51 || MIMB END

9.1K 205 34
                                    

Riuh rumah dengan tangisan The Nohs. Pening kepala si nenek memikirkan. Noh Aydan & Noh Aryan. Cucu kesayangannya. Dijeling arah pondok kecik didepan rumah, terlihat Noh Fitri sibuk menyiram bunga.

"Nohhh.! Anak kamu ni hah nangis oii." Panggil ibu. Noh segera menutup kepala paip dan mendapatkan anak kembarnya.

"Aydan. Aryan." Panggilnya lembut. Serentak berhenti tangisan The Nohs. Ketawa si nenek melihat gelagat mereka berdua.

"Amboi kamu dua ni. Mentang² lah anak bapak, dengar suara bapak kamu ni terus sunyi? Dengan nenek bukan main galak lalak kamu dua." Rungut ibu.

Noh Fitri ketawa mendengar. Didodoinya kedua baby boy yang terlentang diatas tilam perlahan. Memang dibiasakan tanp ayunan dan didodoi ditangan. Mahu lenguh lengan nak dodoi dua orang ni.

Noh merenung kedua anak kembarnya. Kembar seiras. Seiras jugak muka Lay. Muka Cina ejek Noh dahulu. Hanya bentuk mulut sahaja ikutnya.

Mata Aydan dan Aryan merenungnya. Bulat mata mereka berdua. Noh ketawa.

"Aydan dengan Aryan kenapa tenung muka dady macam tu? Jnganlah tenung dady lama² . Muka korang ni dah lah copy paste mumy. Buat dady rindu je lah." Usik Noh Fitri. Dia memegang tangan kecil milik The Nohs.

Kedua jari kelinkingnya digenggam erat oleh Aydan dan Aryan. Mata milik mereka masih lagi merenungnya dan kadang mereka menghadiahkannya senyuman. Terserlah lesung pipit mereka berdua.

"Haihlah. Lesung pipit pun ikut mumy. How come lah? Dady yang penat 'kayuh' alih² semua ikut mumy pulak?"

"Cakap apa tu B? Tak baik tak baik." Suara Lay kedengaran dari belakang. Dia menoleh. Senyuman manis buat Lay.

Aku mengambil tempat duduk disebelah Tuan Noh. Si kembar ni pulak asal nampak aku je mulalah merengek. Aydan kugendong manakala Aryan pula Tuan Noh gendongkan.

"Ayang ni jalan pun perlahan. Terkejut jap." Tuan Noh mengadu. Aku ketawa.

"Habis tu nak jalan hentak kaki? Ingat nak kawad ke?" Balasku. Giliran Tuan Noh pulak ketawa. Kepalaku diusap perlahan.

"Thank you sangat² ." Ucap Tuan Noh tiba-tiba. Aku menoleh memandangnya.

"Inikan dah jadi tanggungjawab. Asal muka sedih ni B?"

"B takdapat bayangkan kalau haritu Ayang 'pergi'. Macamana dengan B, dengan Aydan dan Aryan." Katanya perlahan.

Aku sengih. Teringat kejadian di labour room dua bulan lalu. Oleh kerana bahu Aryan tersangkut di tulang pubikku kata doktor. Disebabkan tenagaku sudah kukerah berabis untuk Aydan, Aryan pula sangkut buatkan aku hilang fokus dan berhenti meneran dan hampir pitam.

"B rasa masa tu macam dah slow sangat berlalu. B nak cepat jumpa dengan babies dan Ayang."

"Cemas ek?"

"Giler tak cemas masa tu. Nak serbu masuk balik takut pulak kena halau keluar spital."

Aku ketawa mendengar. Aku menggosok belakangnya. Kepalaku letakkan disisinya. Terasa ubun² ku dicium.

"Alhamdullilah takde apa. Rupanya si Aryan ni taknak keluar lagi ek, ke merajuk Aydan dulu keluar dari dia?" Kata Tuan Noh sambil mencubit perlahan pipi Aryan yang ada di pangkuanku.

Bulat mata Aryan bila terasa pipinya diusik barangkali. Aku ketawa melihat reaksinya.

"Eh eh eh anak cina ni. Pandai tenung dady camtu. Ikut siapalah ni."

"Ikut dady dia okey.." kataku.

"Macam ikut mumy dia pun ada ni. Tak ingat ke hari first Ayang datang kat office dulu? Tenung kita macam nak bagi penumbuk dia je." Seloroh Tuan Noh. Aku mencebik.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now