17 || MIMB

4.6K 136 0
                                    

"Adik. Akak nak minta tolong jagakan dia bila akak dah tiada nnti. Maafkan akak sebab lambat pulangkan dia pada adik." Aku yg sedang duduk di bench dlm sebuah taman bunga yg sangat cantik terpinga-pinga bila mendengar permintaan kakak tadi. Aku cuba menggapai tangannya namun kakak tu semakin menjauh.

Lay..Lay..Lay....

Aku terdengar namaku dipanggil. Perlahan mataku aku cuba buka namun gara² silau aku tutup kembali dan mencuba sekali lagi bila aku terdengar mereka menutup blind curtain.

Orang pertama didepanku ialah Qila. Dia membantu aku untuk duduk. Peningku masih ada.

"Aileen."

Satu nama panggilan yg amat aku kenal menyapaku. Terkejut buat main lagi bila aku angkat muka, Bigboss duduk berdepan denganku sedang merenung tajam. Kelihatan kerisauan di raut mukanya.

"Eh Tuan." Kelam kabut aku mahu berdiri namun ditahan oleh Nana dan Qila. Aku memandang kelilingku.

"Kat spital Lay. Relaks." Qila memberitahuku.

"Kenapa?" Aku menyoal bila aku sudah merasa selesa. Bigboss hanya menggeleng.

"Kau tanya kenapa?" Nana soal aku kembali. Aku pula hanya angguk.

"Kau buat drama ka apa dalam office tadi? Jalan perlahan giler, kami ingat kau pengsan terkejut sebab nampak Tuan Noh berdiri disebalik partition si Fira." Qila memberitahu.

"Tuan Noh yg sambut kau pengsan tadi tau."

Aku terkejut dengar info dari Qila dan Nana. Sengih je lah bila malu kan.

"Thank you Tuan." Ucapku kepadanya.

"Boleh tahan berat awak ni. Awak hutang dgn saya tau." Seloroh Bigboss kepadaku. Dia meminta diri bila menerima panggilan urgent.

Kini tinggal kami bertiga sahaja. Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka.

"Bila Bigboss sampai?" Tanyaku sambil menghirup Ribena sejuk. Disarankan minum manis buat sementara waktu.

"Baru sampai masa kau pengsan tu. Dia ada bawa oleh² time tu. Tu la Kak Zira panggil kau pi pantri. Alih² kau buat drama." Ujar Nana.

"Apalagi Tuan terus sambut kau then direct suruh aku bawa kereta dia gi hospital bila tepuk muka kau dua tiga kali tak sedar diri." Sambungnya lagi.

"Time tu semua pula nak join ikut sekali." Kata Qila. Disuakan anggur kepadaku. Aku pula hanya selamba menyambutnya.

"Aku pening gila time tu. Mana lagi Tuan Fizz suka sangat nak menyelat kat aku. Aduii." Kataku. Nana dan Qila berpandangan.

"Aku nak citer ni. Tadi masa ke blackout tu, kan Tuan Nih yg angkat kau. Tuan Fizz tiber nak berebut tau nak angkat." Beritahu Nana.

"Huishh fikir aku ni barang nak main pass² ke?"

"Tu belum lagi lawan mata 2 3 saat. Bila Tuan Noh berdiri barulah Tuan Fizz tu beralah. Aku rasa handphone kw sekarang akan banjir dengan mesej² Tuan Fizz."

Aku diam. Pening kepala aku pasal benda ni sahaja. Belum lagi nak mengadap si Fira yg acah perempuan paling cantik dalam office, dengan perangai Kak Ras yg suka mencari salah org, perangai gatal DO tua tu lagi.

"Habislah aku oleh Fira lepas ni." Ujarku perlahan. Nana dan Qila hanya ketawa. Faham sangat dengan perangai Fira yg suka menganggu ketenteraman aku dalam office.

"Mana phone aku?" Pintaku.

"Sini." Kata Nana.

