35 ; Si Penipu dan Lelaki Pandai Masak

1.7K 246 93
                                    

"Ni ke?" nombor 276 yang terukir di pintu hitam itu dibandingkan dengan nombor yang tertera di telefonnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ni ke?" nombor 276 yang terukir di pintu hitam itu dibandingkan dengan nombor yang tertera di telefonnya.

"Betul lah ni kot",tanpa bertanya Park Jimin di ruangan mesej,dia menekan butang loceng di tepi pintu.Dia memandang pakaiannya sekali lagi,sekadar memakai gaun renda paras lutut berwarna peach sahaja.Rambutnya di ikat menggunakan reben hitam hari ini kerana ingin nampak elegan di hadapan keluarga Taehyung.

Menandangkan Jimin ajak dia makan pada waktu petang,baik dia bersiap-siap terus.

"Kalau nak diikutkan,macam banyak juga aku makan hari ini" katanya,sudah membayangkan meja-meja yang penuh dengan makanan itu.

Tadi Taehyung menghantar lokasi rumah ayahnya.Katanya mereka semua akan berkumpul di situ.

Fikirannya diganggu oleh Park Jikin yang muncul di sebalik pintu hitam itu tadi.Dia menyambut Soo Min dengan senyuman dan mempelawa gadis itu untuk masuk.

Nasib dia pakai baju formal,katanya dalam hati selepas menyedari lelaki itu memakai kemeja putih dan seluar slack biru gelap.

"Hai," sapa Soo Min sambil menanggalkan kasit tingginya.Jimin mengangguk dan memerhatikan figura Soo Min dari atas ke bawah tanpa di sedari oleh tuan badan itu sendiri.

Cantik,fikirnya.

Yang Soo Min yang dahulu sungguh berbeza dengan sekarang.Jika dahulu gadis itu hanya budak biasiswa yang senang untuk dibuli,sekarang dia sungguh cantik.

"Kenapa tengok saya macam tu?" tanya Soo Min sambil tersengih kekok,pelik-pelik je lah lelaki ni.

Dia tak rancang nak bunuh aku lepastu makan aku kan?

"Tak adalah.Awak cantik," lega Soo Min bila mendengar jawapan lelaki itu.Kata cantik je tapi tengok macam nak terkam,mana tak fikir pelik-pelik perempuan tu.

"Terima kasih," ucapnya kepada pujian Jimin.Jimin mengajaknya untuk pergi ke dapur.Mata Soo Min melilau di sekeliling kondominium mewah Jimin.Dekorasinya sungguh elegan.Bertemakan merah gelap dan putih,semuanya nampak tersusun.

Bila dia ingat hanya Jimin seorang yang duduk di sini,terkejut dia apabila melihat Han Yoo Jung keluar daripada salah satu bilik di kondo itu.

Mereka berdua bertembung mata sebelum Yoo Jung memandang Jimin.

Han Yoo Jung pula,di dalam mindanya,dia cuba untuk memeta apa yang abang tirinya itu cuba untuk lakukan.

"Awak berdua...duduk serumah?" teka Soo Min dan melihat Park Jimin yang kekal dengan muka tiada perasaannya itu.

"Mak dia suruh saya jaga dia.Terpaksalah dia menumpang dekat sini," kata Jimin tanpa menghiraukan kehadiran Yoo Jung.

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now