1 ; Hujan

5.9K 405 13
                                    

EDITED CHAPTER

Hujan masih belum berhenti dan begitu juga dengan keluhan Soo Min

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.


Hujan masih belum berhenti dan begitu juga dengan keluhan Soo Min.Tambah lagi bas tak datang-datang,memang membara lah hati tunggu dekat tempat perhentian bas yang kecil dan bumbung hampir nak terbang ni.

Payung yang berada di tangannya digenggam erat.

Apalah gunanya payung kalau pakai pun badan masih kena hujan, rungut Soo Min dalam hati.

Padahal dia yang tersalah beli payung.Dah besar panjang patutnya beli payung besar.Ni tak,pergi beli payung kecil nak buat apa?

Kakinya bergetar.Hampir setengah jam menunggu namun masih tiada bas yang muncul.

Sedang asyik meratapi nasib yang malang,dia terdengar jeritan seorang wanita dari jauh.

"Eh macam kenal suara tu," katanya sambil memandang ke kiri dan ke kanan.

Hampir lima meter jauh darinya,seorang wanita berkot merah jambu dan berambut kerinting sedang mengejar seorang lelaki tanpa memakai payung.

"Hurm tu lah bercinta awal sangat.Bila dah break,hujan pun dia redah" kutuk Soo Min.

Mulanya dia tidak mengambil kisah tetapi setelah mendengar perbalahan antara lelaki dan wanita itu,dia mengeluh dengan kuat.

"Kuatnya lahai suara,bunyi hujan pun aku tak dengar," dia kembali memandang kedua-dua figura tadi yang kini sudah basah lencun.

Apabila Soo Min melihat kembali muka wanita itu dengan teliti,mata dia membulat.

"Han Yoo Jung?What the-bos?!" Lagi terkejut dia apabila lelaki yang dikejar 'Yoo Jung' itu adalah majikannya,Kim Taehyung.

"Tolong jangan tinggalkan saya Taehyung!Saya minta maaf dan janji saya takkan buat lagi!"

"Sudahlah!Aku dah penat dengar,berapa kali kau nak buat aku macam ni?Curang belakang aku?Dengan kawan aku sendiri?!Aku tak pernah rasa sebodoh ini Han Yoo Jung.Walaupun aku dah-"

Kata-kata Taehyung terhenti.Tak.Ini bukan masanya untuk dia bagitahu yang dia sudah lama tahu perangai Yoo Jung.

Relaks Taehyung,buat-buat tak tahu saja.

"Sila berambus dari hidup aku!" sambungnya dengan ganas.

"Tapi siapa yang salah sebenarnya?Awak yang tinggalkan saya.Semua alasan pasal kerja,kerja,kerja!Saya kesunyian dan sudah sebulan kita tak berjumpa.Awak ingat saya apa sampai awak langsung tak call saya?!Entah apa awak pun curang dengan saya"

Soo Min menelan air liur.Masih dia ingat akan seorang rakan Taehyung yang duduk di Thailand.Disebabkan baru berpindah di sana dia inginkan sebuah rumah yang selesa untuk dia duduki di sebelah pantai.Dia meminta pertolongan daripada Taehyung untuk mencari dan mereka hiasan dalaman untuk rumah barunya.Ambil masa sebulan jugalah Taehyung di sana.Tapi bukan Taehyung seorang je,dengan Soo Min sekali dia heret pergi Thailand.

Tapi tak apa sebab Thailand best.Bos buat kerja dia pun bolehlah melancong.

Tapi sumpah dia kata,walaupun Taehyung tidak pernah telefon teman wanita rahsianya,dia asyik berkata bahawa betapa rindunya dia kepada wanita itu.Dan setiap kali dia berkata sedemikian,Soo Min jugalah mangsa dia mendengar luahan hati encik bos.

Sejak dah ada teman wanita rajin pula lelaki tu buka mulut.

Awal-awal aku bekerja dengan dia,mulut tu susah sangat nak bergerak.Ingat ada lombong emas dalam mulut tu,sempat lagi dia membebel ketika mendengar luahan hati Taehyung.Sebagai balasan,Soo Min hanya diam.Di Thailand orang nak bercuti,bukan nak dengar dia cakap pasal teman wanita rahsia dia tu.

Han Yoo Jung pula dia kenal sejak dari zaman sekolah lagi.Kawan?Huh!Jauh daripada itu!Dulu kalau Yoo Jung nampak sahaja Soo Min memang habislah.Dicekik,ditendang,ditarik rambut dan bermacam-macamlah.

Pembuli Termasyhur Abad Ke-21.

Itu gelaran Soo Min terhadap Han Yoo Jung dan pembuli-pembuli yang lain.Muka je manusia,perangai mengalahkan syaitan.

"Ya!Aku curang dengan kau!" tersedar dari lamunan,Soo Min tersedak apabila mendengar kata-kata Taehyung.

Dia memandang Taehyung dengan wajah yang orang putih selalu kata 'horror face'

"Dengan siapa?Berani awak!"

"Dengan setiausaha aku!"

Soo Min terkejut,apahal pulak dia termasuk dalam drama ni?

"Hoi,gila ke apa?!"

Awalnya,ingatkan Yoo Jung yang menjerit.Rupanya Soo Min.Kedua-dua Taehyung dan Yoo Jung memandang Soo Min yang berada di tempat perhentian bas,payung Doraemon di tangan dan mata besar bagaikan burung hantu.

Matilah aku matilah aku,kenapa kau jerit Soo Min?!

Soo Min menggigit bibir.Dia perasan Taehyung berjalan ke arahnya tetapi dengan ajaibnya,sebuah bas berwarna merah dan putih tiba-tiba sahaja berhenti.Cepat-cepat dia berlari masuk ke dalam bas itu tanpa melihat Taehyung.

Habislah kau esok Soo Min

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Onde as histórias ganham vida. Descobre agora