47 || MIMB

6.8K 165 6
                                    

Suasana sunyi dan tenang membuatkan aku membuka mata. Menyedarkan diri sendiri. Kulihat kelilingku. Kosong. Aku kat mana?? Ahh, hospital. Hermm.

"B?" Aku memanggil Tuan Noh. Aku cuba bangun sendiri.

"B?" Panggilku kembali. Pintu kecil disudut terbuka. Terlihat kelibat suamiku. Aku senyum sendiri.

"Ayang! Dah bangun ek." Sapanya bila menyedariku sudah sedar.

"Okey tak?"

Aku angguk.

"Lapar." Rengekku manja. And dalam hatiku sendiri pelik bila masa pulak aku pandai manja macam ni.

Tuan Noh ketawa kecil. Dia menghulurkan air dahulu kepadaku.

"nak makan apa?" Soalnya sebaik sahaja aku siap meneguk air. Lega.

"Hermm nak makan sotong goreng lepas tu nak makan pau kacang lepas tu nak makan coklat and air kelapa." Kataku.

"Ek?" Kataku kemudian. Pelik sendiri. Kenapa jenis makanan tu jadi pilihanku pulak?

"B tak rasa Ayang boleh makan yg Ying nak tu. Sotong? Kacang? Allergic. Coklat and air kelapa? Lagi tak masuk akal. Absolutely its not your fav too."

"B. Ada apa² tak yang ayang tak tahu?" Soalku.

"Ayang nak 'jalan' dah ke? Sebab tu minta yg not even in my list of fav foods." Sambungku.

Suamiku hanya ketawa besar mendengar. Dia hanya menggosok kepalaku sambil ketawa. Aduhailah isteri.

Pintu terbuka dari luar. Seorang doktor wanita dan nurse datang dengan senyuman manis. Aku membalas.

"Assalamualaikum Puan. Saya Doktor Fateen, doktor OB/GYN. Sebelum tu, saya nak ucap tahniah for both of you!" Katanya dengan tersenyum manis.

Aku terpinga sekejap. Asal tahniah pulak? OB/GYN tu apa? Aku berkata sendiri dalam hati. Silih berganti aku melihat Tuan Noh dan Dr Fateen.

"Heh? Tahniah kenapa Dr?"

Dr Fateen senyum melihat aku dan Tuan Noh silih berganti. Tuan Noh juga menggeleng kepala melihat aku kebinggungan.

"Well, I rasa better your husband yg bagitau nanti. Well kata org for more exciting feeling.  Btw, luka dekat kaki saya dah cuci tadi. Serpihan kaca pun dah keluar. So rest well and jangan stress okey." Pesan Dr Fateen sebelum meninggalkan kami.

Aku menoleh arah Tuan Noh yg sibuk menyusun meja. Menunggu kata hikmah darinya.

"B, better bagitau pasal apa?"

"Awlo, tak sabar ek nak tahu. Sebelum tu, B nak bagi pesanan penaja ni. Lepas ni no more lari sana sini, berdiri lelama kat kaunter departure ke arrival ke and no more tolong tenants angkat beberat segala banner ke bunting whatever okey?"

Dahiku kerut berlapis-lapis. Panjang sangat pesanan penaja dia ni.

"So Ayang dah ready ke nak tahu kenapa tahniah?"

Aku angguk.

"By next year kan, maybe after raya kot. Kita akan jadi daddy and mumy!" Katanya dengan penuh perasaan.

"Ohh. Tu ke? Ingatkan apalah." Kataku selamba. Padahal dihati dah start gelabah sebab lupa nak inform sesuatu. Sesuatu yg sangat penting. Hahahaha. Maafkan isterimu ini Mr Bigboss.

"Ek? Asal macam tak happy ni?" Soalnya. Keruh mukanya kulihat. Aku sengih.

"Sebelum Ayang explain kan, nak minta ampun maaf dulu. Actually Ayang dah tahu pregnant. Tadi pagi tahu guna alat test tu. Tapi terlupa nak inform dekat B gara-gara pakcik bawah umur tu." Aku try buat muka cute, mesti nampak cute sekarang sebab Tuan Noh tengok aku sambil menggelengkan kepalanya.

