36 ; Dating Jom?

1.8K 231 184
                                    

"Terima kasih bos

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Terima kasih bos.Kenyang saya hari ni sampai nak sendawa.Tapi disebabkan saya ada dekat depan bos,tak jadi saya nak sendawa hahahahah" gurau Soo Min sekaligus membuatkan satu senyuman muncul di bibir Taehyung.Walaupun perempuan itu tak puji pasal masakan dia,dapat tahu Soo Min kenyang pun dah okay.

Haih Taehyung...gemuklah bakal bini kau nanti.Asyik dibagi makan je.

"Jadi fikirlah saya sebagai kawan.Sendawa je lah," tutur Taehyung yang turut berjenaka.Serta-merta Soo Min ter-sendawa.Dia terus menekup mulutnya dan memandang Taehyung dengan mata yang membulat.

Ya Tuhan!Tak senonohnya kau Yang Soo Min!

Kalau mak dia nampak ni,memang habis kena sesah dengan penyapu.

Taehyung pula tak tahu nak beri reaksi yang macam mana.Dia nak ketawa tapi pada masa yang sama dia tak mahu Soo Min terasa.Jadi terpaksalah dia menahan mulutnya daripada bergerak.

"Ma-maaf Tuan.Saya tak sengaja," ucap Soo Min yang masih lagi menutup mulutnya.Rasa macam nak tanam diri sendiri je dekat situ.

"Eh..tak apalah..." balas Taehyung dengan kekok,masih lagi menahan dirinya daripada ketawa.

"Uhhh...esok nak saya ambil ke?"

"Iyalah macam biasa.Tanya soalan macam tak pernah kerja dengan saya," usik Taehyung walaupun dia tahu Soo Min cuba untuk mengalih topik.

"Bos ni,saya balik dulu lah.Terima kasih jemput saya,"

"Bos bos bos" ulang Taehyung sebanyak 3 kali.Tahulah Soo Min dia tak suka dirinya dipanggil 'bos'.Tapi dah memang dia bos kan?

"Okay okay.Tuan"

"Salah tu"

"Apa pulak?Nak saya panggil Yang Berhormat Kim Taehyung ke?"

"Uhhhh boleh jugak tu tapi buang Yang Berhormat Kim.Tinggalkan Taehyung je,"

Soo Min menggeleng kepala,dia membuka pintu pagar rumah keluarga Taehyung dan berhasrat untuk balik secepat mungkin.Tak boleh layan lelaki ni lama-lama.

"Tuan ingat ni macam matematik ke boleh potong-potong pastu tinggalkan jadi jawapan?" Taehyung ketawa kecil,matematik pun boleh.

Dia mengiringi Soo Min sehinggalah sampai ke kereta dia.Mazda merah itu diteliti seketika,lama juga dia tak bawa kereta ni.Naik tu memanglah naik,tapi bawa tu dah lama tak bawa.

"Oh ya bos!Seperti biasa,kita akhiri hari kita dengan..."

"nombor telefon saya?"

Soo Min mengangguk laju.Gembira betul bila Taehyung sudah dapat meneka permintaannya.Dia tak kisahlah lelaki itu annoying dengan dia ke apa ke,janji dia dapat nombor telefon.Dan dia akan terus mencuba,sehinggalah nombor telefon itu sendiri terkeluar daripada mulut Taehyung.

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now