"Eh dah takde. Kat Tuan Noh kot." Sambungnya lagi. Aku tepuk dahi.

"Pesal phone aku tempat bigboss pulak? Bak hp kau." Aku geleng kepala sambil meminta phone Qila.
.
.
Noh Fitri duduk disebelah katil Melur Wajah pucat isterinya ditenung. Tidur lena Melur tidak mahu diganggu biarpun dia dipesan untuk mengejutkan isterinya.

Bunyi hp mengejutkannya dari lamunan. Noh Fitri kerut dahi. Bukan ringtone dia dan isterinya. Lama dia mencari. Dia menepuk dahi. Baru teringat hp milik Layla Aileen masih dalam simpanannya.

Dia mencari dalam beg pouch yg selalu dibawa. Oleh kerana Layla Aileen pengguna Iphone, semua whatsapp yg diterima dibacanya. Dia ketawa sendiri membaca mesej² yg diterima. Terutamanya dari kawan² #thebunga.

Ting! Mesej whatsapp masuk lagi. Dia menjeling. Tuan Fizz. Berkali-kali masuk mesej dari Fizz Azryn. Dia hanya membaca mesej² yg diterima. Jam ditangan dijeling, sebentar lagi dia perlu kembali ke office. Meeting SHE dengan staff perlu diselesaikan hari ini juga sebelum dia berkursus minggu depan.

Terlihat juga whatsapp dari Qila, Layla Aileen mahu telefonnya kembali. Tahu sangatlah tu kawannya memang tak tutup notification whatsapp.

Dia memegang dadanya sekejap. Masih terasa jantungnya berdegup laju dari biasa. Dia menutup matanya. Terbayang wajah Layla Aileen yang pucat berjalan arahnya dan tiba-tiba rebah didepan matanya. Sungguh dia takut ketika itu. Dia membuka mata dan melihat wajah Melur. Rasa bersalah mencanak naik. Disaat isterinya memerlukan dia, dia boleh terbayangkan wajah orang lain.

"Maafkan abang, sayang. Maafkan abang." Pintanya tanpa sedar. Dia mengggengam erat tangan Melur.

"Abang takde salah pun dengan Mel. Kenapa nak minta maaf?" Kecil sahaja suara Melur kedengaran. Noh Fitri mengangkat wajahnya pantas. Dia memandang Melur.

"Abang rasa abang suka kat Layla Aileen, Mel. Abang tahu abang tak patut ada rasa macamni saar Mel sakit. Abang minta maaf. Abang salah." Esakannya kedengaran.

Melur tersenyum. Dia mengusap kepala Noh Fitri, lembut.

"Abang. Manusia diciptakan berpasangan, punya perasaan punya akal punya apa perlu untuk dia survive. Kita bukan macam dalam citer werewolves tu. Yang bila mana pasangannya sudah tiada, dia pun ikut takda perasaan juga. Itu adalah normal. Melur faham dan Melur tak marah. Tapi sebaliknya, Melur happy."

"Tak tak tak. Abang pendosa..."

Belum dia habiskan ayatnya, lengannya dipukul lembut.

"Semuanya juga pendosa. Abang dengar ni, Melur happy selama Melur dengan abang. Lillahi Taala. Dan Melir juga happy sebab Melur tahu abang tidak akan tutup hati abang buat orang lain meskipun Melur dah takde nanti."

"Nope. Melur sentiasa dengan abang. Tak kan ke mana-mana!"

"Abang, we need to accept the reality. This disease cannot be cured anymore. Dah takde jalan lain dah. Abang pun faham kan. Abang dah sama dengan Melur dari awal sampailah sekarang ni, tak pernah abaikan Melur pun. Melur sangat bersyukur dan berterima kasih."

Noh Fitri hanya menangis dalam dakapan Melur sehinggalah dia dapat menenangkan dirinya sendiri. Hidupnya kini masuk fasa in denial. Dia tidak dapat menerima lagi kenyataan yang isterinya hanya menunggu hari-hari akhirnya.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum