22 ; Penguin Tak Ada Gigi

2.4K 251 13
                                    

"Boleh kita jumpa?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Boleh kita jumpa?"

Macam mana dia boleh masuk sini?

Soo Min memandang Yoo Jung pelik.Setahu dia,Yoo Jung tak dibenarkan masuk ke dalam syarikat ini lagi.

"Ada apa?"

Yoo Jung membuka mulut,kemudian dia menutup kembali.Bila dia sudah bersedia,dia kembali berbicara,"tak apalah.Saya ingat nak ajak lunch.Awak boleh tolong saya tak?

Tahap pelik Soo Min semakin memuncak.Cakap bukan main sopan lagi.

Pelik ni.

"Tolong apa?"

"Bagi surat ni dekat Taehyung.Memandangkan dia langsung tak nak bercakap dengan saya"

Sampul yang dihulurkan Yoo Jung itu dibiarkan lama.

"Aku tak letak racun lah.Tak mati pun kalau kau ambil" bila takut kesabaran Yoo Jung dah semakin menipis,Soo Min dengan lajunya menyambut surat tersebut.

"Jangan baca.Aku harap kau amanah" pesan Yoo Jung.Cermin mata hitam dipakai dan dia meninggalkan meja kerja Soo Min.

Kejap aku-kau kejap saya-awak,bipolar betul.

Sampul surat putih di tangannya terus dibawa masuk ke dalam bilik Taehyung.Disebabkan oleh lelaki itu makan tengahari dengan Jungkook,pejabat itu menjadi sunyi.

Soo Min pula tak lalu nak makan.Badan dah sakit,takkanlah nak turun pergi kafeteria pula.Makin tambah sakit adalah.

"Soo Min,hantarkan kot saya pergi Section C.Jungkook..." kata-kata Taehyung terhenti seketika.Dia masih lagi ingat kenapa kotnya terkena kotoran.

"KAU MINTA MAAF DEKAT DOMINO'S?"

"Selekeh lah.Kot ya pun janganlah sembur kentang bersos kau tu dekat aku.Banyak pulak tu.Dah lah bercampur air liur.Selekeh lah kau ni!"

"So-sorrylah"

"Apa masalahnya kalau dekat Domino's pun?Bukannya aku nak pujuk bekas isteri suruh kahwin dengan aku balik"

"Ceh,tak romantik langsung"

"Dia sendiri tak romantik,nak cakap orang"

"Encik Jeon...kenapa?"

Taehyung menggeleng kepala,"tak ada apa-apalah.Basuhkan kot saya"

Soo Min memeriksa kot kelabu Taehyung dan dapati ada banyak kesan sos di bahagian dada.

Dia jatuh atas lopak ber sos ke?

"Tapi Tuan...Section C jauh" mengingatkan badannya yang masih sakit,dia cuba memberi alasan.

Sudahlah Section C (tempat basuh baju) itu jauh,memang longgar lutut dia nak berjalan.

"Jadi?Awak nak saya yang pergi Section C?"

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now