24 ; Minta 1 Percuma 1

2.7K 271 39
                                    

"Dah siap ke?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Dah siap ke?"

Sesungguhnya,soalan yang sememangnya ada jawapan itu sepatutnya kekal di dalam minda sahaja.Tak patut untuk dia tujukan soalan itu kepada Soo Min setelah Soo Min selesai dengan urusannya dan masuk ke dalam kereta semula.

Hasilnya,dia mendapat jelingan minta 1 percuma 1 (jelingan berganda) daripada Soo Min.

"Oh okay.Abaikan," Taehyung menggaru belakang telinganya.Seluar putih Soo Min sudah diganti dengan seluar hitam.Lepas insiden kecil (besar sebenarnya) di kafe itu,Taehyung menawarkan diri untuk menghantar Soo Min pulang supaya dia dapat tukar..ermm ...dia dapat tukarlah.Tak perlu detail sangat,korang dah faham.

"Blazer Tuan saya basuh.Ada..." Soo Min memandang bumbung kereta,tak tahu bahawa patut atau tidak dia sebut pasal kotoran itu.

Tak pernah lelaki tegur dia pasal hal ni.Tup tap tup tap,terkena dengan Taehyung pula!

"Tak apa.Saya faham.Ermm,pasal tadi awak marah lagi eh?" tanya Taehyung dengan berhati-hati.Keluar je daripada kafe tadi,Soo Min langsung tak bercakap dengan dia.Ni pun baru buka mulut.

"Dah tu nampak macam saya suka?"

Taehyung berdehem.Bukan niat dia nak tanya soalan-soalan bodoh tu,cuma dia nak tahu je.

"Okay.Kalau marah,janganlah senyap.Kalau awak nak,tamparlah saya.Saya tahu saya tak patut cakap macam tu"

"Tak apalah.Tak ada orang dengar"

"Tapi saya cakap lepas"

"Tak apa"

"Tak apa Soo Min.Lupakan yang saya majikan awak buat sekarang.Kita dekat luar pejabat.Awak nak tampar—"

PPAPP!

"MAKK!" Ribut yang datang tanpa amaran itu mengejutkannya.Bisa dia bila ditampar Soo Min,bukan boleh dibawa bincang.Sampai melatah lelaki tu.

"So-sorry Tuan" Soo Min mengetap bibir.Apalah yang baru dia buat tadi?Dia tak sengaja nak tampar tapi Taehyung yang minta.Dah lah dengan emosi yang berubah,kalau minta je memang dapatlah.

"Sakitnya.Awak belajar karate ke apa?"

"Ha ah.Nak saya demo?" Soo Min sudah bersedia dengan posisi karate yang dia ingat hasil daripada menonton filem Karate Kid.

Taehyung menggeleng laju,"eh tak apa.tak apa.Cukuplah awak tampar saya"

"Saya tak puas lagi ni Tuan.Saya malu tau tadi Tuan cakap macam tu"

"Dah tu nak tampar lagi?"

"Minta 1 percuma 1" balas Soo Min yang membuatkan Taehyung terdiam.

"Patutnya,Tuan cakaplah 'Soo Min,belakang awak kotor' ke atau cakap 'pergi bilik air' ke apa ke.Ni tak.Terus terus cakap 'awak bocor'.Malu tau"

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now