28 ; Mungkin Dah Suka

2.4K 233 52
                                    

"GILA KE?!" jerit pemandu kereta Hyundai yang hampir melanggar Soo Min

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"GILA KE?!" jerit pemandu kereta Hyundai yang hampir melanggar Soo Min.Gila tak gelabah?Hampir nak langgar anak orang kot!

Taehyung menundukkan badannya beberapa kali,sebagai tanda meminta maaf.Masih lagi tidak puas hati,pemandu lelaki itu menjeling Soo Min yang sudah berdiri di belakang Taehyung.

Tanpa memanjangkan hal itu,dia terus berlalu pergi dengan keretanya.Kim Taehyung berpusing,kedua-dua bahu Soo Min dicengkam kuat."Awak nak kena langgar ke Soo Min?!" marahnya.

Gelas kaca itu dihentakkan di atas meja.Kalau tak kerana dia sempat tarik gadis itu daripada dilanggar,entah hidup atau tidak Soo Min lepas ni.

Rambut yang masih basah dikirai.Gelas tadi diambil dan dibasuh.Setelah puas membasahkan tekak,dia berjalan perlahan menuju ke arah bilik tidur tetamu.

Pintu dikuak perlahan,figura setiausahanya yang masih tidak sedarkan diri dipandang lama.

Rasa keliru mula bertandang di hati.Apa tujuan dia bawa balik Soo Min ke rumahnya?Disebabkan dia tidak tahu macam mana nak buka kunci rumah perempuan itu ataupun dia risau?

Boleh jadi kedua-duanya.Siapa je yang tak risau?

Pintu ditutup kembali.Biarlah esok dia dan Soo Min selesaikan hal malam tadi.Buat masa sekarang,dia nak rehat.

Keesokan paginya...

Soo Min sudah sedar.Sedar dan segar.Sedar dan segar dan terpaku.

Benda pertama yang paling dia nak elakkan ialah bangun daripada tidur di tempat yang asing.Tempat apa ni?Dia dekat mana?Dan yang paling penting...

BILIK SIAPA NI?

Habis dibeleknya satu persatu perhiasan bilik tidur mewah itu dengan matanya.Dia tak mampu lagi nak bergerak.Dia takkan bergerak selagi dia tahu dia berada di dalam keadaan yang selamat.

Manalah tahukan..dia kena culik dengan orang penyamun ke apa ke.

Bilik ini langsung tiada gambar,jadi dia tidak tahu siapa pemiliknya.Lama kemudian,kakinya dibawa turun dari katil,akhirnya berani memijak lantai.Perlahan-lahan dia bangkit walaupun kepala mula berpinar.Pening yang tak pernah dia alami.

Apa yang aku buat semalam? , soalnya dalam hati.

Tombol pintu dipulas dan kepala menjengah ke luar.Secara automatik dia diperkenalkan dengan bahagian ruang tamu.

"Hel-lo?"

Tiada jawapan membuatkan Soo Min keluar daripada bilik itu."Sesiapa?Uhhhh hello?"

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now