4 || MIMB

9.5K 246 1
                                    

*best baca sambil layan si pencuri hati*
.
.
Alarm berbunyi selang seli, masalahnya kedua kami bukan morning person. Bilik yang dipinjam buat aku selama aku disini diketuk pintunya.

"Lay bangun oi" Suara serak basah Qila didepan pintu.

Nasiblah kami berdua stay ditingkat atas rumah Qila, kalau di tingkat bawah buat malu anak dara je.

Aku mengesat mata membuang sisa kumbahan biji mataku. Pantas mencapai tuala dan terus ke kamar mandi.

Ni pun best juga, ada bilik air dalam bilik, tak payah susah ke bilik air. Selesai mandi aku keluar untuk seterika baju kurung.

Qila sedang mengemaskan baju kurungnya yang kami selongkar semalam sebelum tidur.

"Bilik kau okey juga?"

"Uishh lebih dari okeylah, bilik ak sendiri manada canggih camtu"

"Yelah kau tu. Tampar karang, mcmlah aku tak pernah stay kat rumah kau. Siap ada cctv lg, sabar je lah" Qila ketawa tapi bicaranya sampai disitu sahaja.

Dia faham sangat perangai aku yg tidak gemar berbicara mengenai hal rumah. Bab isi rumah tu aku suka.

Selesai mengikat rambut panjangku yg masih berwarna hijau lumut itu, aku mencapai flat shoe CR2 hitam milikku dalam beg yg khas untuk kasut dan sandal.

✉️ Nana: Guys, minggu ni tak dapat report duty lg tau. Aku ada tournament silat kat KL

Nana Eryani. Salah seorang intern juga macam kami.

✉️ Fira: Okey, aku dtg lambt sikit, aku kn hntar mak aku gi office.

Nurul Afira. Sama juga. Aku hanya abaikan sahaja mesej2 mereka.

"Wei kau bawa kereta dah kan? Nah kunci kereta hasil pujuk rayu aku dgn kakak aku. Sebulan kita byr RM200 dengan dia"

"Nice sister! Aku terfikir dah tadi kat mana nak pin kalau naik grab." Aku ketawa kecil sambil menyambut kunci kereta yg dihulur.

Kereta Axia hitam itu meluncur perlahan di jalan raya disebabkan aku yang sememangnya tidak tahu langsung dimana jalan hendak ke pejabat walaupun baru semalam ku melantak disana.

Sampai sahaja, kereta Axia tu aku dah parking cantik. Aku dan Qila melangkah perlahan mencari pejabat pengurusan, oh well sangat hujung dan sunyi.

Dengan lafaz Bismillah, kami berdua melangkah dengan yakin. Jam menunjukkan 7.45pagi! Yes sampai awal dari masa yg ditetapkan, kataku dalam hati.

"Yes Miss berdua, ada apa-apa yg boleh saya bantu?" Kami disapa oleh seorang lelaki yg aku kira staff disini. Pass pekerjanya kulihat tertera nama Jaili. Ohh HR Officer tu!

"Ermm, kami dtng nak report duty for Internship." Qila jawab lancar. Nice girl! Aku senyum sahaja.

"Ohhh harini tu kan kamu sampai 3 orang. Yang 1 lagi ada tournament kan?" Lelaki tadi bertanya kembali. Kami berdua angguk sambil senyum.

"Bah, kamu dua duduk sana dulu sebab AM belum sampai lagi. Nanti kita berkenalan masa briefing." Sambungnya.

Aku dan Qila duduk di satu ruangan yang kenas dan ku pikir mesti ruangan menunggu. Sofa , karpet, meja dan TV juga disediakan.

Selama kami duduk menunggu, seorang demi seorang staff masuk daftar thumbprint mereka.

"Intern baru ke?" Tiba-tiba kami berdua ditegur oleh sessorang yang lengkap dengan pakaian seragam. Kami berdua hanya angguk sahaja sambil senyum.

"Jangan kamu takut, saya tak makan org. Siapa nama?"

Eh mesra pula polis ni kataku.

"Saya Aqila Adeena."

"Layla Aileen" Pendek jawapan aku. Gerun melihat renungan tajam polis depan aku ni. Kecik-kecik comel je ku tengok.

