Raya Special Chapter 2020

1.7K 225 53
                                    

Saya Terlalu Bodoh Ke?
[ 13 Januari,6 Bulan Yang Lalu ]

"Ada nampak bos tak?" Soo Min yang kelihatan cemas itu dipandang sekilas,Seok Jin menggaru tengkuknya.Dia sendiri sudah pusing,mana pula lah majikan mereka ni pergi?

"Tak ada.Aku dah cari,"

Soo Min mengeluh,sekali lagi butang CALL ditekan dengan harapan Taehyung akan mengangkat panggilannya kali ini.

"Nombor yang ada dail—" terus sahaja panggilan itu diputuskan.Kalau tak jumpa Taehyung dalam masa terdekat,boleh naik gila dia.

"Cik Yang,mana Tuan Kim?Jamuan kita dah nak mula ni,"

"Tak jumpa lagi.Nanti saya cari bos sekejap,"

"Habis jamuan macam mana?"

"Awak mulakan sahaja dulu," walkie-talkie yang masih berada di genggamannya dipegang erat.Dia berpaling ke arah Seok Jin sekali lagi,"aku cari dia sekejap.Apa-apa nanti aku inform,"

Seok Jin mengangguk dan mereka kemudian berpisah.Ceritanya,lepas lelaki itu habis memberikan kata-kata ucapan di majlis ulang tahun syarikanya dia terus menghilang.Ke mana dia pergi pun tiada sesiapa yang tahu.

Ini yang buatkan Soo Min geram ni.Orang nak makan,bos dia pula boleh hilang macam tu sahaja.

Habis satu aras itu dicari,tidak juga dia jumpa Taehyung."Dekat office ke?" fikirnya sendiri.Lantaklah,serbu je.

Walaupun nampak macam tak masuk akal bila dia fikir Taehyung ada di pejabat,tapi dia tetap pergi.Butang nombor 3 ditekan,aras di mana bilik pejabat Kim Taehyung berada.

Pintu bilik majikannya diketuk,"bos?"

Soo Min tunggu buat beberapa saat dan berniat ingin mengetuk pintu itu sekali lagi tetapi sebelum dia sempat berbuat sebegitu,suara Taehyung mula kedengaran.

"Masuk"

Soo Min menghela nafas lega,sini rupanya dia.

Tombol pintu dipulas dan pintu ditolak perlahan,dia sekadar berdiri di situ dan meminta Taehyung untuk turun ke bawah dan sertai majlis jamuan staf staf serta tetamu di dewan tertutup mereka.

Taehyung tidak menjawab,malah dia termenung sahaja.Tiada cahaya satupun di bilik itu,yang ada cumalah cahaya dari skrin telefon Taehyung.

"Bos?Diaorang semua tunggu bos,"

"Awak pergilah.Saya tak rasa nak join,"

Soo Min berkerut dahi,sudah lah ini Majlis Ulang Tahun Crystal Blue yang pertama kali mereka sambut sepanjang 4 tahun beroperasi,takkanlah dia tak nak join?

"Tapi bos...ini pertama kali—"

"Jangan kacau saya Soo Min.Saya tak ada mood,"

Terdiam Soo Min,takut pula dia nak pelawa lelaki itu untuk turun sekali lagi.Terpaksalah mereka jalankan majlis ini tanpa kehadiran Taehyung.

Dah bos yang kata begitu,takkan nak paksa lagi kan?

"Maaf bos.Kalau bos nak apa-apa,call je saya" tawar Soo Min,manalah tahu Taehyung lapar ke apa ke?Boleh dia tatang dulang penuh dengan makanan masuk ke sini.

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora