33 || MIMB

5.2K 161 2
                                    

Fei, Fara dan Qila merenungku bagai mahu menjadikan aku lauk dinner. Aku pula hanya sengih sahaja.

"Janggal pulak rasanya bila kawan sendiri tenung aku semacam." Kataku perlahan.

Fei ketawa kecil. Tiba-tiba memelukku.

"Tak sangka kawan aku yg boyish ni dah kahwin, aku ingat kau lah yang last. Rupanya Fara lah yg last."

"Ciss. Ini namanya belot." Rengus Fara. Qila dan aku ketawa kecil.

"Apa boleh buatlah Fara. Dia dah nak kahwin, yg ni pulak dah nak tunang. Tup tup aku kahwin dulu." Kataku.

"Kau tahun depanlah Fara." Qila memberi cadangan.

"Tahun depan apanya kalau calon pun takde." Celah Fara. Mereka ketawa beramai-ramai.

"Back for good ke?" Tanya Fei tiba-tiba

Aku terdiam sekejap.

"Eh jap. So sekarang kau stay mana? Rumah Qila keeee rumah laki kau?" Fara memotong

Wuuuuu... Mereka mengejekku. Aku hanya ketawa.

"Balik sana." Aku tunjuk ke arah hotel Labuan Point yang jelas dipandangan.

Berkerut dahi mereka. Kurang memahami.

"Aku stay hotellah. Nak balik kemana. rumah dia pun aku tak tahu. Rumah Qila aku nak pergi, dia cakap bilik aku stay dulu adik dia dah guna." Jelasku.

"Haahkan betul jugak. Habistu dia tak cari kau ke sekarang?"

"Carik." Jawabku pendek. Jus Honeydew aku hirup perlahan.

"Dari tadi lagi dia carik aku." Sambungku sambil menunjukkan skrin handphoneku kepada mereka tanda aku sedang berbalas whatapp dengan Tuan Noh.

"Habis tu kenapa kau kat sini?" Soal Fei.

"Dinner dengan koranglah. Dia dah dinner dengan tah sapa tadi meeting tu. So aku cakaplah aku dinner dengan korang. Dia lambat lagi siap." Jawabku.

"Oh dia dah tahulah ni." Qila bersuara. Aku angguk.

"So we want some story here. Apa yg buat kau dtg tiba-tiba without any news sebulan dua ni?" Soal Fara. Straight to the point punya soalan.

Aku menarik nafas panjang. Teringat kejadian seminggu lalu. Dimana aku tahu kebenaran disebalik perkhawinan tidak masuk akal aku ni. Dimana aku tahu apa sebenarnya arwah Kak Melur mahu. Dimana aku tahu kisah disebalik misteri bilik hotel diserbu tiba-tiba.

Tidak tahu mahu mula dari mana. Aku menyambung menghirup jus dan meratah fries didepanku.

"Panjang sangat ceritanya sampaikan aku tak tahu dari mna nak mula. In case korang suruh aku pendekkan cerita, no thrill lagi cerita tu." Jelasku.

Masing-masing berpandangan. Mereka memandangku kembali. Aku mengajak mereka balik ke hotelku. Banyak makanan dan minuman kami bungkus untuk sesi itu nanti. Aku nasihatkan juga mereka membeli bantal sendiri sebab ada kemungkina seorang pun takkan balik malam ni.

Tuan Noh sudah aku inform awal yg thebunga akan stay denganku malam ini. Dia punyalah merajuk sebab sepatutnya malam itu dia nak bercerita denganku sepanjang malam.
.
.
.
Aku mula menceritakan apa yg terjadi kepadaku pada hari kejadian bilik kami diserbu. Cerita yg sememangnya famous antara kami satu masa dahulu bila mereka mendengar Tuan Noh membawa aku kahwin.

"Tu cerita pasal aku dgn Tn Noh kena serbu. Tapi korang pun tak tahu macamana ustaz tu boleh tahu the exact room kan?" Kataku.

Ketiga mereka angguk. Berkerut benar dahi mereka.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now