46 || MIMB

6K 174 1
                                    

Sebulan berlalu sejak peristiwa aku 'tawaf' di parking kereta. Heboh satu airport bila bini Airport Manager berlari mengejar pervert kononnya.

Secara tak sengaja aku menjadi retis di airport. Kemana sahaja aku pergi pasti terdengar ayat² terutama dari Auntie Cina yg menjual cenderamata.

"Uiyoo Puan. Lari manyak laju oh. Saya sungguh suka tengok you punya style oh." Ayat wajibnya tiap kali aku membuat rondaan.

Aku mampu tersengih sahaja. Qila dan Nana? Sibuk berkepak sesama sendiri. Dari jauh kami terlihat Tuan Noh turut membuat rondaan di office airlines. Aku bagi little finger heart arahnya. Dia hanya ketawa kecil melihat perangaiku.

"Wei, kenapa kau tak ikut sekali meronda area office airlines?" Soal Nana. Ketika itu, kami sedang duduk berehat di Golden Fish menikmati Milky Tea.

"Malas aku nak join. Orang² sana tu tak habis nak melobi sis." Jawabku tersengih.

"Haha. Salahkan acara kejar-mengejar kau haritu. Kalau dulu kau boleh lagi diam kisah kawin paksa rela kau, sekarang ni satu airport dah tahu. Aku rasa sampai TUDM kat belakang tu tahu kot."

Aku ketawa. Kisah kahwin paksa rela kata Qila.

"Well. Kisah kahwin paksa rela aku tu, separuh tu ada traces of Qila ek. Jangan nak kata kisah aku sorang je."

"Herm, traces of Qila. Lebih kurang matchmaker la maksud kau ni kan?" Qila menyondol lenganku. Aku hanya menggeleng.

"Iya kot. Bukan kau je ek. Tu si Fara dengan Fei kau nak simpan kat mana? Ni kalau budak dua tu dengar, nak kena bebel seharian sebab nama tak kena sebut." Celahku.

"Elehhh."

"Dahlah kau. Jomlah lunch. Makan kat bawah je lah. Malaslah nak keluar jauh." Usulku.

"Kau tak keluar dengan cik abang kau ke?"

"Herm tak. Dia ada lunch meeting dengan investor katanya,  eh jangan lupa whatsapp Fara dengan Fei."

Qila hanya angguk ketawa mendengar kataku.

"Puan!" Aku menoleh bila terdengar seseorang memanggil. Well takde sapa lagi yg dipanggil Puan selain aku di airport ni.

Dari jauh aku melihat pekerja duty free berlari cemas arahku.

"Kenapa ni?" Soalku. Cemas wajah pekerja aku lihat.

"Puan! Ada customer mengamuk dalam store. Puan je saya ternampak dekat sini sebab tu saya lari kejar." Katanya.

"Kenapa nak mengamuk?" Aku berlari anak menuju ke store. Kulihat seorang lelaki sibuk memaki pekerja sambil membaling barang dalam store.

Ku lihat keliling. Walaupun airport ni tak ramai macam airport international but who knows? The power of viral sekarang ni menjadi-jadi.

"Pi panggil polis and security. Segera." Arahku. Kulihat pekerja tadi berlari.

Aku memberanikan diri. Aku melangkah lepas ucap Bismillah. Mana tahu tetiber lost control masa mengadap customer ill-manner camni.

"Encik. Bawa bertenang Encik. Ada apa yg boleh saya bantu?" Ucapku berhemah. Gerun juga ku melihat pakcik depan ku ni. 

"Hah! Ni sapa lagi ni? Asyik panggil orang bawah je! Manager mana manager?! Hishh aku tak puas hati ni!"

Hermm. Sabar Lay.

"Lay, kau nak aku call Tuan Helmi or Tuan Husin ke?" Qila bertanya. Aku angguk.

"Saya Pegawai kat airport ni Encik. Apa² hal kita bincang dalam office.?" Kataku berhemah lagi.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum