9 || MIMB

6.1K 193 2
                                    

Semenjak Nana mula rapat dgn aku dan Qila, Fira mulai menjauhi kami bertiga. Hanya sesekali shaja dia datang join.

"Eh sayakan dekat ENG, tu Nana yg selalu buat tu uncle."

Tiba-tiba suara Fira menyapa pendengaranku. Aku dongak kepala melihat apa yg terjadi. Kelihatan Pak Cik Abu sedang memegang beberapa keping kertas.

"Apa benda tu pakcik?" Qila bertanya bila aku bagi signal bossnya berdiri disebalik partition yg tinggi dibahagian ENG.

"Ani ba. Surat untuk tenants untuk dikirim guna pos. Tapi si Fira aku kan minta tolong, ia bilang si Nana yg punya keraja." Likat pekat slang Bisaya Pakcik Abu menjelaskan.

"Lahhh, aku kan boleh jua ni pakcik minta tolong. Sekarang ani 2bulan ni aku kan sama pakcik dekat COMM."

"Banar wa? Nahh bisai kalau macam atu. Nahh kau kirim surat² ani sama tenants ah. Alamat ada tu diatas." Tersenyum Pakcik Abu sambil menyerahkan surat² yg dimaksudkannya.

Aku menjeling Qila sambil menjuih arah Fira.

✉️me: Benda macamni pun tak ble nak tolong ke?

✉️Qill: Tah lah dia ni. Tak faham aku. Bukannya susah pun. Just masuk sampul je.

✉️me: Asyik² dengan unit ENG dia tu. Awal dulu berabis menolak taknak kat sana takut dengan Tuan Fizz bagai.

✉️Qill: tah dia ni. Taknak mengaku duduk dekat FIN terus lepas uncle Ijoi tu suka kenen kan dgn Tuan Fizz.

✉️me: Allahu. Tuan Fizz tu tak pandang kot dgn dia...💆🏼

✉️Qill: Dia perasan Tuan Fizz syok kat dia woiiii. Sakit telinga aku dgr dia story pasal Tuan Fizz dari td.

Aku geleng kepala. Qila ketawa sambil mengisi tracking pos surat Pakcik Abu.

"Bodohlah kau Qill." Aku ketawa.

"Asal aku pula. Eh sekurang-kurangnya aku tak syok sendiri eh." Qila membalas.

"Apakan lagi syok sendiri bagai ni?" Suara Tuan Helmi dari belakang menyapa. Terkejut jugalah sikit.

Aku menoleh ke belakang. Dia menghulur kepada satu fail tebal.

"Mak aii tebal. Fail apa ni?"

"Fail borang² pass yang belum dibuat. Selamat bekerja Lay!" Tuan Helmi berlalu dengan ketawa memanjang.

Aku geleng kepala. Pening sekejap mahu menghabiskan borang pass. Anty Sarjan sebelah aku pula hanya ketawa.

"Memang tu Lay macamtu. Tuan Helmi tu selamba seja tu."

"Hahh Tuan Helmi senang hati nampak?" Terdengar teguran dari Tuan Noh. Aku menoleh. Aku ketawakan Tuan Helmi dari jauh. Tuan Helmi buat muka.

"Taklah senang sangat Boss. Saja nyanyi kecil sebab harini si Layla dah ada kerja nak buat."

"Ohh Leen dah dapat kerja dari Tuan Helmi ke? Okeyla tu. Asyik susun fail je dari hari tu." Ujar Tuan Noh.

Leen? Aku menoleh kiri kanan. Leen mana pulak muncul ni? Aku memandang Tuan Noh kembali. Tuan Helmi hanya menguis bahuku bila melintas mejaku.

"Leen oii leen." Aku tepuk dahi. Rupanya hujung namaku jadi pilihan si Mr. Bigboss ni.

Tuan Noh senyum kepadaku. Terserlah lesung pipit sebelah kanannya. Aku senyum kembali.

Tok! Tok! Mejaku diketuk. Aku pandang depan. Tuan Fizz mencebik. Aku angkat kepala tanda kenapa?

"Kenapa BigBoss senyum dengan awak?" Bisiknya.

"Manalah saya tahu kenapa. Dia senyum saya pun balaslah balik. Senyum tu kan sedekah." Balasku. Fail tebalku buka.

"Sukalah awak kan. Awas BigBoss dah kawen tau, tak pasal² sangkut dengan suami orang pula."

Aku menjeling Tuan Fizz. Tak kuasa nak melayan si Mr. Boss ni. Bebel bagai makcik bawang.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now