26 || MIMB

5K 173 5
                                    

Sambil menunggu chicken chop siap masak, kami berempat duduk berhadapan sesama sendiri.

"Aku confuse ni. Dia ajak kahwin tapi aku takkan nak kahwin dengan laki orang."

"Kau tak suka kat dia?" Soal Fara

"Bukan tak suka. Suka. Tapi sekadar suka kepada seorang majikan sahaja. Bukan sebagai seorang wanita kepada seorang lelaki." Jawabku.

"Lay. Kita tahu sebagai org ketiga ni akan dikecam dimana-mana sekarang ni. Biarpun org tu kenal kau dari media sosial sahaja. Apatah lagi kitaorang yg kenal kau dari luar kedalam kau ni." Ujar Fei sambil menunjuk arah hati.

"Sebab tu aku taknak Fei. Aku bukan takut dikecam. Aku tak kisah nak cakap apapun. Tapi hati isteri dia? Wanita yg ada dgn dia dari susah senang, gembira sedih semua? Gilalah aku nak rampas laki org."

"Sekarang ni dia ajak kau kahwin kan?" Soal Qila. Aku angguk.

"Dia nak ajak kau kahwin pasal kes korang hritu ke?" Soal Fei.

Aku hanya angkat bahu tanda tak tahu. Kalau ikut betul, kes haritu sepatutnya sudah selesai sebab Bigboss sendiri membayar denda untuk dia dan dirinya sendiri.

"Actually korang, kes haritu dah selesai. Dah takde apa yg tinggal dah. Thats why aku pelik kenapa dia nak ajak kahwin pulak sekarang." Jawabku.

"Dah selesai semuanya?" Soal Fara.

Aku angguk.

"Clean and clear lah memang selesai?" Giliran Fei tanya.

Aku angguk lagi.

"Tapi dia masih ajak kau kahwin?" Giliran Qila bertanya.

Aku angguk kali ketiga. Admit the truth.

"Aku rasa dia memang suka kat kaulah Lay!" Serentak mereka bertiga berkata. Aku bulat mata dengar.

"Sepakat ek cakap camni?" Jawabku sambil ketawa.

"Habis tu kalau tak suka kau, buatapa dia ajak kahwin? Baik aku je nikahkan kau dgn Tuan Fizz kalau kau susah sangat." Ujar Qila. Fei dan Fara menyokong.

"Yang tu lagi bangang aku rasa. Well sebenarnya dari aku jugak kot. Dia dah couple dengan Fira." Kataku. Okeyy..Ternganga tiga org kesayangan aku didepan ni.

"Heol daebak! Dia couple dgn Fira? Kau serius ni?" Soal Qila sambil menutup mulutnya sendiri. Terkejut sangat tu.

"Wei kau satu office takkan tak tahu!?" Fei mencuit Qila. Qila pula hanya menggeleng.

"Kau tahu dari mana?"

"Aku terdengar haritu Tuan Fizz story-mory dgn Bigboss." Ujarku perlahan. Mataku memandang keluar, acah² muka sedih. Fara dan Fei hanya ketawa.

"Speak of the devil. Tu mereka berdua tgah dating." Kataku sambil mulutku menunjukkan arah kanan. Ketiga mereka menoleh serentak.

Kelihatan Fira dan Tuan Fizz berjalan berdua. Pakai baju matching ketawa².

"Kau tak cemburu ke Lay?"

"Nak cemburu pun tak guna kan. Aku juga lambat bagi jawapan kat dia."

"Takpelah. Kot bukan jodoh kau dgn Tuan Fizz." Kata Fei. Penyokong aku dgn Tuan Noh. Diehard fan katanya.

"Tapi aku rasa actually si Fira bukannya suka sangat kau dgn Tuan Fizz tu. Yo yo ohh je kali suka kat Tn Fizz." Fara mencelah. Yg ni pula diehard fan aku dgn Tn Fizz. Aku hanya mampu geleng kepala.

Banyak yg kami bincang sambil menikmati chicken chop. Hujung minggu spend well bak kata pepatah.

Ting! Mesej masuk. Aku memandang Iphone ku.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now