"Saya Tuan Husin. Salah seorang pegawai lah dekat unit AVSEC sini."

Kami berdua angguk sahaja melayan cerita dari Tuan Husin. Ramah je orangnya.

Dalam kami bersembang, ada lagi dua orang dengan pakaian segak semacam masuk dalam office. Kedua-duanya memakai kemeja, seluar slack hitam dan membimbit beg berisi laptop dan fail-fail fikirku.

Kami bertiga bertentang mata. Aku menghadiahkan senyuman pagi. Berbahasa juga sikitlah kan.

Aku berdiri diantara mereka berdua dan juga Tuan Husin. Qila berdiri dibelakang aku.

"Hah, ini Tuan Noh Fitri, AM kita. Kira bigboss la." Tuan Husin memperkenalkan kami. Kami senyum angguk.

"Yang tu Tuan Fizz Azryn, HOE. Boss juga ni."

"Intern baru ek?" Soal Tuan Noh. Tuan Husin menjawab sambil mereka berdua berjalan ke office. Aku yang masih berdiri hanya memandang dengan ekor mata.

Tuan Fizz didepanku berdehem. Aku dan Qila alih perhatian arahnya. Qila pula terus duduk selepas bigboss tu masuk office.

"Welcome Quinny." Perlahan bisikannya kepada sambil senyum.

Erkk? Quinny mana pulak? Aku kerut dahi.

Tuan Fizz berjalan arah biliknya yg terletak di bahagian dalam sikit. Selang beberapa minit aku dalam kebingungan, kelihatan ramai staff mula berkumpul dibahagian tempat kami menunggu tadi.

Briefing! Briefing! Lancang suara Encik Jaili memanggil staff lain.

Bermula hari intership aku di LBUAP. Satu persatu information 24hours dilapor oleh DO bertugas dan juga ketua shif AVSEC turut memberi laporan kejadian 24hours.

Tiba giliran kami mahu memperkenalkan diri, pintu depan terbuka dengan luas. Aku rasa itu si Fira yang dari tadi send whatapp dalam group. Sebaik shaja dia masuk, riuh sekampung abang-abang bahagian Eng, almaklumlah cantik manis ayu gitu si Fira.

"Ni pun intern baru jugak ke?" Soal Tuan Noh. Fira angguk sambil senyum.

"Kenalkan diri."

"Nama saya Nurul Afira Binti Ali, panggil Fira je Tuan." Lembut Fira menjawab.

Aku dan Qila mulalah berkepak sesama sendiri. Dah mula perangai setan tu.

"Yg dua lagi tu pun kenalkan diri juga lah balik, yg lain pun nak kenal dengan kamu juga." Sambung Tuan Noh.

Qila memperkenalkan dirinya kembali dan menjawab beberapa soalan dari beberapa org staff. Riuh semacam je dalam pendengaran aku.

"Hah yg sorang lagi tu, kenalkan diri."

"Assalamualaikum." Aku memberi salam sambil memerhati muka seorang satu.

"Saya Layla Aileen Binti Adli." Dan bla bla bla aku menerangkan sedikit sebanyak mengenai background aku.

"Single or Double? Kalau single ni ada ketua unit still single jugak." Soal Tuan Noh sambil menjeling arah Tuan Fizz.

"Alahh Boss, kami sudah book Fira tuk Tuan Fizz tu." Celah Uncle Ijoi,salah seorang dari unit Eng.

"Uishh awl sangat kamu ni." Seloroh Tuan Noh. Aku hanya tayang muka selamba. Yelah takkan orang dah taknak kita pulak nak kan. Hahahaha!

Si Fira ni pulak macam lain macam sikit gaya aku tengok, baru cakap macam tu pun gedik semacam. Entahlah malaslah aku nak ambik tahu.

"Dont worry Quinny, awak tetap dihati." Kecil suara singgah ditelinga aku setelah selesai acara bersalaman. Eh eh eh dia ni main bisik pulak.

Selesai briefing, kami bertiga duduk di meja yang sama. Berdekatan dengan bilik Tuan Helmi. Sebelah kiri bilik Tuan Fizz dan sebelah kanan pula bilik Tuan Alfred, HOO.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now