5 ; Up Sikit Gaji

3.4K 352 55
                                    

EDITED CHAPTER

"Dia stabil buat masa ni

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

"Dia stabil buat masa ni.Tapi lusa baru boleh discharge.Sebab esok saya nak buat check up untuk jantung dia," Soo Min mengangguk.

"Terima kasih Doktor Jeon," doktor wanita itu menggigit bibir bawahnya sebelum memandang Soo Min dengan lama.

"Uhhh kenapa doktor?" soal Soo Min sambil memandang wanita itu dengan pelik. "Tadi saya dengar Jungkook sebut nama model Han Yoo Jung tu.Dia ada kena mengena ke dengan abang Taehyung?"

Soo Min menggaru kepala sambil matanya menjeling ke arah Taehyung yang sedang lena.Kalau bagitahu,nanti pecah rahsia pula.

"I'M BACK!" Jungkook muncul disebalik pintu dan plastik merah di tangan kanannya dijulang tinggi.

"Sssh!" cepat-cepat Soo Min dan doktor Kim memberi amaran kepada Jungkook supaya senyap.

Jungkook pula mencebik."Nah ramen.Aku beli ni untuk korang.Ada air panaskan?"

"Ada" balas Soo Min perlahan.Air panas di dalam termos di tuangkan ke dalam tiga cawan mi segera tersebut.

Jungkook memandang Doktor Jeon sambil bercekak pinggang,"kau dah habis waktu kerja kan?Aku belikan kau ramen sekali.Boleh makan sama-sama"

"Tak nak aku makan depan pesakit.Lagipun aku tak makan benda-benda segera ni.Cepat mati"

"Cerewet lah kau ni Hae,"

"Diam lah Jungkook," Jungkook menggulingkan matanya ke atas.Susah dapat isteri terlebih cerewet ni.Dia tahu diam-diam Jeon Hae Ryung tu makan mi segera juga.

Tapi dia tu saja je nak tepis pemberian Jungkook.

"Aku bagi berlian tak nak,ramen tak nak.Apa yang kau nak hah?" bebel Jungkook sebaik sahaja Soo Min menghulurkan cawan mi segera yang masih panas itu kepadanya.

"Bila masa tah kau bagi aku berlian," kalau tak kerana memikirkan tentang kesopanan,sudah lama Soo Min tergelak mendengarkan jawapan yang meluncur keluar daripada mulut Hae Ryung.

"Doktor Jeon nak tak?Saya dah tuangkan air panas ni.Nanti membazir pula," dek kerana tidak mahu Jungkook terus-menerus menayangkan muka cemberut,Soo Min cuba memujuk Hae Ryung.

Hae Ryung mengeluh perlahan sebelum menjamah sedikit mi segera tersebut.Jungkook tersengih dan mula mengambil tempat di birai katil Taehyung.

Soo Min pula masih melekat di kerusi sambil mengisi perut yang kosong.Terima kasihlah kepada Jungkook yang datang bersama ramen.

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum