reaksi. Nana pun seperti mengharap.

"Okey. Bawa Tuan Helmi sekali sebab selalu kami berdua selalu lunch dengan dia kat pantry." Ujarku.

Nana meloncat gembira. Dia menarik lenganku.

"Nak kemana?"

"Ajak Tuan Helmi lunch. Dah masa lunch ni."

Aku segera melihat arah jam dinding. Ohhh memang dah masa lunch rupanya.

"Fira mana?" Qila menyoal sambil mengemas beg. Kakaknya akan menjemput dia nanti.

"Fira gi ikut uncle Ijoi, TO dan Tuan Fizz but inspection kat Genset Room katanya tadi." Jawab Nana. Ceria semacam suaranya. Pelikku melihat.

Belum pernah suaranya ceria seperti ini bila bersama Fira dan crew ENG. Kami berdua melangkah ke bilik Tuan Helmi.

Tuan Helmi!

Aku kuatkan suara memanggilnya. Memang kebiasaanku masuk kebiliknya tanpa mengetuk. Dia angkat muka.

"Jum lunch kat SCR." Ajakku. Dia angkat kening. Nana hanya senyum sumbing disebelahku.

"Aik harini kita geng SCR ke?" Tanyanya. Nampak sangat selalu lepak lunch bersama dekat pantry.

"Haah Tuan. Ada org tu nak makan kat luar tapi malu nak bawa tuan sekali makan." Ujarku sambil jeling arah Nana. Serentak itu kami bertiga ketawa.

"Boleh juga. Sapa nak drive?"

"Tuanlah drive." Serentak aku dan Nana bersuara. Kunci kereta ditanganku aku serahkan kepadanya. Tuan Helmi hanya menggeleng.

"Okey anak-anak ikan papa, harini kita lunch luar okey." Selorohnya sambil ketawa.

Kami bertiga ketawa sesama sendiri sebelum melangkah keluar bersama. Sesampai di restoran SCR...

"Alahh macam full je meja." Nana merungut.

"Okey anak-anak. Papa nampak ada meja kosong. Jum anak-anak." Lagi sekali Tuan Helmi melawak. Aku dan Nana ketawa kecil.

"Aku rasakan waiter tu bagi kita tempat duduk mungkin pasal Tuan Helmi kot." Ujar Nana Sebaik sahaja kami duduk.

"Asal pula?" Tanyanya kembali.

"Tengoklah Tuan Helmi. Dengan seragamnya, paku lebih atas bahu. Tinggi segak dan handsome giteww." Seloroh Nana. Aku ketawa besar tetapi terhentu bila melihat Qila menelefon aku menanyakan keberadaan. Aku memberitahu dan dia mengatakan dia akan kesana.

"Jap lagi Qila sampai. Dia nak nasi ayam jugak." Kataku.

Tuan Helmi hanya menunjuk apa mahunya dan sibuk bermain game.

"Si Fira pun nak kesini juga." Nana bersuara sambil menunjuk screen Iphone kepadaku. Aku hanya angkat bahu.

Hello gaissss... Suara perempuan menegur dari belakang. Aku tak menoleh sebab tahu Qila dah sampai dan duduk disebelah Tuan Helmi.

✉️Abg Fy: Kat mana?

Whatapp dari Tuan Fizz. Aku perlahankan bright screen dan membalas whatappnya.

✉️Me: Kat SCR dengan yg lain ni sekali dengan Tuan Helmi.

Lamaku tunggu tiada balasan. Aku abaikan sahaja. Order dah sampai, sempat Tuan Helmi selfie bersama dan share dalam group yg khas buat kami pekerja intern.

✉️ Tuan Noh: Wah makan tak ajak sekali eh.
✉️ Tuan Fizz: Meriahnya lunch korang...
✉️Fira: Alahhh dah habis makan ke? Baru nak otw tmpt korang.

✉️Tuan Helmi: Bukan selalu. Fira xyah lah dtg sini, dorang ni dah nak balik office dah.

Kami ketawa membaca balasan Tuan Helmi. Lama juga kami membawang di SCR sebelum balik office.

Tuan Helmi tidak ikut balik ke office sebab perlu ke IPD untuk mesyuarat keselamatan. Dalam kereta, kami bertiga berdiam diri sehinggalah...

"Korang. Aku nak cerita sikit ni." Nana bersuara sambil menaip ditelefon.

"Citerlah." Jawabku sambil fokus ketika memandu.

Qila pula memajukan dirinya dibahagian tengah diantara dua tempat duduk depan.

"Actually aku tak sukalah dengan si Fira tu. Asyik² nak keluar makan keluar breakfast or even nak ke tandas pun dengan dia."

Aku jeling Qila dari cermin.

"Eh bukan korang berdua bestfriend ke?" Soal Qila.

"Mende bestfriend Qila. Aku dengan dia tu masa sekolah tu macam anjing dengan kucing tau haaa. Ni yg aku nak naik marah ni." Nana explain segalanya dengan kami berdua kenapa selama ini dia tidak berkesempatan untuk beramah mesra dengan aku dan Qila.

"Astagfirullah. Aku ingatkan kau dengan dia ni memng kamceng berabis tau. Sebab tu la aku dengan Lay malas nak layan kau." Qila membalas.

"Ya Allah. Sampai mcmtu sekali ek, bolehnya dia berfikir kau tu hanya boleh kawan dengan dia je? Habis tu kalau ada projek kena bagi bersama dia nak buat macamana?" Aku soal kembali.

"Hey Lay. Kau tak tahu dia cakap kat aku haritu kalau ada projek kena bagi oleh Tuan Noh,macam assignment pasal Runway dan Taxiway baru ni kan. Dia nak request buat secara partner. Kau haderrr?"

Aku ketawa besar.

"Banyaklah dia punya partner. Tuan Noh dah bagitau awalkan semua projek akan dibuat berkumpulan."

"Sorry tau korang, aku tak sangka tau dia macam busuk hati dekat korang." Nana meminta maaf.

"Allahu sis. You yg mnta maaf kenapa? Salah dia kan buat kau camni."

"Tu lah pasal. Firestone sangat juga si Fira." Balasku sambil memasuki parking kereta. Nana dan Qila ketawa mendengar. Firestone aka batu api tu selalu buat org ketawa, aku pun pelik.

"Lepas ni aku taknak dekat dengan dia lagi. Dia yg ada masalah korang pula jd mangsa keadaan."

"Tak okeylah mcmtu. Layan je macam biasa but kalau dia buat lg membawang bagai kau chou je la dari situ."

"Baik punya plan si Qila ni." Sokongku. Kami bertiga jalan beriringan memasuki bangunan terminal.

Dari jauh Kak Zira dan Abg Aidil melambai kearah kami. Kak Zira salah sorang staff dibawah Operasi manakala suaminya, Abg Aidil pula salah seorang anggota AVSEC. Cinta LBUAP la katakan 😬

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now