37 ; Mazda,Permulaan

1.6K 239 74
                                    

Nafas ditarik sedalam mungkin kemudian dilepaskan perlahan-lahan,nombor telefon Yoo Jung dipilih dan butang call ditekan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nafas ditarik sedalam mungkin kemudian dilepaskan perlahan-lahan,nombor telefon Yoo Jung dipilih dan butang call ditekan.

"Kenapa?"

Soo Min memejam matanya rapat sebelum dia meluahkan persoalan yang menganggu hidup dia,"Awak...Taehyung ajak saya keluar"

"Dah tu?Apa kena mengena dengan aku?"

"Eh?"

Yoo Jung di talian terdiam seketika,oh ya...dia lupa tentang rancangan dia buat sementara waktu.

"Errr...baguslah.Kau boleh gunakan peluang ni untuk ambil nombor telefon dia,"

"Tapi tak apa ke?Kalau saya keluar dengan dia?"

"Kau tak pernah keluar dengan dia ke sebelum ni?Nak tanya-tanya pulak,"

"Yelahh saya tanya je" Yoo Jung terus menutup telefon.Soo Min membuat muka,orang tanya pun tak boleh.Masalahnya Taehyung bukan ajak keluar biasa-biasa.Dating faham tak dating?

"Aku dah lah tak pernah dating.Buat malu je dating dengan bos,"

Kim Taehyung,seorang arkitek yang agak terkenal di Seoul ajak setiausaha dia dating?Soo Min nak ketawa tapi tak boleh,sebab dia tahu ini bukan satu lawak jenaka.

Dia baring menghadap siling,cuba meneka sebab-sebab disebalik Kim Taehyung mempunyai perasaan terhadap dia.

Dan kalau dia gunakan peluang ini untuk menolong Yoo Jung,apa agaknya yang berlaku selepas itu?

"Kalau dia fikir aku pura-pura suka dengan dia semata-mata nak tolong Yoo Jung,mesti dia marah kan?" fikirnya.Kim Taehyung mungkin nampak seperti lelaki yang tegas,tetapi hatinya mudah dilukai.

Nenek,ibu malah Yoo Jung sendiri pernah meninggalkan dia,sudah pastilah lelaki itu seperti putus harapan terhadap wanita.Dia sangkakan selepas semua itu,Taehyung akan beri masa pada dirinya sendiri dan hanya fokus untuk kerjayanya.

Tapi tak.

Dia kata dia suka aku.

Soo Min menjilat bibirnya,bila ulang banyak kali tentang Taehyung suka dia,macam malu lah pula.

"Tapi aku suka dia ke?"

Belum sempat untuk memikirkan segala kemungkinan,telefonnya berdering.Nama Bos Kim tertera di skrin telefonnya.

Tak ada alasan untuk mengelak,dia angkat sahajalah panggilan itu."Hello bos?"

"Hello,buat apa?" oh Kim Taehyung,klasik sungguh soalan tu.

"Tengah baring.Kenapa bos?Ada apa-apa ke?"

"Ada,"

"Apa dia?Kerja ke?"

Soo Min terdengar suara Taehyung sedang ketawa kecil,walaupun mungkin lelaki itu cuba untuk menahan tawa,dia tetap tahu apa yang Taehyung sedang lakukan.

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now