29 ; Tiga Tiga Tiga

2.2K 214 20
                                    

TIGA HARI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIGA HARI.Tiga hari Yang Soo Min cuba mengelakkan dirinya daripada bertembung dengan Kim Taehyung.Setakat ni usahanya berjaya.Lagipun,bukannya lelaki itu ada di syarikat sangat.Mulai minggu ni je schedule dia sudah penuh.

Banyak projek yang dia nak pantau dan hasilnya jarang sekali dia jejakkan kaki di syarikat.

Selamat tu memang selamat.Tetapi dia baru teringat misi dia.Misi untuk mendapatkan nombor peribadi Kim Taehyung dalam masa seminggu.

Kalau tak kerana Han Yoo Jung,tak adalah serabut otak dia.Dah lah hari tu Taehyung kata dia suka Soo Min.Dia tersepit di antara dua manusia—eh kejap!Jangan lupakan Park Jimin.

Ya,lelaki itu pun satu lagi masalah.

Pembetulan...sekarang ini dia tersepit di antara tiga manusia.

"EEEE!Mana satu niiiiii!" Kepalanya dihentakkan di atas meja.Dia tak cintakan Taehyung.Dia tak nak laksanakan permintaan Han Yoo Jung.Dan dia tak nak dekati Park Jimin.

Sungguh!Tiga manusia itu buatkan dirinya pusing.

Satu kertas kecil dan pen berdakwat hitam diambil.Tiga bulatan kecil dilukis dan setiap bulatan itu dinamakan Anaconda(ehem ehem Yoo Jung), Bos, dan Jimin.

"Okay.Aku kena mula merancang.Mula-mula kita abaikan Park Jimin.Lepastu aku kena bodek bos untuk dapatkan nombor dia.Nak cakap macam mana ek?"

'Bos,nak nombor telefon?'

Eh tak tak.Nanti dia jawab aku dah ada pulak.

'Bos,nak nombor private bos boleh tak?'

Tapi dia bagi ke?

Okay kalau dia tak bagi aku kena cakap,

'Bos bolehlah bos...bos suka sayakan?Hah kenalah bagi'

Soo Min tersengih sambil giginya asyik menggigit hujung batang pen."Ish!Macam gatal lah pula cakap macam tu,"

Cepat-cepat dia melupakan ayat tadi.Ah!Ayat boleh susun nanti.

"Tapikan kalau dia tanya untuk apa aku nak jawab macam mana pulak?"

Takkan nak jawab 'Yoo Jung minta' memang mati aku digesel tayar kereta dia.

Ke nak cakap,'Saje.Bos kan orang yang busy.Kalau saya mesej bos,bos susah nak balas.Banyak sangat mesej pasal kerja masuk sampai mesej saya pun diabaikan'

"Eh menipu sangat tu.Tak pernah dia tak balas mesej aku.Aku ni setiausaha dia.Aduh Yoo Jung ni pelik-peliklah dia minta aku.Nak dapatkan Taehyung balik dengan cara suruh aku minta nombor private laki tu.Sah-sahlah aku tak dapat.Susah tau nak buat alasan.Kalau aku minta nanti dia fikir aku ni nak mengorat dia.Ish perempuan ni menyusahkan hidup aku betul lah.Cukup-cukup lah buat aku hampir nak mati dulu,takkan nak buat aku betul-betul mati pula!"

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now