12 ; Banyak Cantik Muka

2.9K 292 8
                                    

EDITED CHAPTER

Di luar CHerill Club,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di luar CHerill Club,

"Jungkook sayangggg...ehehehehe" Jungkook membuat muka apabila wajahnya disentuh Hae Ryung.

Satu sahaja persoalan yang ada di dalam benak fikirannya,kenapa isteri dia boleh mabuk tengah hari buta macam ini?

"Kenapa kau ni?Orang mabuk malam bukan mabuk siang.Siapa kasi kau minum arak ni?Aduhai," Taehyung tersenyum mendengar bebelan Jungkook.Walaupun mereka ni suka bergaduh bagaikan Tom dan Jerry namun mereka tetap bersama.

Dia tahu Jungkook tidak suka akan perkahwinan dia yang dipaksa itu,tapi dia sedang cuba membuka hatinya untuk Hae Ryung.Begitulah juga dengan Hae Ryung.

"Dahlah suruh aku beli lingerie.Dah satu kafe tengok aku macam aku ni orang tak senonoh," bebelnya lagi.Aduh Jungkook,kalau dah marah memang macam tu.

"Sudah lah dia kan mabuk tu.Memanglah dia tak berfikiran waras," tegur Taehyung,cuba untuk menenangkan Jungkook.

"Ni kau nak aku hantar ke?"

"Tak ah.Aku nampak kereta Hae Ryung tadi.Aku guna kereta dia je.Kau baliklah dulu," Taehyung sekadar mengangguk.

"Hae,kunci kereta mana?Kau letak mana?"

Hae Ryung tidak menjawab soalan Jungkook,sebaliknya dia hanya tersengih.

"Sejak bila awak handsome ni suami sayaaaaaa???SUAMI SAYA HANDSOOOO–"

Jungkook menutup mulut Hae Ryung sebelum wanita itu menjerit lagi.Setelah mencari kunci kereta isterinya di dalam tas tangan milik Hae Ryung,dia bersalaman dengan Taehyung sebelum berlalu pergi bersama Hae Ryung di sisinya.

Seksa betul Taehyung tengok Jungkook mengheret Hae Ryung menuju ke keretanya.

Sementara itu di Stanford Hotel,

Yoo Jung berdecit,mahu sahaja iPhone 6 Plus itu di lempar ke dinding.Tetapi dia masih waras dan dia tidak mahu merosakkan telefonnya hanya kerana Taehyung tidak mengangkat panggilan sekali lagi.

Sejak berpisah,sudah masuk 259 panggilan terhadap Taehyung dibuat.Dia cuma curang sekali,takkan dia tidak diberi peluang sekali lagi?

Kali ini,telefonnya pula yang berdering.Dia ingatkan Taehyung tapi rupanya Kim Min Kyung.

"Apa kau nak?" ganas sahaja nada Yoo Jung.Sememangnya dia tiada mood untuk melayan orang lain selain Taehyung.

"Aku nak jumpa Taehyung sekejap lagi.Aku nak minta maaf dengan dia,"

"Dah tu kenapa kau call aku?"

"Sebab ini kali terakhir aku akan bercakap dengan kau.Aku tak sangka kau sanggup curang dengan dia,"

"Bukan aku sorang sahaja ye?Kau pun suka aku Min Kyung!" tangannya digenggam,geram sungguh bila dia seakan-akan dipersalahkan oleh Min Kyung.

"Tapi aku tak tahu gila!Aku tak tahu kau dengan Taehyung ada hubungan.Dia dan kau tak bagitahu aku.Kalau kau bagi tahu,sekurang-kurangnya aku boleh abaikan kau.Aku dan Taehyung kawan dari sekolah,kau tahu tak betapa malu nya aku nak hadap dia?Ni semua sebab kau,"

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now