9 ; Aku Simbah Kopi Panas Dekat Dia,Tapi..Tak Apa Kan?

3.4K 339 34
                                    

EDITED CHAPTER

"Mana bos niiiiiiiii?" rengek Soo Min dengan nada yang meleret

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

"Mana bos niiiiiiiii?" rengek Soo Min dengan nada yang meleret.Kakinya dihentak-hentakkan di atas lantai.Geram sungguh!Kata nak datang ambil,muka poyo dia pun tak nampak.Humphh!

"Kenapa tak naik bas je?Hah tulah,suruh lagi bos kamu ambil kamu.Ingat kamu tu apa?Tuan Puteri?" balas Puan Yang setelah penat mendengar anaknya merengek tak sudah.

"Tch,bos lah yang nak ambil.Buat apa pula orang yang suruh dia ambil orang?" Soo Min mengecit.Jam di tangannya dikerling.Jarum sudah menunjukkan jam 9.40 minit pagi.Sudah 40 minit lambat masuk kerja ni.

Tak lama kemudian,bunyi hon kereta kedengaran.Soo Min mengeluh kelegaan setelah mengetahui bunyi hon itu milik kereta kesayangannya(uhuk uhuk kereta Taehyung).

"Mak pergi dulu.Nanti nak balik Busan,call Soo Min eh?Kunci rumah letak dalam kasut katak—"

TOK! TOK! TOK!

"Aik?Siapa yang ketuk pintu tu?Bos kamu ke?" Soo Min mengangkat bahu.Dengan laju dia berlari anak ke pintu dan membuka pintu tersebut.

Di hadapannya,Kim Taehyung berdiri sambil tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluar.Manakala tangan kanannya memegang bekas makanan.

Auch!Nampak husband material keh kehh..., sempat lagi hatinya berbisik.

Tang mana husband materialnya tah...

"Mak awak ada?"

Soo Min mengangguk tetapi tidak berkata apa-apa kerana dia terlalu terkejut.Kim Taehyung,majikannya berdiri di hadapan pintu rumah sambil tanya pasal ibunya?

Nak masuk meminang ke bang?

"Eh Tuan Kim?Buat apa datang sini?" soal Puan Yang dengan senyuman yang lebar terukir di bibir.Badan Soo Min ditolak ke tepi sampaikan wanita itu terdorong ke belakang.

Ehhh...mak yang excited kenapa ni?

Taehyung tersengih-sengih,dia menundukkan badannya sebaik sahaja bayangan Puan Song menyapa pandangannya.Bekas makanan yang semalam diterimanya dihulurkan kepada wanita itu.

"Puan,terima kasih masakkan saya makanan.Sedap sangat.Maaf sebab lambat datang ambil Soo Min.Saya ada masakkan sikit untuk Puan sebagai tanda terima kasih saya pada Puan,"

Puan Yang apa lagi?Tersengih macam kerang busuk lerr.Soo Min pula mulut sudah ternganga.Sejak bila bos dia pandai memasak ni?

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Kde žijí příběhy. Začni objevovat