"Aduhailah isteri. Bolehnya dia lupa berita penting ni gara² pakcik bawah umur tu." Kata Tuan Noh. Dibelai rambutku perlahan.

"Tapi tak tahukan baby twins." Dia tersengih melihatku. Mataku bulat besar.

Kedua belah pipinya kupegang. Bertalu ciuman aku hadiahkan padanya tnda gembira. Dia hanya ketawa melayan gelagatku.

"Yeayy baby twins. Oh yeahh oh yeahh." Aku terlompat-lompat riang mendengar berita baby twins.

"Eh eh jangan lasak sangat boleh tak? Kita pula yg seram tengok dia ni lasak."

Ditahannya aku dari melompat. Aku memeluknya erat. Tuan Noh ketawa kecil.

"Aduhailah isteriku." Bisiknya.  Sama-sama kami mengucapkan rasa syukur atas hadiah dariNya ini.
.
.
"Namaku Layla Aileen. Aku datang kesini mencari pengalaman bekerja bukan untuk mencari jodoh. Namun, bukan semua yang kita rancang akan ikut jalan yang kita mahu. Jodohku si Mr Bigboss, Noh Fitri mengetuk pintu hidupku.  Ceritera jodoh kami bermula sejak dahulu lagi, dipinjamkan sementara kepada insan mulia, Melur.  Seakan tahu rahsia jodoh itu, dia 'memulangkan' kembali jodohku yang dipinjamnya dan meninggalkan kami dengan tenang. 

Kisah hidupku tidaklah sepahit peria kerana disisiku ada yang selalu bersamaku. Buat Qila, Fei dan Fara yang sentiasa bersamaku menimba ilmu dan membantu. Buat Mynn, Seri dan Lani, koranglah kisah laluku, kisah kini dan kisah hari depanku. Sentiasa ada tempat didalam hidup aku.

Kisah hidupku yang diselangi dengan episod hitam, aku jadikan ia sebagai pedoman dan simpan disuatu sudut dalam kabinet hidupku. Kerana mereka, aku jadi kuat. Kerana mereka, aku jadi lebih berhati-hati. Dan kerana mereka jugalah, aku mengenal yg baik dan buruk dengan lebih baik.

Buat twins Mumy, I love you guys more than your daddy! Oppss jangan bagitau daddy ek. Mumy selalu doakan kalian menjadi anak yg soleh dan solehah, sentiasa berbuat baik dan dijauhi dari perkara yg tidak baik. .."

"Ayang, buatapa tu?" Aku disapa perlahan. Aku menoleh. Tuan Noh tersenyum manis arahku. Buku diari aku tutup perlahan.

"Mana boleh bagitahu. Nanti B kecoh." Sakatku. Hidungku dipicit manja.

"Takpe..nanti dah tidur nanti, B gi baca sendiri."

Aku ketawa. Sejak berbadan dua ni, ada perangai baru aku yg sememangnya amat kugemari. Tidur! Dah cukup tidur pun masih lagi nak tidur.

Bila aku cerita dengan TheBunga, Fei kata badanku tahu sahaja masa nak rehat. Takyah susah nak kesana kemari lagi. Bila aku cerita dengan dorang Seri pulak, dikatanya badan aku nak rehat panjang sikit sebab dari dulu asyik tension je dengan kes mamat psyco tu. Aku? Ketawa je lah.

"Ayang, asal ketawa dalam tidur ni? Seramlah." Tuan Noh mengusik. Aku mendengus. Saja nak menyakat tabiat pelikku. Tangannya mengusap baby bumpku yang kini mulai menampakkan bentuknya.

Aku memeluk erat lengan sasa milik si Mr Bigboss. Syukur segalanya selesai dan kurasa selamat bila kes lama akhirnya selesai. Kini kami mampu menarik nafas lega. Suasana matahari terbenam kami hayati bersama. Disapa dengan angin laut bertiup nyaman. Dihiburkan dengan deruan ombak memukul pesisir pantai.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now